Home Puisi Kisah Hidup Gagal
Gagal
Dakwatputih
25/3/2020 22:26:43
194
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup


Kegagalan bukanlah satu dosa,

Juga bukanlah satu ikutan,

Namun penunjuk jalan yang pahit,

Dan meninggalkan sebuah kenangan.

 

Namun bagiku,

Kegagalanku tiada maknanya,

Hanya tauladan bagi semua,

Dengan harapan ulangnya tiada.

 

Aku malu,

Dengan diriku yang serba ini,

Harapan tinggi dijulang disisi,

Namun sayangnya kian menyepi.

 

Ingin ku tepis cabaran itu,

Melangkah maju demi mimpiku,

Namun semakin jauh ku menuju,

Semakin hilang bara api itu.

 

Akhirnya ku mula menyerah,

Walau hatiku meronta marah,

Desakanku yang tiada arah,

Ku mula menutup langkah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.