Home Novelet Cinta Travel Log Love Story : Kundasang
Travel Log Love Story : Kundasang
JejakaTerpujiSyurga
14/3/2020 22:52:55
15,012
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

2

6 BULAN YANG LALU…

Kelihatan di ruang tamu di sebuah rumah yang luas dihiasi indah dengan gubahan bunga mawar, lantas menyebarkan aroma wangian yang menyentuh setiap sudut.Kain sutera warna putih menghiasi pelamin kecil di tengah ruang tersebut, memberikan sentuhan elegan namun masih sederhana.Cahaya daripada lampu jenis chandelier menyinari berkilauan, memantul lembut pada wajah-wajah ceria manusia yang yang duduk bersila tatkala sedang bercanda mesra sambil menunggu acara utama bermula.

Di satu sudut, kelihatan seorang gadis yang sungguh anggun berseri –gadis yang dirai hari ini duduk bersimpuh ayu.Wajahnya tersipu-sipu di bawahtudung renda berwarna putih, senyumnya malu-malu diiringi debar jantung yang makin kencang. Keluarga terdekat dan sahabat rapat si gadis mengelilingi,memberikan semangat dalam diam.

Dek di seberang ruangan, kelihatan seorang jejaka tampak agak gemuruh. Namun dia cuba untuk kekal tenang, walaupun sesekali terlihat matanya melirik ke arah si gadis yang bakal menjadi tunangannya. Si gadis tersenyumtipis seakan memahami apa yang bermain di fikiran lelaki tersebut.

Suara bacaan doa mula memenuhi ruang, membuatkan semua tetamu dan semua yang berada disitu untuk turut sama sama mendendangkan alunan doa yang memberikan ketenangan yang meresap ke dalam setiap jiwa insan yang mendengarnya. Selesai sahaja bacaan doa, terus diikuti dengan kata-kata peminangan, sepertima adat melayu lama. Setiap kalimah disampaikan dengan penuh tertib dan adat. Akhirnya tibalah masa untuk menyarungkan cincin ke jari manis si gadis. Masa seolah-olah terhenti tatkala si jejaka ingin menyarungkan cincin ke jari manis gadis tersebut. Semua mata tertumpu pada merpati dua sejoli ini, menyaksikan simbol cinta dan janji dua hati yang bakal bersatu. Semua yang menjadi saksi menzahirkan agar  kebahagiaan diperoleh pasangan ini.

Jejaka tersebut kini lega. Bayangkan, setelah bertahun menaruh hati, memerah keringat, apa yang dihajati hanya tinggal selangkah sahaja lagi.Hari ini termeterailah ikatan cinta dirinya dengan pilihan hati bersaksikan kedua-dua belah pihak. Majlis pertunangan antara dirinya dan gadis yang telah lama dicintainya.

“Terima kasih Mawar sebab sudi juga menerima diri saya sebagai pasangan hidup.” Ujar Suhail kepada Mawar sebaik sahaja dirinya dibenarkanuntuk berjumpa dengannya.

“Terima kasih juga sebab tak berhenti berusaha memaut hati Mawar”balas Mawar semula dengan senyuman yang amat manis.

            Mawar yang berpakaian baju kurung warna putih serta ringkas namun elegan disulami dengan tenunan dan sulaman yang menarik diapit oleh ibu Suhail dan ibunya.

“Suhail, jaga baik-baik anak ibu nie. Waktu bertunang nielah akandatang macam-macam ujian. Jaga batas kamu walaupun kamu berdua dah bertunang”nasihat ibu Mawar kepada Suhail dan mawar.

“Betul kata mak Mawar tue. Sebab itu kalau boleh kamu bertunang nietak payah lama-lama.” Sokong ibu Suhail pula.

“Baiklah mak dan makcik. Saya akan ingat pesan tersebut.” BalasSuhail dengan rendah diri.

“Sudah-sudahla usik Suhail dan Mawar tue. Jom jamah makanan ni. Tak baik biar makanan sejuk.” Kata seorang lelaki berusia 50-an yang masuk ke bilik dimana Mawar dan Suhail berada ketika ini. Barangkali ayah kepada Suhail atau Mawar.

