Home Novelet Seram/Misteri ANTOLOGI SERAM: AKU BUDAK ASRAMA
ANTOLOGI SERAM: AKU BUDAK ASRAMA
Hikari Hana
26/2/2019 16:28:50
20,218
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
KISAH 3

KISAH 3: BACA BETUL-BETUL

Kejadian histeria bukan la perkara pelik pun berlaku di sekolah lebih-lebih lagi kalau di asrama, almaklum lah namapun tempat tinggal anak-anak remaja. Ada sahaja pantang larang yang dilanggar. Kebiasaannya kejadian histeria ni berlaku pada pelajar perempuan dan biasanya boleh berjangkit kepada lebih dari seorang. Mungkin fitrah perempuan,lebih lemah kot.

Kakak senior ada bercerita,setahun sebelum aku masuk adalah kejadian histeria paling teruk dalam sejarah sekolah. Hampir 50 orang pelajar dirasuk sehingga pelajar dibenarkan pulang bermalam selama seminggu untuk memastikan keadaan tidak bertambah parah.Sekolah menjadi huru-hara kerana di mana-mana sahaja kedengaran pelajar menjerit. Kebiasaanya 5 tahun sekali akan berlaku kejadian histeria beramai.

Mulanya kami tidak la risau kerana histeria telah berlaku pada tahun lepas. Tapi pada tahun itu berlaku juga perkara yang ditakuti, cuma bukanlah histeria beramai-ramai tapi seorang sahaja yang dirasuk. Namun yang sorang tu la buat sekolah jadi huru-hara. Aku masih ingat pada malam kejadian ini bermula. Kami semua di kelas seperti biasa untuk prep malam. Prep malam bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir 10.30 malam.Pada waktu ini la masing-masing ambik kesempatan untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru. Aku dan El sepakat untuk menyiapkan latihan MatematikTambahan.

“Papa Razi ni nak bunuh kita ke apa? 30 soalan tu ingat sikit ke, kalau objektif tu lain la, ni subjektif kot,”aku merungut sambil menekan kalkulator kasar. Aku memang tak berapa berkenan dengan mata pelajaran itu, nak termuntah rasanya melihat nombor-nombor yang kadang kelihatan seperti tulisan planet Marikh.

“Tak yah la nak abused kalkulator tu, tak bersalah pon dia....mana yang sangkut?,”El ni memang lebih pandai dariaku dalam bab-bab nombor ni.

“Ni ha...soalan bulatan ni. Aku dah guna cari luas sektor L=½ j2θ, tapi sebab dia nak kawasan berlorek aku tolak dengan luas segitiga, tapi x dapat pon jawapan. Air mata dah mendidih,"15minit sangkut kat satu soalan, entah bila nak siap 30 soalan ni.

“Aiyooo akak ni guna la luas tembereng, formula yang Papa Razi ajar tadi. Tu la masa kelas berangan. Kau dah dapat radian kan so guna formula L= ½ j2 (θ – sinθ), tak boleh guna luas segitiga sebab kita cuma dua sisi je, mana boleh anggap ni segitiga sama sisi,suka hati jiwa raga jer,”El membebel seperti mak nenek.

“Hahaha..oooo...jap aku try,”aku menekan no di kalkulator dan menulis atas buku latihan bergilir dengan berhati-hati. Ni baru soalan no 17, ada lagi 13 soalan tak siap. Pukul berapala nak tidur malam ni.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaa....lepas...aku kata lepassssssssssssssssssss...”, tak semena-mena bunyi orang menjerit diikuti suara kecoh.

“Weh apahal tu...jom tengok Wok,”El menarik tangan ku keluar dari kelas. Mak cik sorang ni memang kaki menyibuk sikit.

“Bob ada apa bising-bising tu?Aku bertanya kepada salah pelajar lelaki kelas ku, dari balkoni kelas ku yang terletak di tingkat 3 kami melihat ramai pelajar mengerumi taman yang terletak di antara Blok Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

“Ada budak histeria, mengamuk nak terjun kolam ikan?,”Bob menjawab.

“Form 4 ke? Budak kelas mana tu?,”El menyampuk.

“Diorang cakap budak 4 Ibnu Sina,sapa tak tau la pulak, jangan la Flynn?,”Peah yang entah dari muncul bersuara.4 Inbu Sina adalah kelas Flynn kawan sebelah katil ku.

Hampir setengah jam juga kami diluar, nak turun melihat lebih dekat takut dimarah warden. Jadi kami bertenggek di balkoni. Lupa dah kerja Matematik Tambahan yang bertimbun.

“Flynn sapa yang kena histeria tadi?,”Kak Bed bertanya saat masing-masing bersedia untuk mengaji malam tu.

