CINTA PERTAMA MENIPU AKUAku kenal erti rindu
Kata kamu rindu itu akulah tetamu
Aku kenal erti cinta
Kata kamu cinta aku dalam genggammu
Lafaz sayang kau luah selalu
Kata kamu sayang kamu setulus kalbu
Jauh benar kau meneroka
Mengorek jiwaku jauh ke dalam
Saat itu kitalah ratu dan raja segala
Tahun menganjak usia
Memori kita di mana-mana
Kau ada tikaku ketawa
Tetap bersama walaupun berduka
Janji utuh sehidup semati
Biarpun sanggup bergadai nyawa
Semalam, rindu kamu tetamunya lain
Semalam, cintaku kau lepas dalam genggam
Semalam, sayangku kau ludah perlahan
Kamu korek isi jiwaku, kamu timbus semula
Ratu dan raja sudah tidak sehala
Kenangan beralih kelam memadam harapan
Sejak dari semalam
Aku mula perasan
Akulah yang pertama seketika cuma
Kamu ada cinta kedua
Sedang yang pertama kau gantung luka
Sejak itu aku benci cinta pertama
Kerana...
Cinta pertama kamu menipu aku