Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Mr. Penguin Tunang Aku
Mr. Penguin Tunang Aku
Zhar Aruzi Hairi
18/5/2017 21:30:52
7,451
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

BAB 3

 

Hari cuti bertukar menjadi hari yang sibuk di rumah Haji Hanafi.


Ketibaan saudara mara dan rakan-rakan terdekat keluarga mereka agak mengejutkan juga ketiga-tiga beradik.


“Abah kata majlis kita-kita aje..kenapa sampai ajak saudara mara dan kawan-kawan terdekat ni” Tanya Nuraifa.

 

Kakak-kakaknya hanya mengangkat bahu.


“Majlis apa ni?” Nuraifa menangkap perbualan antara Maknya dengan salah seorang tamu yang datang.


“Saja kami buat makan sikit-sikit. Lama dah tak menjamu kawan-kawan dan sedara mara”


Nuraifa menarik nafas lega. Dia juga berdebar untuk menanti kemunculan lelaki-lelaki yang menelefon Abahnya semalam. Tuan Johari dan Puan Aida yang datang malam semalam pun hadir sama.


“Ke Abah dan Mak sengaja nak tunjuk kat orang yang kami bertiga sudah berpunya!”



 

Seorang lelaki muncul dengan jambangan bunga. Dia nyata terkejut melihat ramai orang yang berada di situ. Haji Hanafi cepat-cepat menyambutnya di pintu pagar.


“Siapa yang datang tu?” Tanya Puan Maisara. Ketiga-tiga mereka yang sibuk menghidang makanan terjongok kepala ke arah pintu hadapan.


“Rafik ?” Hampir sahaja nada suara Nurlieza kedengaran menjerit. “Buat apa bawak bunga..Malu aku wehhh!!”


Dia meletakkan bekas makanan yang dipegangnya dan menuju ke arah lelaki itu.


“Assalamualaikum..” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Rafik. Dia kemas menyarungkan kemeja berlengan panjang dengan seluar jeans. Bunga di tangannya berpindah ke tangan Nurlieza.


Kedua-duanya malu alah melihatkan mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua.



“Kenapa tak cakap ada majlis macam ni?” Ucap Rafik separuh berbisik.


“Hah..Takkan Abah tak cakap. Kenapa bawak bunga..Poyo tau..malu ler”


“Awak kan suka bunga ros..”


“Ye ler..Tapi bukan depan-depan orang ramai macam ni. Mana nak letak muka”


“Dah..Dah…jom kita makan dulu” Haji Johari yang terdengar perbualan itu cepat-cepat memotong.




“Assalamualaikum..” Hendra yang sudah berada di muka pintu menyapa.Nurliena sudah awal-awal lagi menunggu sebaik menerima mesej Whatapps dari lelaki itu.


“Kenapa datang jugak. Saya dah mesej kan suruh jangan datang..” Marah Nurliena.


“Saya dah janji dengan Abah awak. Awak nak saya jadi menantu yang teruk ke?”


“Hah! Menantu ke… Belum tentu lagi la!” Balas Nurliena. Lelaki itu hanya tersenyum.



 

Hati Nuraifa masih tidak tenteram. Kedua-dua kakaknya sudah terlepas dari bala. Yang nyata mereka berdua senang dengan teman lelaki yang berkunjung ke situ. Haji Hanafi pula nampaknya tidak menolak apa-apa.


“Mr penguin?…”


Kelibat seorang lelaki gemuk kelihatan di pintu hadapan. Lelaki itu berlegar-legar di situ beberapa ketika.


Pap!


Belakang Nuraifa ditepuk oleh Nurliena.


“Memang macam penguin betul!” Ketawa kakaknya itu memang menghiris hatinya. Mata masih mereka tertancap ke arah lelaki gemuk di pintu pagar hadapan itu.


Hatinya menyesal yang teramat sangat dengan tindakan malam semalam. Tapi dia harus menjemput juga lelaki itu masuk.


Nuraifa sampai di pintu pagar hadapan. Mulanya dia memang berniat untuk memarahi sahaja lelaki itu dan menyuruh dia pergi. Cuma wajah cemas lelaki itu membuatkan dia serba salah.


“Encik cari siapa?” Tanya Nuraifa.


“Mak dan Ayah saya, rasanya diaorang ke sini. Adik saya kemalangan.Telefon mereka tak berangkat dari tadi.”


“Siapa nama Ayah?”


“Shahidan..Orang Panggil Pak Dan”


Nuraifa mencapai telefon dan segera menelefon ayahnya.



 

“Nak bertolak sekarang ke?” Seorang lelaki di luar rumah dengan kemeja yang sudah kotor menunggu lelaki gemuk itu. Ada kesan kemerahan pada kemeja lelaki itu.


“Kejap bang. Nanti kita pergi sekali dengan Mak dan Ayah saya. Saya ingat abang tak payah ikut la. Adik saya tu tak la parah sangat.”


Nuraifa tidak bergerak dari memandang lelaki bermata coklat itu.


“Adik awak tu dah ada dalam kereta saya. Kita pergi je ke klinik yang terdekat dulu” Beritahu lelaki itu.


Terkocoh-kocoh sepasang suami isteri separuh baya muncul di pintu hadapan.


“Ada apa Rahmat ?..”


“Basikal adik terlanggar kereta Abang ni!. Mujur tak parah”


“Yang kamu pun satu. Kenapa biarkan dia main kat luar!”


“Daniel tu degil Mak..Jom kita ke klinik dulu”


Nuraifa hanya membatu di situ melihatkan semua adegan tadi depan mata.



 

“Awak!!”

 

Tiba-tiba sahaja dia seolah tersedar dari lamunan.


