Home Puisi Umum Kuasa dan Manusia
Kuasa dan Manusia
Shiropena
19/1/2019 11:34:29
3,839
Kategori: Puisi
Genre: Umum


Sedarlah manusia,

Keadilan kini di bibir saja,

Penindasan tiada diduga,

Kepada insan tak bermaya,

 

Walau nasihat beribu kata

Gelap hati pelita binasa,

Nafsu menutup pandangan manusia,

Kuasa melahap fikiran sarjana

 

Yang lemah meraung meminta simpati,

Diharap diberi sesuap nasi,

Pasti senyap tiada memberi,

Pelbagai alasan dikocek sisi

 

Ingatlah yang punya kuasa,

Kuasamu juga punya batasnya

Jika tamak serta haloba,

Sedialah kamu di putaran roda.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.