PRIA PUJANGGA
Empat jajah satu mukim
Empat hawa satu musim
Empat zarah satu hakim.
Tanah rekah dua hasta
Air kering satu ela
Api padam satu depa
Angin lesu tiada daya
Tinggal kuis pecah sejuta.
Menimang cahaya dari bersusun tepak
Menderu titis dari kaca berkelopak
Rentap tali dalam dendam
Percik bara dalam sekam
Racun diri dalam diam
Pendam tanam dalam-dalam.
Ihsan Ya Rabb dicitakan hati
Insan akur menutup ruang iri
Ajukan soal mengandaikan usainya segala hari
Walhal esok masih ada lagi
Khilaf manusia barangkali.