“ Ya encik. Kenapa ?”


“Cakap kat Abah awak saya lewat sikit. Saya ke klinik sekejap. Lepas tu saya nak cari baju dulu. Yang ni dah kena darah” Suara lelaki itu membuatkan Nuraifa terpingga-pingga.


“Siapa awak ni?”


“Yang dah janji nak jumpa Abah awak”


“Err..Awak tukar jer baju kat sini nanti. Pakai Abah saya pun ada. Kalau segan masuk la ikut pintu belakang. Klinik tu pun dekat jer”


“Boleh ker? Macam menyusahkan pulak. Tak apa lah, Bagi saya ke kedai dulu…tak payah susah-susah.”

Nuraifa menarik nafas panjang. Mujur Mr Penguin tu tak seteruk mana.

 

Eh! Dia kenal aku?

 



Mr. Penguin kembali semula ke rumah Haji Hanafi. Kali ini dia berbaju kemeja biru. Warna yang menjadi pilihan Nuraifa.


Dari tadi mata Nuraifa tidak lepas dari memandang pintu hadapan rumah.Bimbang dia kalau-kalau Mr. Penguin terlupa akan janji kepada Abahnya. Kelibat lelaki itu menyebabkan dia menarik nafas lega.


“Itu ke Mr Penguin..” Tanya Nurliena.


“Ya..yang original..”


Not bad. Kalau bagi, akak pun tak tolak”


“Hey…Hendra tu nak letak mana?”


Nurliena hanya tersenyum.


“Along mana?”


“Mana lagi, Layan hero dia la!”

 

 

Setelah semua tetamu beransur, Haji Hanafi memanggil semua yang masih ada.


“Agenda kita belum habis lagi hari ni” Beritahu dia.


“Agenda apa lagi abah.”


“ Majlis menyarung cincin pertunangan“


“Pertunangan siapa pulak?” Tanya Nurlieza yang masih keliru.


“Thaif dan Aifa”


“What???”


Hampir sahaja mangkuk di tangan Nuraifa jatuh ke lantai.


“Thaif kan anak UncleJoe. Bukan ke kamu dah kenal. Semalam, dia sendiri yang bercakap dengan Abah untuk pinang kamu”


“Tapi..Mr Penguin tu…”


“Thaif la tu..”


Tuan Johari dan PuanAida turut sama-sama berkumpul di situ. Tujuan mereka ke situ pun adalah untuk menunaikan permintaan anak lelaki mereka.


“Thaif setuju nak beristerikan kamu Nuraifa” Beritahu Puan Aida. “Dan Makcik harap kamu dapat terima”


“Maaf bertanya, semua ni sekadar nak lepaskan Thaif dari masalah dia ke?” Tegas Nuraifa. Kali ini dia berterus-terang.


“Itu pun betul. Tapi yang paling utama saya sukakan orang yang nak saya pinang tu” Balas Thaif.


Semua yang ada hanya memandang kepada mereka berdua. Puan Maisarah mahu menyampuk tetapi ditahan Haji Hanafi.

 

“Bila masanya awak kenal saya dan keluarga saya. Dan awak buat keputusan tanpa memikirkan pendapat pihak saya pun” Tegas Nuraifa. Kali ini jelas kelihatan sikap pemarahnya.


“ Saya kenal awak,secara tak langsung. Very protective person. garang tapi penyayang. Minat sukan dan bijak dalam pelajaran..itu semua saya dah ambil kira..sebelum buat keputusan ni”


“Awak stalk semua perkara yang berkaitan dengan saya ke..?


“Tak..Abah yang jelaskan semua tu semalam. Masa kamu suruh dia telefon tu. Abah sendiri cakap pada dia baik dan buruk kamu satu persatu…Dan dia percayakan Abah. Sebab tu dia berani pinang kamu…Dan sekarang ni Abah nak tanya..Kamu nak terima atau nak tolak..” Terang Haji Hanafi. Dia tak mahu amarah anaknya itu berlanjutan.


Semua mata terarah kepada Nuraifa. Rasa marah gadis itu bertukar kepada rasa gementar. Hampir sahaja dia pitam kerana pandangan mata Thaif. Ya, bila mata mereka setentang.Getaran perasaan yang tidak dapat dijelaskan itu akan berlaku. Namun, pandangan lelaki itu juga membuat dia tenang.


Tangan Nuraifa mencapai mangkuk yang berada di hadapannya. Dia berpaling dan masuk ke dalam rumah.

 

“Macam mana sekarang?”Tuan Johari bersuara.


“Kita teruskan sahaja majlis ni!”


“Belum ada jawapan dari pihak perempuan lagi ni”


Haji Hanafi tersenyum.Bahasa badan anaknya sudah dapat dibaca dari tadi.


“Abang ni, budak tu setuju la kalau tak kata apa-apa macam tu. Sudah sangat ke nak faham” Tegur Puan Aida sambil tersenyum.


“Kita segerakan majlis kahwinnya sebelum Ramadhan nanti. Masa Hambali datang nanti, bolehlah mempelai ni yang jadi tuan rumah mereka”


“Insha Allah. Doakan yang terbaik untuk mereka.” Balas Haji Johari.

 

“Yang lain ni macam mana. Berani tak nak sarung cincin pada anak pakcik” Pertanyaan terus dari Haji Hanafi membuatkan Rafik dan Hendra tersentak.


“Abah ni, buat malu kami berdua jer” Sahut Nurliena. Nurlieza seakan mengangguk setuju.


“Jangan ingat kamu berdua terlepas. Lepas adik kamu selesai, kamu berdua pulak tau. Tunggu!”

 

Dari jauh kedengaran tawa dari bilik atas.



TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.