Home Puisi Kisah Hidup Rojak Rasa
Rojak Rasa
Shiropena
19/10/2018 11:30:17
3,493
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup




Merenung ke langit cerah membiru,

Tanda gusar dalam ragu.

Hati mengadu mengatakan sayu,

Sukar diluahkan memakan waktu.


Burung berkicau menghiasi taman,

Bunganya mekar disinar mentari.

Bukannya mudah untuk berteman,

Jerat berduri berjela menanti.


Daun hijau dijaga rapi,

Mudah diteka musimnya nanti.

Buat baik jangan bertapi,

Ingatlah Tuhan mencurah rezeki.


Malam gelap sunyi dan sepi,

Pungguk mencari bulan menanti.

Walau puncak tertinggi kau kuasai,

Rumahmu ingati setia menanti.


Buku bertemankan kayu bersegi,

Habuk dan debu mencelah disisi.

Bukan mudah menjadi penanti,

Lena dan jagamu tiada bererti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.