Home Novelet Seram/Misteri Antologi Projek Seram - LAPANGAN TERBANG BERPUAKA
Antologi Projek Seram - LAPANGAN TERBANG BERPUAKA
Noorfadzillah Omar
31/5/2016 12:28:26
15,298
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 5

Hari Pertama

Lapangan Terbang Akarak

VAN putih lama berjenama Nissan itu akhirnya berhenti di hadapan pintu masuk utama bahagian sisi ke Lapangan Terbang Tentera. Satu demi satu keluar dari van putih itu hanya membisu melihat lapangan terbang lama terbiar dengan rumput lalang tumbuh liar di mana-mana.

Sepanjang perjalanan menghala ke tempat itu sahaja, kiri dan kanannya dilitupi hutan tebal. Pulau itu dikira amat besar juga kerana tidak ramai pelabur berminat untuk meneroka pulau itu seperti membuka resort atau tarikan pelacongan yang mampu meraih pendapatan. Hanya satu chalet kecil sahaja yang terdapat di pulau itu.

Desir angin yang paling jelas menggambarkan suasana saat itu. Redup sahaja latar di persekitarannya. Bahkan awan berarak mendung seolah bila-bila masa akan hujan. Tidak seorang pun daripada mereka yang bersuara. Mungkin masing-masing berfikir sama ada untuk meneruskan niat melangkah masuk menerusi gerbang besar itu atau berpatah balik.

Sesuatu yang membuat dirinya pelik melihat pagar yang dipasang dari jenis dawai keselamatan yang lebih moden tetapi bahan yang direka dengan pisau cukur yang tajam lagi besi dan kawat tegangan tinggi. Ia dipasang sepanjang sekeliling lapangan terbang itu dengan ketinggian 20 meter seolah ia adalah penjara yang tidak mahu ada yang masuk atau keluar dari dalam lapangan terbang itu.

Ketika dia berpaling ke sebelahnya, Pak Cik Saidi kelihatan tegang. Dia menghampiri lelaki itu yang tidak semudah memujuknya menemani mereka sampai ke pintu masuk utama itu.

“Pak cik..” serunya perlahan.

Lelaki itu mengelus tengkuk dan resah berada di situ lebih lama. Dia faham dengan apa yang dirasakan lelaki itu. Bila membuat wawancara semalam sahaja dapat dia rasakan betapa lapangan terbang tentera itu tentu mempunyai ssuatu yang misteri. Mungkin kerana sentimen paranormal dan misteri inilah pelanggan itu meminta mereka agar tinggal di dalam dan merakamkan segala aktiviti di dalamnya.

Lapangan Terbang ini mula dibina pada tahun 1942. Landasan Lapangan Terbang Akarak ini berukuran 5,200 kaki panjang. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat tentera Jepun. Bapa kata, ia adalah milik penjajah Jepun dahulu dan sekarang dengarnya milik persendirian. Apa yang pak cik tahu tempat ini beberapa kali cuba dirobohkan dan bersihkan tapi banyak masalah yang menghalangnya,” cerita Pak Cik Saidi kepadanya.

Tim produksi yang lain pula seolah terpukau sekadar mengintai dari celah pagar berdawai bak pisau cukur itu.

“Masalah macam yang pak cik cakap semalam tu kan?” Dayang Erdina ingin pastikannya.

Lelaki itu mengangguk. Lalu dia pula terus dipaut oleh lelaki itu sedikit jauh dari tim produksi yang lain untuk bercakap sesuatu yang penting.

Dayang Erdina hanya mengikut sahaja bila lengannya ditarik jauh dari van tumpangan dinaiki mereka. “Kenapa ni pak cik?”

Ada riak resah pada wajah lelaki itu. “Pak cik anggap kamu macam saudara juga Dina. Sejak lahir lagi pak cik dibesarkan di pulau ini. Banyak hal misteri dan seram berlaku di sana. Apakah kamu pasti juga mahu teruskan penggambaran tu?”

Pemandu van itu sudah membuka pintu kecil tidak berkunci pada gerbang pintu itu. Namun seorang pun belum menjejak kaki masuk ke dalam. Md Zain pula sibuk bercakap dengan Mr Kevin di telefon bimbit memaklumkan bahawa mereka sampai di situ.

“Dina juga tidak pastilah pak cik. Serba salah juga. Lagipun tempat ini macam Dina pernah nampak di suatu tempat. Pak cik rasa macam mana?”

“Ikut kata pak cik batalkan saja. Kamu tu perempuan dan katanya mahu nikah tidak lama lagi. Tidak manis, Dina. Apalah gunanya wang kalau keselamatan kamu terancam di sana.” Tuding lelaki itu pula.

'Ya Allah. Kenapa hati ini sangat berat untuk pergi!'

“Dina, pak cik akan doakan keselamatan kamu semua. Belum pernah pak cik pedulikan orang luar yang mahu ke tempat ini. Selalunya bila orang-orang dari tanah besar mahu datang ke tempat itu pak cik nasihat sekali saja dan abaikan. Tapi melihat kamu semua buat hati pak cik ni gelisah mahu lepaskan.”

“Beginilah pak cik, ini nombor telefon kakak dan tunang Dina. Kalau dalam masa dua hingga tiga hari kami tidak keluar dari tempat ini dengan selamat atau tiada kabar tolong hubungi mereka dan ceritakan.” Dia mengeluarkan secebis kertas dari beg sandangnya dan menulis nombor penting itu.

Pak Cik Saidi membacanya sekilas dan mengangguk. “Dina, kamu macam anak pak cik juga. Pak cik hanya ingin ingatkan pada kamu agar jaga solat dalam apa jua keadaan dan terus berzikir. Pak cik juga akan bantu dengan doa dan solat hajat. Kalau dalam masa dua hingga tiga hari kamu tidak balik pak cik akan bawa orang-orang kampung juga cari kamu. Itu janji pak cik.”

“Dina! Heh! Kau buat apa lagi tu? Macam buat surat wasiat pula di sana,” jerit Md Zain sudah menjejak masuk ke dalam lapangan terbang itu.

“Iyalah! Aku datanglah ni.” Dia sudah bersiap-sedia.

“Dina, pintu pagar tu pak cik tidak kunci. Ingat apa yang kau lihat di sana jangan mudah terperdaya. Bila senja saja terus tetap bersama dengan teman-temanmu. Jangan sesekali berpecah. Jangan keluar ke tengah lapangan itu kalau mulai senja hingga menjelang subuh. Selesaikan segera pekerjaan kamu semua dan balik.”

....terima kasih kerana sudi membaca sampai setakat bab yang saya upload di sini. Kalau ingin tahu apa terjadi dengan tim Dayang Erdina di hari pertama dan seterusnya kena dapatkan novel ini. Antologi Projek Seram -AIRPORT sudah ada di pasaran.. bersama cerita ini ada 3 karya penulis lain yang berbeza.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.