Home Cerpen Alternatif Ingin Dibuang Namun Tetap Dikenang
Ingin Dibuang Namun Tetap Dikenang
JejakaTerpujiSyurga
19/8/2023 15:49:38
1,831
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

Jauh dalam sudut hati,

pungguk tahu,

pungguk mengerti,

Beza pungguk dan juga bulan,

Namun tetap diidami


Pungguk sedar,

pungguk bukan buta,

kepaknya tidak mampu terbang,

tinggi melepasi 7 petala langit,

mencecah ayu wajah si bulan.


Pungguk tahu,

sunyinya bulan,

sendiri,

tanpa ada siapa disisi,

meminjam ceria sang suria,

menerangi dunia di waktu malam.


nasihat sang helang,

bukan pungguk tak mengerti,

cuma sukar dilaksana,

ingin sahaja dibuang,

Namun datang semula bila terkenang.


Biarlah pungguk,

rindukan bulan,

selagi mana rasa itu di hati,

sehingga satu hari ia sendiri pergi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.