Home Novelet Seram/Misteri Makhluk
Makhluk
TEN
27/3/2020 23:57:02
21,939
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 1

"Truuttt, Truttttt" kedengaran bunyi getaran telefon bimbit yang diletakkan di tepi meja. Dinaz menjenguk ke telefonnya. Ternampak notifikasi mesej dari "Whatsapp group"-nya. Berita tentang COVID-19.


Hidup Dinaz kini kebanyakan masanya diluangkan bersama telefon bimbitnya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18hb Mac yang lalu pergerakannya terbatas dan dia tidak perlu lagi menjejakkan kakinya ke ofis mahupun keluar ke pusat membeli belah. Dia sudah biasa. Memang sejak di bangku sekolah lagi Dinaz memang suka menyendiri. Dia tidak pernah mempunyai teman rapat. Bukan sebab tidak suka tetapi atas kesulitan kehidupan yang suka berpindah randah membuatkan hidupnya sukar untuk mengenali seseorang untuk waktu yang lama.


Di ofis, Dinaz mempunyai kawan biasa untuk makan tengahari bersama namun dia tidak pernah keluar bersama mereka. Di rumah pula, dia menyewa seorang diri. Pernah terdetik untuk mencari rakan kongsi menyewa tetapi bila difikirkan balik. Bukan dia memerlukan bantuan kewangan maka tidak perlulah bersusah payah mencari rakan kongsi.


Dinaz mencabut "earphone" yang dipakainya bagi memberi tumpuan dirinya untuk membaca mesej "Whatsapp" dari rakan sekerjanya, Zul. Sebuah gambar "Meme" di hantar melalui perisian itu membuatkannya tersenyum seorang diri. Begitulah kehidupannya seharian, kadang kala mesej berita dari pelbagai sumber dan kadang kala lawak jenaka di hantar dari group rakan rakan sekerjanya. Dinaz juga banyak menghabiskan masanya di hadapan laptop sama ada menonton drama atau menyiapkan projek kerja. Sebagai seorang pengaturcara perisian, beliau tidak pernah lekang dari projek-projek yang perlu di siapkan sebelum tarikh akhir. 


Kopi Aik Cheong panas yang di buatnya dihirup sambil matanya melihat skrin "laptop"nya. Telefon bimbit diletakkan ditepi meja dan sekali kala Dinaz akan menjeling ke arah telefon nya takut-takut jika pejabat menelefonnya atas urusan penting.


Hari berlalu hari, kini masuk hari ke 10 Perintah Kawalan Pergerakan. Jam menunjukkan pukul 8 malam, Dinaz duduk di tepi katilnya termenung. Pengakhiran drama "Itaewon Class" yang telah habis ditontonnya pada petang tadi masih hangat di fikiran. Pelbagai persoalan timbul di benak akalnya. 


"Weyh, aku rasa Daniel anak Abang Faizal tu keluar malam malam laa.." suatu mesej Whatsapp dalam group ofisnya dihantar oleh rakan sekerjanya Zul. Rumah Zul adalah rumah yang terdekat dengannya, mereka tinggal dalam satu taman perumahan.


"Kenapa pulak ko ni??" balas Firdaus, rakan sekerja mereka yang lain. 


"Yerla, malam tadi aku tak tido lagi dah pukul 1 pastu aku dengar bunyi macam orang berborak kat luar" balas Zul. 


"Ko tak pergi check ke??"


"Tak pulak" balas Zul ringkas.


"Lepas tu aku dengar pulak bunyik "Krrtakkk..krrrtak".. mcm bunyi tulang berlaga".


"Aku terus tido balik. Tapi aku rasa Daniel la tu.. dia kan main skateboard".

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.