RODA IMPIAN
Entahlah
Sejak kelmarin
Jiwa ini masih berbalah
Mahu ditanya
Serba-salah
Ingin ditegur
Khuatir dibantah.
Akal dangkal seakan lesu
Menonton segala sandiwara
Lakon wayang yang kian menggila.
Kau tuding jari ke aku
Aku salahkan mereka
Mereka kata kau punca
”Vice-versa”.