“Meiji...budak rumah Kuning. Dia balik dari library tetiba je menangis meraung, bila kitaorang cuba nak tenangkan, dia mula mengamuk lari keluar nak terjun dalam kolam ikan. Jenuhjuga la tarik,”masing-masing khusyuk mendengar cerita.

Rupa-rupanya malam tu Meiji masuk dalam satu bilik di dalam perpustakaan yang kami panggil Bilik Mayat. Perpustakaan kami terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama kami panggil Ruang Rehat di mana biasanya ruang untuk pelajar bersantai dengan radio yangsentiasa terpasang, ruang kedua ialah Bilik Media di mana biasanya digunakan untuk pembelajaran yang memerlukan projektor dan ruang ketiga ialah Bilik Senyap atau kami gelar Bilik Mayat. Bilik ini ialah bilik kedap bunyi kalau pensel jatuh pun dikira membuat bising , untuk pelajar yang mahu suasana lebih senyap boleh menggunakan ruangan ini. Tetapi sudah menjadi satu tradisi yang tak tertulis, bilik ini biasa digunakan oleh senior sahaja. Para senior ada berpesan jangan sesuka hati masuk dalam bilik itu terutamanya pada waktu malam.Namun ada juga junior yang berdegil, kata mereka itu cuma ulah senior menakutkan kami junior.

Nak dijadikan cerita pada malam kejadian para senior semua berkumpul di dewan besar untuk klinik Matematik Tambahan, jadi Bilik Mayat kosong. Malam itu Meiji bersendirian masuk ke bilikitu kerana tiada senior menggunakannya. Dari cerita  dia brdegil mahu masuk ke bilik itu walau ditegah kawan-kawan yang lain. Ketika dia bersendirian di dalam bilik itu,berlaku gangguan elektrik di perpustakaan. Itu adalah perkara biasa, kadangkala fius elektrik di perpustakaan tertutup sendiri. Ada khabar angin masalah ni disebabkan oleh perbuatan makhluk halus kerana juru elektrik tidak menjumpai sebarang masalah teknikal.

Sejak malam tu boleh dikatakan Meiji diserang histeria bila-bila masa. Kadang-kadang sewaktu sesi persekolahan,kadang-kadang pada waktu prep dan pernah sekali Meiji diserang histeria ketika kami berada di surau pada malam Jumaat semasa kami menunaikan solat isyak.Ketika diserang biasanya Meiji meracau marahkan kami, katanya ada pelajar yang membuat perkara yang dilarang iaitu ‘bercouple’. Dari cerita Ustaz Amin yang juga ketua warden. Semasa mendirikan sekolah ini ada makhluk yang tidak mahu berpindah maka perjanjian telah dibuat selagi mana kami tidak melakukan perkara yang tidak melanggar batas agama mereka tidak akan menganggu kami. Kawasan sekolah kami telah dipagar dan perbuatan melanggar batas agama akan meruntuhkan pagar itu.

Yang peliknya, jika tidak diserang histeria Meiji seakan normal sahaja. Tidak langsung menunjukkan kesan histeria seperti badan lemah seperti kelaziman mangsa histeria yang lain. Kami mula hidup dalam ketakutan kerana tidak tahu siapa lagi yang berjangkit dengan Meiji. Biasanya kami perlu mengikut permintaan Meiji bagi mengelakkan histeria berjangkit.

Teringat kejadian pada suatu Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan ketika pelajar lelaki pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, pelajar perempuan akan berkumpul di surau sekolah untuk solat berjemaah dan membaca surah Al Kahfi beramai-ramai. Cuaca hari tu sangat panas. Selepas selesai solat Zuhur kami mula membaca surah Al Kahfi.Biasa la kalau sudah cuaca panas mata pun makin memberat. Ada yang tersengguk-sengguk, ada dah terlentok dan ada juga yang degil bersembang.

“Arghhhhh.....Hoiïiiiii...kenapa korang main-main dengan ayat Al Quran? Nama ja Islam,perangai macam kafir,”tiba-tiba Meiji menjerit memaki hamun.Masing-masing terkejut. Hilang rasa mengantuk, yang sibuk bersembang pun terdiam.

“Jangan takut, baca ayat ayat Kursi sebanyak mungkin,”Kak Hawa mengarahkan kami. Risau juga kalau ada yang berjangkit. Sudahla yang tinggal di asrama cuma pelajar perempuan sahaja.

“Hahahahahaha..hahahahahaha...bacapun salah, nak halau aku konon,”makin galak makhluk yang merasuk Meiji.

