AKU BUKAN TUHAN
Masih dalam juzuk yang sama
Kekal di atas pentas yang lama
Mungkin kiasan bait agak berbeza
Namun skrip salin-tampal masih ketara
Dipekik dilaung di cuping telinga
Untuk kali yang entah ke berapa.
Tatkala pendita moden tipikal bertanya :
"Macammana?"
"Dah ada?"
"Belumlagi?"
"Memang takberhajat?"
"Kenapa lama sangat?"
"Nak tunggu sampai bila?"
"Tak cuba usaha?"
Resah..gelisah..tenang..marah
Kelu kaku diam sepi seribu gundah.
Seraya terhembus selamba :
”Kau fikir aku Tuhan?”
”Cukup lafaz KUN FAYAKUN?”
Sabar, istighfar
Sabar, istighfar
Sabar, istighfar.