Home Puisi Umum Dalam Perjalanan Ini
Dalam Perjalanan Ini
Viviana Rose
25/5/2015 16:52:18
1,324
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Dalam perjalanan ini
Berbagai ragam telah kusaksikan
Pada skrin kehidupan
Ada tawa, ada air mata
Ada bahagia, ada duka
Ada gembira, ada kecewa

Dalam perjalanan ini
Telah kusaksikan juga
Yang gagah akan teguh berdiri
Yang lemah kerdil merendah diri
Hingga adakalanya kelihatan oleh mata kenyataan
Sebuah pencabulan atas nama kemanusiaan
Meruntuhkan dinding-dinding harapan
menyalakan pelita kepuraan

Dalam perjalanan ini
Wajah-wajah kepuraan
Wajah-wajah kebenaran
Bersilih ganti hadir menghiasi gelanggang pertarungan
Yang tak akan berakhir 
selagi dusta bersatu di bawah dakyah yang padu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.