“Mana kau tau kami baca salah?,”Kak Hawa dengan berani bertanya. Tabik sungguh dengan ketua Naqibah kami ni. Berani dia lain macam.

“Aku hidup lebih lama dari kamu semua. Kalau bacaan kamu betul lama dah aku lari dan terbakar. Tapi aku kat sini lagi kan. Teguh berdiri ketawakan kamu semua....hahahahahahahaha,”takbur sungguh makhluk tersebut. Ketika itu suara Meiji sudah garau tidak seperti suara asalnya yang lemah lembut, matanya merah. Habis ditepis orang-orang yang cuba memegangnya.Sudahnya dibiarkan saja Meiji bersila di tempat imam. Tapi Kak Hawa dan beberapa naqibah masih berjaga takut dia mencederakan diri sendiri.

“Habis kau nak apa? Kenapa kau kacau kami, dalam rumah Allah,”Kak Hawa menahan marah. Kesian juga Kak Hawa sebagai ketua naqibah berat tanggungjawab dia. Ni nak berhadapan dengan benda mistik la pulak.

“Baca sampai betul ayat Kursi...selagi tak betul aku takkan lepaskan kamu semua. Baca! Kalau tak aku bawa budak ni masuk dunia aku,”meremang bulu roma bila Meiji dengan mata merah tersenyum sinis menunding ke arah muka sendiri.

“Alloohu laa ilaaha illaa huwalhayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhuu sinatuw walaa naum. Lahuu maa fissamaawaati wamaa fil ardli man dzal ladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa biidznih, ya’lamu maabaina aidiihim wamaa kholfahum wa laa yuhiithuuna bisyai’im min ‘ilmihii illaabimaa syaa’ wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardlo walaa ya’uuduhuuhifdhuhumaa wahuwal ‘aliyyul ‘adhiim”.

“Ada yang salahhhhhhhhh....ulangggg,”.

 “Alloohu laa ilaaha illaa huwal hayyulqoyyuum, laa ta’khudzuhuu sinatuw walaa naum. Lahuu maa fissamaawaati wa maafil ardli man dzal ladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa biidznih, ya’lamu maa bainaaidiihim wamaa kholfahum wa laa yuhiithuuna bisyai’im min ‘ilmihii illaa bimaasyaa’ wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardlo walaa ya’uuduhuu hifdhuhumaawahuwal ‘aliyyul ‘adhiim”.               

“Ada yang salahhhhhhhhh....ulangggg,”.

“Alloohu laa ilaaha illaa huwalhayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhuu sinatuw walaa naum. Lahuu maa fissamaawaati wamaa fil ardli man dzal ladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa biidznih, ya’lamu maabaina aidiihim wamaa kholfahum wa laa yuhiithuuna bisyai’im min ‘ilmihii illaabimaa syaa’ wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardlo walaa ya’uuduhuuhifdhuhumaa wahuwal ‘aliyyul ‘adhiim”.   

“Diammmmmmm!!!!Yang belakangtu...pandai eh kau cakap sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia. Habis kau rasa kau baik, orang lain baca ayat Quran kau bercakap.Munafik!,”nak gugur jantung sekejap. Tiba-tiba Meiji menjerit.

“Keluar,aku kata keluarrrr!!!Perempuan yang bercakap-cakap kat belakang tadi keluarrrrr!!!Manusia macam kamu tak layak duduk dalam rumah Allah,”kali ni Meiji sudah bangun berdiri sambil mendengus. Semua bungkam, tak da seorang pun bergerak.

“Degil yer...kalau korang tak nak keluar,aku akan huru-harakan satu sekolah.Keluarrrrrr!!!!!,”terkocoh-kocoh pelajar yang duduk dia barisan paling belakang keluar.

“Lagi...sapa lagi yangbercakap-cakap keluarrrr. Kau ingat aku tak tau ke?,”beberapa orang lagi pelajar bangun.

Petang tu kami ulang membaca ayat Kursi entah berapa kali. Pukul 3 petang baru kami dibenarkan pulang ke asrama.Itupun setelah Meiji jatuh pengsan. Dah betul agaknya kami baca ayat Kursi.Masing-masing bermandi peluh. Sudahlah panas, takut pula. Pelik pelajar lelaki melihat kami masih di surau ketika mereka pulang dari solat Jumaat.

Ketika aku sampai di bilik dorm El sudah tersengih di depan bilik ku.Kami berjanji untuk menyiapkan laporan makmal Kimia bersama. Rupa-rupanya dia la salah seorang pelajar perempuan yang dihalau tadi.

“Lain kali nak bersembang ajak aku, kata BFF kena halau biar sama-sama,”El hanya tersengih dengan ayatku sebelum mengekoriku masuk ke dalam dorm.            

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.