Home Puisi Kisah Hidup Langkahku
Langkahku
Shiropena
6/7/2021 11:10:18
140
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Teruskan langkahku menimpa nama,

Di sebalik kegelapan kelambu jiwa,

Lupakan bisa di luka lama,

Juga meranapkan dendam manusia.

 

Sinar mentari kaburkan pandanganku,

Berehat sebentar di lubuk ilmu,

Kusingkap helah disebalik ragu,

Menjadi ingatan sepanjang jalanku.

 

Kadang kala tersesat juga,

Di kala malam mengusik minda,

Akan ku tatap cermin setia,

Utuhkan diri menikam deria.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.