Home Puisi Cinta Coretan Kata Pujangga Bujang
Coretan Kata Pujangga Bujang
JejakaTerpujiSyurga
4/1/2018 07:48:53
2,272
Kategori: Puisi
Genre: Cinta


Saat melihat kepekatan malam,

Ku cuba mencari sinaran bintang,

Namun tak kunjung tiba,


Jadi bagaimana ingin aku belayar

Tanpa panduan daripada kerdipan

dan sinar bintang?


Niat di hati,

Ingin ku sediakan,

Mahligai permata tersergam indah,

Dipenuhi dengan jutaan perhiasan,

Agar dapat penuhi

Segala kemahuan kehidupanmu


Namun,

AKu cuma musafir di dunia ini,

Hidup bergantung insan manusia,

Tiada keberadaan harta dan darjat,

Hanya miliki warisan ilmuwan terdahulu


Ku lihat sinaran pagi,

Berharap agar sinar kali ini,

Dapat terangi,

Kehidupanku kini

Yang sendiri

Tanpa ada teman di sisi


Telah ku cuba,

Jejaki pemilik hatiku,

Ke rimba belantara,

Di jurang laut,

Tengah kesibukan kota,

Di desa yang permai,

Tidak ku ketemui


Akan ku nanti,

Saat kehadiranmu,

Warnai corak dunia ku

Kongsi suka dan duka

Warisi harapan berdua

Pada zuriat kita


Warkah ini

Ku tulis,

Dengan iringan doa,

Usaha serta takwa

Pada Maha Pencipta,

Moga nukilanku ini,

Ditiup ke ruang hatimu,

Agar kita dapa disatukan


Jika tidak,

Moga kita bertemu,

Di hadapan syurga Firdausi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.