Di mana suara?
Simpan saja di tenggorokan
Jangan pernah meluah
Jangan pernah bertanya
Jangan pernah protes
Walau apa saja didengari sang telinga
Di mana suara?
Cukup simpan di hati saja
Bila terluah menjadi amarah
Kerana suara tersalah erti
Biar saja hati yang terluka
Di mana suara?
Jangan pernah bersuara
Terima saja segalanya
Walau akal degil ingin berbicara
Kerana pilihan sentiasa ada
Dan manusia juga takkan pernah satu suara