“Iyelah ayahnya. Suhail, Mawar jomlah kita. Ayah kamu dah lapar sangat lah tu.” ujar ibu Suhail.

            Sebaik sahaja ibu Suhail berkata sedemikian,kesemua mereka terus bergerak keluar dari bilik tersebut dan menuju ke ruang tamu di mana hidangan tersedia. Majlis pertunangan ini sengaja dibuat secara kecil-kecilan sepertimana yang diharuskan. Hanya adik beradik dan sanak saudara terdekat sahaja yang hadir pada majlis ini selain rakan terdekat daripda kedua-dua belah pihak.

            Teringat Suhail tatkala dimana pelbagai usaha yang dilakukan untuk mengenali Mawar hinggalah kehari ini. Petik sahaja segala teknik yang biasa dilakukan oleh seorang lelaki dikala ingin memikat hati si rupawan. Tambahan pula Mawar dan Suhail belajar di satu universiti yang sama. Bayangkan saingan yang dihadapi Suhail ketika itu.Universiti yang mereka pergi pula bukan sebarangan universiti. Ia merupakan antara salah satu universiti terkemuka di Malaysia di mana setiap tahun seramai 10 ribu penuntut akan mendaftar. Mawar pula merupakan pelajar yang aktif di universiti ketika itu. Di tambah pula dengan paras rupanya yang persis artis, ramai mata para jejaka tertumpu pada dirinya. Sedangkan ketika itu Suhail pula bukan siapa-siapa. Dia tidak aktif dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Malah dia boleh dikatakan sebagai seorang yang memang fokus pada pembelajaran. Namun, ingin dijadikan cerita, di mana ketika Suhail ingin menujuke bilik kuliah sepertimana kebiasaannya, beliau terpandang Mawar yang ketika itu ingin bergerak ke kelas yang seterusnya.

            Tidak pernah dia rasa sebelum ini. Satu perasaan yang susah untuk ditafsir dengan formula,dibuktikan dengan eksperimen dan ditonjolkan dengan jisim. Itulah cinta. Dari saat itulah Suhail nekad untuk memikat hatinya. Diberanikan diri cuba mendapatkan nombor telefon Mawar daripada rakan terdekat dengan Mawar. Berpura-pura konon ingin menyertai aktiviti universiti. Maklumlah Mawar merupakan ahli majlis perwakilan pelajar universiti ketika itu. Namun ketika ini cubaan yang dilakukan Suhail umpama menitik air ke atas batu.Tiada balasan yang diterima. Mawar menganggap bahawa cubaan yang dilakukan Suhail sama seperti lelaki-lelaki lain di universiti tersebut. Mungkin juga kerana kedua-dua mereka tidak selalu bersua. Ini kerana Mawar dan Suhail berlainan fakulti. Mawar lebih kepada bidang Pengurusan manakala Suhail lebih menjurus kearah bidang kejuruteraan.

            Walaupun tindakan Mawar yang agak dingin terhadap Suhail, tidak membuatkan bahang cinta di dalam diri Suhail terhadap Mawar pudar. Malah semakin membara di jiwa. Malah sempat Suhail memberanikan diri meluahkan perasaannya di depan Mawar di saat akhir pengajiannya di universiti tersebut. Ternyata percubaan Suhail tersebut ketika itu gagal dengan jayanya. Mawar dengan tanpa berselindung cuba menolak perasaan Suhail mentah-mentah. Siapa sangka itu bukanlah percubaan pertama dan terakhir daripada Suhail kepada Mawar.

            Setelah kedua-duanya menamatkan pengajian dengan cemerlang, masing-masing membawa haluan sendiri. Mawar terus berjaya mendapatkan pekerjaan di salah sebuah syarikat terkemuka. Manakala Suhail membuat keputusan untuk mengukuhkan kemahiran dirinya dengan mengambil program sijil professional di salah sebuah institut kemahiran di utara tanah air. Namun Suhail tidak pernah melupakan diri Mawar. Setiap aktiviti media sosial masih Suhail ikuti.

“Tak ke rasa macam stalker ke?” celah Nazirah tiba-riba.Terganggu seketika penceritaan yang dilakukan oleh Suhail. Namun apa gunanya bercerita jika tiada yang mendengar. Persoalan yang diajukan menandakan bahawa tetamunya ini tekun mendengar celotehnya.

