TANJAK SI MERAK
Benar
Terkadang aku tunduk
Seakan menekap bumi.
Bukan bererti
Aku akur
Aku hormat
Aku takut
Aku runsing
Apatah lagi aku gentar.
Cuma sekali-sekala
Sengaja aku biarkan kau terus mendongak
Menjunjung riak membelah langit
Mudah-mudahan
Tika tersandung
Tersungkur
Baru kau sedar;
"eh..di sini rupanya kaki