Home Puisi Umum SINAR HARAPAN BUATMU
SINAR HARAPAN BUATMU
Aku Mastura Ku Abd. Aziz
14/1/2017 21:32:01
3,053
Kategori: Puisi
Genre: Umum
SINAR HARAPAN BUATMU

Tuah bernama si rezeki
Singgah sekejab kepadaku
Aku tenung lama-lama
Minda kiriku marah-marah
Duduk sini janganlah pergi

Minda kananku senyum-senyum
Tekad diri dalam hatiku
Biar kiri melenting sendiri
Kanan bahagia kuturut katanya

Rezeki melihat aku
Sinarnya makin terang
Biar biasnya melantun merata
Dia seolah membalas mesra
Rezeki sudah mahu melangkah
Ikhlas kumelambainya pergi
Tinggallah engkau
Bersama tuan baharumu
Semoga engkau bisa membunuh deritanya
Biar tuanmu rasa sempurna

Rezeki..
Mahu aku beritahu
Aku cukup puas
Sebahagian kamu yang aku ada
Sudah aku bahagi-bahagi
Hari mendatang, datanglah lagi
Agar bisa aku berbahagi rasa
Dengan mangsamu yang bertuah
Selamat tinggal rezekiku
Jangan lupa kembali semula

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.