Maybe, tapi saya tak la sampai ikut dia sampai tahu kat mana dia tinggal, tempat makanan favourite dia. Saya tahu batas saya. Cuma saya nak tahu pada ketika itu adakah peluang untuk saya masih ada” balas Suhail yang masih tenang mengendalikan kenderaan sewanya.

“Jauh jugak awak throwback kisah awak nie.” Sindir Nazirah kepada Suhail.

“Apa salahnya, kebetulan perjalanan kita nak ke Kundasang pun boleh tahan jauhnya. Anggaplah sebagai hiburan untuk Cik Nazirah” balas Suhail dengan senyum dilapik dengan tawa kecil.

“Lagipun ada sebab kenapa saya cerita. Nanti awak akan faham rasionalnya.” Tambah Suhail lagi.namun kali ini terlihat raut wajahnya sedikit sedih.

            Raut wajah yang sama dilihat Nazirah di lapangan terbang. Memang benar tersembunyi duka di dalam diri lelaki ini. Cuma belum diketahui sedalam mana luka hati lelaki ini. Adakah lebih teruk dari yang dialaminya? Ataupun cuma sejentik sahaja daripada apa yang dialaminya?. Rasa ingin tahu membuatkan Nazirah ingin mendengar dengan lebih kisah lelaki ini.

“Okay, maafkan saya sebab mencelah” ujar Nazirah kepada Suhail.

“Takpe, sekuran-kurangnya saya tahu Cik Nazirah tak tertidor dengar kisah saya.” Balas Suhail semula.

“Ok, tadi saya berhenti dekat mana ye? Soal Suhail kepada wanitayang duduk di ruang belakang kereta yang disewanya itu.

“Awak berhenti dekat awak stalk  perempuan nama Mawar” balas Nazirah

“Baik.Saya sambung semula” kata Suhail sambil terus memberikan padapemanduan sambil cuba menyambung semula coretan kisah lara dirinya.

            Sepertimana yang saya kata saya masih lagi follow media sosial Mawar. Jadi saya tahu apa yang berlaku dalam kehidupan dia. Walaupun tak banyak tapi jadi lah buat pengubat rindu. Akhirnya setelah 6 bulan saya berjaya menamatkan program persijilan professional dalam kejuruteraan automasi. Tanpa disangka pula syarikat Mawar bekerja memerlukan seorang jurutera automasi. Maka saya gagahkan diri saya untuk cuba hantar permohonan kerja di syarikat tersebut. Alhamdulillah, syarikat tersebut menerima saya bekerja.

            Pada mulanya Mawar tidak menyedari pun bahawa saya bekerja di syarikat yang sama dengan dia. Sebab dia duduk di bahagian pentadbiran lebih kepada promosi dan jualan produk. Manakala saya lebih kepada bahagian kejuruteraan. Hinggalah pada suatu hari. takdir telah tertulis bahawa saya dan Mawar akan bertemu semula.

“Suhail, jumpa saya sekejap dalam bilik saya” ujar seorang lelak iumur 40-an kepada Suhail yang pada saat itu sedang menatap paparan di skrin komputernya. Saat matanya beralih ke arah sumber suara tersebut, rupanya iadatang daripada ketua jabatannya, Encik Aiman.

“Baik Encik Aiman” balas Suhail semula sambil lelaki tersebutbergerak menuju ke biliknya. Lantas selang beberapa minit kemudian Suhail bergegas menuju ke bilik lelaki tersebut dengan sebuah buku catatan dan sebatang pen yang diselitkan pada poket baju kemejanya.

“Assalammualaikum Encik Aiman, boleh saya masuk” ucap Suhail sambil ketukan pada pintu sebagai tanda pengumuman akan kehadiran diri.

“Waalaikumsalam. Silakan Suhail. Ambik kerusi tersebut dan duduk.”Balas Encik Aiman sambil cuba melihat maklumat yang terdapat pada paparan skrin komputernya.

            Suhail terus mengambil kerusi dan terus duduk sepertimana yang diarahkan oleh ketua jabatannya.

