Home Puisi Umum Seloka Covid-19
Seloka Covid-19
SHUKRIAH RODZI
3/4/2020 22:18:29
4,745
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Seloka Covid-19


Asal Corona dari negara China, 

Sudah melarat ke seluruh dunia, 

Tua muda tak kira jantina, 

Sudah ramai jadi mangsanya. 


Vaksin dikaji melawan corona, 

Titisan bersin punca utama, 

Sudah terkena hidup merana, 

Masuk hospital bersabung nyawa. 


Petugas KKM penat bekerja, 

Siang malam tak kira masa, 

Harap rakyat mendengar kata,

Dapatkan rawatan bila bergejala.  


Arahan PKP mula dilaksana, 

Duduk rumah terasa lama, 

Cemuih sungguh tidak ke mana, 

Semua dibuat serba tak kena. 


Polis tentera buat sekatan, 

Lengang kampung dan juga pekan, 

Ketua keluarga keluar sendirian, 

Dapatkan segala barang keperluan. 


Jangan bersalam jarakkan pergaulan, 

1 meter duduk berjauhan, 

Elak berkumpul buat perhimpunan, 

Rantaian corona mahu diputuskan. 


Teringin juga nak beri bantuan, 

Masuk kerja di barisan hadapan, 

Malang tak ada kelulusan perubatan, 

Hanya doa aku titipkan.


Sekolah cuti bukan alasan, 

Guru rajin memberi tugasan, 

Emel dan whatsapp memudahkan urusan, 

Murid belajar terasa di hadapan.


Bantuan prihatin bakal diberi, 

Berhenti merungut mengeluh lagi, 

Duduklah diam muhasabah hati, 

Jangan untung tak sedar diri. 


Artis mengungkit mahu diutama, 

Konon mereka golongan istimewa, 

Tanpa mereka dunia gerhana, 

Siaran tv hanya berita perdana. 


Perdana menteri pening kepala, 

Melayan rakyat membanteras corona, 

Sudah berusaha masih ditanya, 

Apa ikhtiar melawan bencana. 


Cepatlah sedar rakyat sekalian,

Usaha dan tawakal kepada Tuhan,  

Jika bersatu nampaklah jalan, 

Corona virus dapat dihapuskan.


Nukilan: 

Shukriah Rodzi

Kuala Linggi,  Melaka. 

29 Mac 2020

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.