Home Puisi Cinta Satu Persinggahan
Satu Persinggahan
Nkal
7/3/2017 10:39:23
2,703
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Satu Persinggahan

Saat cinta menyemai rindu akulah yang pilu

Saat cinta menyulam rasa akulah yang terluka

Saat hati menagih kasih aku kau sisih


Saat sayang semakin membara kau putuskan rasa cinta

Saat rindu bertandang di hati kau pergi membawa diri

Aku kau tinggalkan tanpa khabar dan berita

Kau pergi pada dia yang menagih simpati dan cinta

Padamu aku hanya satu persinggahan sementara

Untuk menemani hatimu yang sepi pada suatu ketika


Peritnya rasa tidak terkira

Padamu ku kirimkan doa

Agar kau bahagia bersama si dia

Menempah cinta hingga ke syurga

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.