“Sebenarnya begini, tujuan saya panggil awak ni adalah kerana syarikat kita berhasrat untuk menghasilkan produk baru. Saya merasakan projek ini saya nak awak yang ketuai disebabkan rakan sekerja awak yang lain sibuk dengan tugasan yang sedia ada.” Terang Encik Aiman yang kini memandang Suhail untuk melihat reaksi yang akan dipamerkan olehnya.

“Saya rasa tanngungjawab ini agak berat untuk saya pikul buat masa ini. Saya baru berada di syarikat ini 3 bulan sahaja.” Hujah Suhail dengan ayat penolakan bersifat halus.

“Awak jangan risau, saya nampak potensi di dalam diri awak. Sebab itu saya rasa awak merupakan calon yang layak untuk projek ini” balas Encik Aiman semula dengan jawapan klise korporat. Suhail tahu andai kata dia menolak, hanya akan ada satu sahaja yang akan berlaku; Sama ada penilaian terhadap prestasi kerja yang diberikan terhadapnya rendah atau kerjayanya di syarikat ini mungkin gelap.

“Kalau encik Aiman kata begitu, mana mungkin saya sanggup menolak. Saya terima tanggungjawab tersebut.” Kata Suhail kepada Encik Aiman.

“Bagus. Jadi selepas awak lunch, awak attend meeting dengan wakil jualan dan promosi syarikat kita. Awak dapatkan segala maklumat yang awak perlukan di dalam mesyuarat tersebut. Awak boleh sambung balik kerja awak semula”

“Baik Encik Aiman. Saya keluar dulu.” Jawab Suhail sambil perlahan-lahan meninggalkan pejabat Encik Aiman.

            Sebaik sahaja kembalinya Suhail ke meja kerjanya, satu keluhan dilemparkan. Perkara tersebut dilihat rakan sekerjanya, Najib.

“Kau dah kenapa Suhail? Mengeluh teruk dah aku tengok.” Soal Najib kepada Suhail sambil memusingkan kerusi yang didudukinya ke arah rakannya itu.

“Bos kitalah, bagi aku lead  projek baru. Katanya syarikat kita nak buat produk baru.” Jawab Suhail

“Oklah tue. Dapat lead projek. Bukan senang nak dapat peluang macam tue.”balas Najib akan perkhabaran tersebut.

“Kau janganlah nak sarcasm sangat. Aku dapat peluang nie sebab tak ada dah jurutera yang senior available atau senang kata yang nak ambik tanggungjawab tersebut.” Balas Suhail dengan negatif.

“Kau janganlah negatif sangat Suhail. Mungkin ada benarnya tetapi cuba kau lihat dari sudut berbeza. Mana tahu daripada ini kau akan dapat sesuatu yang bernilai. Contohnya kebolehan untuk mengurus projek. So lepas ni bolehlah bubuh dalam resume kau.” Kata Najib kepada Suhail cuba untuk membuatkannya gembira.

“Betul juga kata kau. Nasib kau cakap macam tu. Aku takdelah rasa macam beban tentang projek ni.” Kata Suhail setelah mendengar pandangan rakan sekerja tentang tugasan yang diterimanya.

“Aku kan kawan kau. Walaupun aku baru kenal kau 3 bulan, tapi aku anggap macam dah kenal kau lama. Lagipun mana nak dapat kawan macam kau dekat ofis nie.” Usik Najib pada Suhail sambil menyiku ramah dirinya.

“Sempat lagi ye kau bodek. Ni sah nak suruh aku belanja time lunch la nie.” Balas Suhail seakan mengerti hasrat sahabatnya itu.

“Hehe..see, That why you my best friend. Bukan apa wei, aku bulan nie teruk sikit. Sekurang-kurangnya bila kau belanja aku, aku mampu lah bertahan sampai gaji seterusnya. Aku janji nanti aku ada duit lebih aku belanja kau.” Balas Najib pada Suhail akan niatnya itu.

“Yelah, apa-apapun jom lunch dulu.  Petang satgi aku ada meeting pasal projek baru tue. Kang keluar lambat satgi masuk ofis lambat lak. Kau bukan tak tahu KL nie sesak waktu tengahari nie”. Ajak Suhail sambil menyambar dompetnya yang berada di atas meja lalu beredar sambil diikuti Najib.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.