Home Puisi Umum Corona Berhentilah Berbuat Bencana
Corona Berhentilah Berbuat Bencana
SHUKRIAH RODZI
14/1/2021 10:43:01
2,736
Kategori: Puisi
Genre: Umum

CORONA BERHENTILAH BERBUAT BENCANA

KARYA: SHUKRIAH RODZI



Corona,

Kedatangannya rakus memporak-perandakan kehidupan,

Kekuatannya tidak terlihat pada pandangan insan,

Keseronokannya menguasai manusia sebagai tunggangan,

Kelicikannya menyelinap mudah ke kerongkongan,

Kekejamannya melumpuhkan sistem pertahanan,

Kepantasannya membolosi peparu dan badan,

Kemenangannya bila ramai kecundang terkorban!

Kamu,

Jangan lagak tertawa mempersendakannya,

Jangan diingkari arahan pihak berkuasa negara,

Jangan keras kepala keluar rumah dengan alasan dusta,

Jangan biarkan rantaiannya terus bermaharajalela,

Jangan sampai petugas kesihatan hilang upaya,

Jangan sampai negara yang aman menjadi huru-hara,

Jangan sampai kamu pula menjadi mangsanya!


Tidakkah kamu terfikir ini bicara TUHAN untuk kita semua?

Mengapa lalai dan alpa dunia ini fana?

Mengapa berterusan melakukan dosa?

Mengapa lupa tanggungjawab sebagai hamba? 

Mengapa lupa menyediakan bekalan pahala?

Mengapa lupa mati itu bila-bila masa sahaja?

Mengapa lupa semua itu milik DIA?!


Ayuh! Marilah kita bersatu dan berdoa,

Semoga Corona berhenti berbuat bencana!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.