Home Novelet Seram/Misteri Makhluk
Makhluk
TEN
27/3/2020 23:57:02
21,942
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

Dinaz berjalan pantas ke arah rumahnya. Mangga pintu rumahnya dibuka dengan cemas. Tangannya menggigil ketakutan. Hampir terlepas mangga yang telah dibukanya akibat ketakutan. Peristiwa yang berlaku tempoh hari bermain di fikiran.


Dengan pantas dia menolak pintu grill dan pintu sliding door rumahnya. Dipastikan mangga dan pintu sliding door itu terkunci. Dia terus berlari ke dalam biliknya. Dinaz menutup pintu biliknya dan segera duduk di atas kerusi kerjanya. Handphonenya dikeluarkan dan dia terus menghantar mesej ke dalam group "Whatsappnya".. 


"Tolong aku weh.. bende tu ada lagi.. tadi aku kat jalan kat Taman Rakyat lepas tu dia kat belakang aku je"


"Ko kat mana sekarang?" balas Zul


"Rumah" jawab Dinaz ringkas.


"Krreekkkk.. " bunyi yang menghantui dirinya kedengaran di luar halaman rumahnya. Berdegup jantung Dinaz. Dinaz menekan dan mengurut dadanya berulang kali dan mengambil nafas sedalam-dalamnya mahu menenangkan diri. Dia berfikir sejenak apa yang patut dilakukan. Masa sudah tidak banyak lagi. Mungkin ini kesempatan yang patut diambil untuk membalas dendam. Katanya cuba menenangkan hati.


Dinaz perlahan-lahan menghampiri tingkap biliknya dan cuba mengintai di celah langsir biliknya. Keadaan diluar rumahnya sudah menjadi gelap menandakan senja sudah berakhir. Setelah beberapa saat mengintai, Dinaz terlihat sesuatu. Tercengang dengan apa yang dilihatnya. Matanya dibuka sebesar besar seolah tidak percaya apa yang sedang dilihatnya. Seekor makhluk seperti beruk sedang berdiri dilaman rumahnya. Saiznya lebih besar dari beruk biasa. Badannya tegap dan berjalan menggunakan dua kaki seperti manusia. Tingginya lebih tinggi dari purata manusia yang biasa dilihatnya. Badannya penuh berbulu hitam dan tidak memakai sebarang jenis pakaian. Bahagian tangannya juga lebih panjang dari kakinya dan kelihatan agak tidak seimbang ketika berjalan. Mulutnya terjuir kehadapan dan matanya merah seperti cahaya yang menyuluh. Makhluk tersebut menghampiri pokok bunga di laman rumah Dinaz sambil menghidu-hidu seperti mencari sesuatu. Setiap kali mulutnya digerakkan, dia membuat bunyi "krreetekkkkk". Seolah seolah mempunyai gigi yang berlaga-laga. Namun bahagian mulutnya yang terjuir menutup keseluruhan giginya.


Dinaz mencapai handphonenya dengan niat untuk merakam apa yang dilihatnya. Perlahan-lahan dia menyelak langsirnya dengan luas sedikit supaya dapat diletakkan handphonenya menghadap kearah makhluk tersebut. Setelah beberapa saat merakam. Dinaz menutup rakaman dan menghantar video tersebut ke dalam group "Whatsapp"nya. Dinaz kembali mengintai di celah langsir rumahnya. Tiba-tiba makhluk tersebut berhenti dalam keadaan membelakangkan Dinaz. Dinaz tekun melihat. Makhluk itu menoleh dan melihat tajam ke arah Dinaz serta merta. Matanya yang merah itu merenung tajam ke tingkap bilik Dinaz. Dinaz dapat merasakan makhluk itu sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. Dinaz panik. 


"Banggggg!!!" serta merta kedengaran bunyi pintu rumahnya dihempas sesuatu. Seolah-olah ada sesuatu yang besar sedang melanggar pintu rumahnya berkali-kali. Dinaz segera mengambil kayu besbol yang diletakkan di bawah katilnya. Digenggam erat kayu besbolnya itu. Perasaan marah dan takut bercampur aduk. Namun dia tidak pasti dengan apa yang menanti dihadapan rumahnya. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.