Home Novelet Seram/Misteri Makhluk
Makhluk
TEN
27/3/2020 23:57:02
21,934
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 5

Dinaz keluar dari pintu bilik dan membuka lampu halaman dan ruang tamu rumahnya. Setelah lampu dibuka, Dinaz dapat melihat kerusi-kerusi diluar halaman rumahnya bergelimpangan. Dia ketakutan namun dalam keadaan cemas seperti ini. Dia tidak mahu menyerah kalah. 


Dinaz berdiri di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. Kelihatan pasu bunga terbang dan terhempas ke pintu grill rumah. "Pangggg!!!!" bunyi pintu grill bergetar itu menghempas menambahkan ketakutan di dalam hati. Pasu itu pecah berderai. Kedengaran pula suara garau mendengus kemarahan. Makhluk tadi muncul berdiri dihadapan pintu rumah Dinaz. Sebelah tangannya memegang sebuah pasu bunga berisi tanah. Makhluk itu berdiri tegak merenung ke arah Dinaz yang berada di dalam. Matanya merah menyala. Mengeluarkan bunyi mendengus seperti babi hutan. Bunyi nafasnya kuat. Ditenungnya Dinaz seperti memendam kemarahan. Dinaz terus memaku disitu. Dieeratkan pegangan kayu besbol seperti siap sedia mahu menghayun apa saja yang di depannya.


Makhluk tersebut membaling pasu itu ke arah Dinaz dan menghempas pintu rumahnya dengan kuat. "Pannggggggg!!!!".. bunyi grill yang itu menggegarkan keseluruhan rumah Dinaz. Makhluk itu terus memegang pintu grill dan menghentak-hentak seperti mahu mencabut pintu itu. Kini terdengar bunyi jeritan seolah-olah seekor monyet yang dikurung. "Huwarghhhh huwarghhhh".. bunyi itu kedengaran kuat sekali. Bergetar seluruh rumah. Dinaz menjerit ketakutan. Air mata mula mengalir membasahi pipinya.


Suatu cahaya lampu menyuluh terang betul betul diluar pagar rumah Dinaz. Cahaya terang itu membuatkan Dinaz silau dan mengangkat sebelah tangannya untuk menutup bahagian matanya dari melihat terus ke arah cahaya. Bunyi hentakan makhluk tersebut hilang serta merta. Terdengar bunyi hon kereta yang panjang. Dinaz ternampak akan dua cahaya lampu seperti kereta menyuluh tepat ke arahnya. Ketakutan hatinya bertukar kepada perasaan ingin tahu. Selang beberapa saat bunyi hon itu berhenti. Kedengaran bunyi enjin kereta dan lampu kereta masih menyuluh terang ke dalam rumah. 


Selang beberapa saat. Kelihatan bayang-bayang dua orang manusia di depan pintu rumahnya.


"Dinaz.. woiiii.. kau okay tak??"


"Aku nii.."


"Aku ni Zull.. aku datang dengan Abang aku"


Dinaz terdiam dan mengamati suara itu. Memang suara yang pernah di dengarnya. Dia mendekatkan dirinya ke pintu dan ternyata. Itu adalah Zul bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.


"Aku nampak apa yang berlaku tadi. Kau okay tak?" Jerit Zul.


Dinaz diam tidak membalas. Dia mengambil kunci rumahnya dan membuka pintu rumah. Dinaz menunjukkan isyarat supaya mereka berdua masuk ke dalam. Terus dikunci pintu.


"Aku datang ni sebab ko mesej tadi. Aku nampak video yang kau hantar."


"Aku dah panggil polis before aku datang sini tadi. Kejap lagi diorang sampai".


Dinaz duduk di sofa dan mengesat air matanya. Tangannya menggigil. Terlepas kayu besbol dari genggaman.


"Macam ni lah. Kita sama-sama tunggu polis datang lepas tu kita buat statement sama-sama okay?" kata Abang Zul ringkas.


Dinaz hanya menggangguk.


Beberapa minit kemudian, polis tiba bersama kereta ronda. Dia mengambil penyataan dari ketiga-tiga pihak. 


Pihak polis menasihati Dinaz supaya tidak tinggal berseorangan di dalam rumah. Mereka juga akan mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya di kawasan perumahan bagi mencari siapakah dalang perbuatan itu. 


Setelah semua orang pulang. Dinaz mengambil keputusan untuk tidur saja di rumah pada malam itu. 


Dinaz dikejutkan oleh bunyi alarm "handphonenya" pada jam 6 pagi. Setelah menunaikan solat fardhu subuh. Handphonenya bergetar dan dia terlihat terdapat panggilan dari Zul.


Dinaz mengangkat.


"Weyh, tadi aku lalu kat area rumah kau dengan abg aku. Nak survey kalau ada apa-apa. Aku nampak banyak kereta polis siap dengan ambulans dekat jalan nak ke Taman Rakyat"


Dinaz tergamam. Apakah yang telah berlaku.


Dinaz keluar dengan rasa ingin tahu yang tinggi. Kelihatan beberapa kereta polis dan ambulans seperti yang dikhabarkan Zul tadi. Dinaz ternampak akan anggota polis yang mengambil pernyataannya malam tadi. Dia terus bertanya kepada inspektor terbabit. 


"Malam tadi, 2 orang anggota polis membuat rondaan disini. Mereka tidak dapat dihubungi sehingga pagi ni. Bila pagi ni team kami datang check, kereta mereka ada kat sini. Cermin kereta pecah dan ada kesan darah. Tiada apa yang tinggal dalam kereta seolah seolah mereka diculik." jawab inspektor terbabit. 


Selang beberapa hari kemudian...


Dinaz duduk di sofa melihat kedatangan rakan rumahnya yang baru tiba. Seorang pelajar yang menuntut di kolej berdekatan. "Marina" kata gadis itu memperkenalkan diri. "Saya cadang nak duduk sini sebab dah 2 tahun duduk diasrama kolej..sambil sambil tu bole la buat kawan baru"


"Ya saya pun nak cari kawan baru sebab lama dah tinggal sorang-sorang kat rumah ni" jawab Dinaz ringkas. 


Sejak dari hari itu. Dinaz dan Marina berkawan rapat. Mereka keluar bersama-sama membeli belah seperti orang lain dikawasan perumahan itu. Namun misteri kehilangan 2 orang anggota polis itu masih belum diketahui... 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.