Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
27/11/2015 19:40:23
2,748
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 26

BAB 26

Galleri kraft milik  Encik Hamdani terus menerima banyak tempahan lukisan selepas Raish mengambil bahagian di ekspo kesenian yang baru saja berlalu beberapa minggu. Raish bersama beberapa pelukis lain semakin sibuk menyiapkan tempahan.

Bagaimanapun, dalam kesibukan itu Raish bolos dari bengkel pada satu hari minggu. Dia berhasrat menyumbang tenaganya sekali lagi, menjaga kedai souvener milik bapa saudaranya setelah pembantu baru bercuti rehat.

Tidak boleh juga dia bersenang-senang duduk, melainkan mengadap juga kanvas lukisannya. Kanvas lukisan itu seperti sudah menjadi kekasihnya, tidak boleh berpisah walau ke mana dia pergi.

Dua orang pelanggan memasuki kedai, mengganggu keasyikan Raish. Beberapa minit dia hanya  membiarkan saja pelanggannya membelek-belek dan melihat barang-barang cenderahati yang sedia ada.

Bunyi telefon bimbit pelanggannya jelas kedengaran. Rais menoleh dari tempat dia sedang duduk, memerhatikan dalam suasana bisu.. Ada sesuatu sedang mengganggu pandangannya. Dia meletakkan berus lukisan dan berjalan, lalu berdiri di suatu sudut. Diperhatikan saja gelagat kedua orang gadis.

“I ada kat kedai gift, sebelah bank ni,” kedengaran suara salah  seorang dari mereka.

“Ya lah... ya lah, you datang arah bank, I tunggu,” perbualan di telefon terhenti, kedengaran rungutan yang kurang jelas dari gadis yang bercakap di telefon.

“Dia datang! Jom kita keluar sekejap...” ujar gadis itu pada temannya. Keduanya keluar dengan tergesa-gesa sebelum sempat membeli apa-apa. Raish kembali ke tempat duduknya. Kedua gadis itu seperti pernah dilihatnya, tetapi di mana?

Dalam jarak masa tidak sampai lima minit kedengaran suara gelak ketawa lelaki dan perempuan kembali menghingari kedainya. Kedua gadis tadi sudah kembali, bersama seorang pemuda.

Raish terhenti dari terus melukis, darahnya berderau tiba-tiba. Perlahan-lahan dia bangun. Pandangan mula menjurus pada pemuda itu, yang nampak sebaya dengannya. Di amati pemuda itu dari tempat dia berdiri. Dari hujung rambut hingga ke hujungh kaki. Suara, rambut yang agak kerinting, susuk badan pemuda itu mengingatkan dia pada seseorang.

Warna kulit pemuda itu lebih kujrang sama dengan dirinya, tidaklah gelap, tidak pula cerah. Penampilan kemas, dengan wajah nampak bersih.  Cuma sejemput janggut yang tidak berapa lebat membuatkan pemuda itu berbeza dari Raish. 

Wajah pemuda itu hanya dipandang pula darisisi. Ketiga mereka asyik berbual dan membelek-belek barangan.

Dia menunggu beberapa saat dengan sabar sambilterus juga memerhati gelagat mereka. Hati lelakinya menumpang senang dengangelak dan senda ceria mereka.

Tiba-tiba pemuda itu menoleh, seperti mencari seseorang. Matanya terpandang Raish. Pandangan mereka bertaut dari jauh. Berkerut pula dahinya setelah beberapa saat merenung Raish.  

“Hei... kau???” jeritnya, kedua gadisdi sisinya senyap,saling berpandangan dengan wajah yang penuh tandatanya.

“Irsyad???” Kedua lelaki itu merapat laluberpelukan.

Kedua gadis di sisi mereka tergamam sudah. Kedua pemuda itu meleraikan pelukan lalu saling bertepuk bahu dan ketawa mesra.

“Syad, lainnya kau sekarang…aku hampir tidak kenal kalau aku tak telek lama-lama, tadi aku fikir aku dah salah orang…hemmm….akhirnyabetul tekaan aku tadi.”

“Sungguh? Maaf aku tak perasan tadi, eh macamanakau boleh sampai kemari, kau pindah sinike?”

“Ya, ini kedai bapa saudara aku, eh kau macam mana sekarang?” jelas Raish sambil terus bertanya, matanya sempat pula melirik padakedua gadis yang bersama Irsyad.

Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu sahabatnya di sini setelah dia gagal menghubungi pemudaitu dulu. Irsyad lebih mesra dengan panggilan Syad sejak dari mereka remaja lagi. Kedua gadis di sisi mereka masih memerhatikan dengan bisu, dengan wajahhairan.

“Yang…siapani? Tak kenalkan pada kami pun?,” ujar gadis yang berdekatan Irsyad, sambil memaut mesra lengan Irsyad. Irsyad menoleh, menatap seketika wajah gadis di sisinya sambil tersenyum senang.

“Err…Isham, kenalkan, ini bakal suri hidupaku, Mazlin.” Raish menganggukkan kepalanya sambil senyum.

“Alin, ini kawan abang, err…best friend abang masa katkampung dulu-dulu.”

“Hai..” ujar Mazlin, dia masih memaut juga lengan Irsyad. Raishdan Mazlin saling senyum dan mengangguk.

“Kenalkan pula, ini Milla, kawan Alin.” Raish menatap Karmilla, yang sejak tadi memerhatikannya. Mata mereka bertautan. 

Mereka berbalas senyum dan sama-sama mengangguk juga. Kedua pemuda itu yang sudah lama tidak bertemu mengambil kesempatan untuk berbual-bual, sementara kedua gadis itumembelek-belek barangan di dalam kedai .

“Isham, ini kad aku… nanti bila-bila senang call aku, kita jumpa okay?” Irsyad menghulur name kadnya.

“Hemm…puas aku telefon kau dulu, rupanya tukarnombor,” ujar Raish sambil membaca kad kecil yang sudah dipegangnya.

“ Telefonhilang, rumah aku ada orang pecah masuk dulu, banyak barang aku hilang,” jelas Irsyadbersungguh dengan rasa terkilan. Sebelum berpisah tengahari itu kedua sahabatitu sekali lagi berpelukan. Mereka saling berjanji meneruskan kesinambungan persahabatan mereka.

“Kita pasti akan jumpa lagi, banyak cerita yang perlu kau dengar,” Raishmenghulurkan tangannya sekali lagi, Wajah kedua nya nampak benar-benar bahagia dengan pertemuanyang tidak diduga.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.