Aku bukan ‘Playboy’
Bab 11 - Aishah
Jam tangan ku menunjukkan
pukul 8.30 pagi. Aku dah terlewat bangun untuk ke pejabat ni. Lantas aku
bingkas bangun dari katil. Kain tuala mandi aku capai dan terus masuk ke bilik
mandi.
Lebih kurang 10 minit kemudian
aku keluar dari bilik mandi dan pergi ke depan cermin untuk sikat rambut.
Ketika itu aku perasan. Handphone ku yang diletakkan di atas meja sebelah
cermin ini, ada satu mesej yang baru masuk dan belum ku baca.
Dalam keadaan masih berkain
tuala dan belum siap sikat rambut sepenuhnya, aku membaca mesej dalam handphone
ku.
Mesej daripada Aty bertulis, “Salam abang. Sorilah pasal
malam minggu kelmarin.”
Aku membalas mesej itu, “Wassalam Aty. Dah sihat
ke? Nape pengsan haritu?”
Memang selepas kejadian malam minggu kelmarin aku
tak mesej atau call Aty. Malas aku nak bertanggungjawab. Nasib dia yang mesej
aku hari ini. Dapat juga aku ambil tahu khabar berita dia.
Kemudian Aty membalas mesej, “Aty pengsan sebab
tekanan darah rendah. Sori sebab tak bagitau abang awal. Aty memang ade
penyakit darah rendah. So bila Aty penat buat keje, biasanya tekanan darah Aty
akan menurun. Masa tu kalau tak rehat memang akan pitam atau pengsan. Macam
kelmarin tu, penat layan abang dan kawan-kawan abang.”
Hehehehe. Aku tergelak sambil menjawab mesej,”Itu
lah Aty jugak yang nak main. Tak berhenti-henti pulak tu. Abang tak paksa pun.
Hehehehe.”
Aty menjawab, “Hehehe. OK abang. Sori ye. Nanti
kirim salam kat kawan-kawan abang terutama Epol. Tak sempat nak layan dia
semalam. Hehehe. Repeat next time ye.”
Aku menjawab ringkas, “Orait.”
Sambil menyikat rambut dan menyiapkan diri memakai
pakaian pejabat aku berkata dalam hati, “Giler agaknya budak ni. Dah pengsan
macam tu pun ada hati nak repeat. Aku serik dah. Ingat kot mati semalam. Nasib
baik dah sedar hari ini.”
Selepas dipastikan aku siap
sepenuhnya untuk ke pejabat dan lengkap dengan beg laptop, aku capai kunci
kereta. Terus memandu kereta ke pejabat. Perjalanan ke pejabat hari Isnin
memang biasanya lebih sesak daripada hari-hari lain.
Aku sampai ke pejabat kurang
15 minit jam 10 pagi. Nasib la pegawai atasan aku tak perasan aku sampai
lambat. Aku terus ke ‘workstation’ dan meletakkan beg laptop ku. Kemudian aku
ke pantry untuk membancuh Nescafe ‘O’. Minuman rutin ku setiap pagi.
Sambil mengacau air nescafe
dalam mug, aku berjalan ke kerusi di ‘workstation’ ku. Baru nak meneguk
minuman dari mug di tangan ku ini, tiba-tiba kedengaran lagu “Soldier of
Fortune’ berkumandang dari poket baju ku. Adui, sapa lak call aku pagi-pagi ni.
Panggilan handphone ku terus
jawab tanpa melihat ‘caller id’ yang terpapar di skrin handphone. “Assalamualaikum.”
Aku memberi salam.
“Waalaikum salam Zul. Ibu ni.
Kau kat pejabat ke Zul? Ibu call rumah tak jawab dari semalam lagi.” Kata ibu.
“Ye ibu. Kat ofis ni. Semalam
Zul takde kat umah ibu. Ade hal kuar dengan kawan. Ibu bila nak balik?” Tanya
aku kepada ibu.
“Ibu mungkin esok atau lusa
balik. Hari ini ibu dan bapak kamu masih ada urusan di J.B. nak jumpa client
lagi. Mereka nak bawak masuk produk ibu ni ke Singapore pula. Alhamdulillah la
kalau berjaya.” Jelas ibu.
“OK la macam tu ibu. Boleh lah
bapak beli ‘rest house’ kat Singapore lak lepas ni. Hehehehe. Boleh Zul datang
bercuti sana. Senang ada rumah sendiri. Hehehe.” Kata aku menambahkan keceriaan
perbualan antara anak dan ibu.
“Takde maknanya nak beli rumah
mahal kat sana. Kat J.B. ni dah ade ‘rest house’ cukup lah. Bukan jauh pun J.B.
ke Singapore.” Kata ibu membantah idea aku.
“Sebenarnya ni Zul. Ibu call
kamu ni ade hal nak bagitau.”Kata ibu menerangkan tujuan.
“Apa dia ibu? Lupa tanya. Ibu
sihat? Bapak sihat?” Baru aku teringat nak tanya khabar ibu dan bapa ku.
“Ibu sihat, bapak kamu pun
sihat. Cuma semalam ibu jumpa client kat J.B. ni. Tak sangka rupanya kawan lama
bapak kamu. Kawan baik masa sekolah dulu. Dah jadi Tan Sri dia sekarang. Tan
Sri Hezry namanya.” Ibu aku menjelaskan hal sebenar.
“Ok ibu. Bagus lah tu. Mesti bapak
banyak benda nak dibualkan. Kawan lama tak jumpa kan?” Aku menyampuk sedang ibu
bercerita.
“Itu la. Banyak sangat
bercerita. Pasal bisnes kejap je. Tapi bercerita hal diri masing-masing dah 20
tahun lebih tak jumpa. Jadi melarat-larat la. Dia suruh kami datang ke rumahnya
malam tadi makan malam kat rumahnya. Jadi malam tadi ibu dan bapak kamu pegi
lah ke rumah Tan Sri Hezry tu. Rumah dia dekat Skudai ni. Sampai tengah malam
baru kami balik ‘rest house’.” Ibu berhenti sekejap. Mungkin nak ambil nafas
untuk teruskan.
“Dari cerita bisnes. Melarat citer
hal keluarga pulak Zul. Ni ibu nak bagitau kamu ni. Tan Sri Hezry tu rupanya
ada anak perempuan yang belum kahwin. Anak kedua Tan Sri. Aishah namanya. Anak
pertama Tan Sri tu dah kahwin. Tinggal anak kedua perempuan. Dan anak bongsu
lelaki yang masih belajar. Dengar tak ni Zul?” Ibu bertanya aku sebab aku hanya
mendiamkan diri dari tadi.
“Ye ibu. Dengar. Dah ibu nak
cerita. Zul kena lah dengar je. Jadi seterusnya ibu?” Aku menaikkan semangat ibu
nak bercerita lagi.
“Jadi kesudahannya. Lepas bual
panjang. Tan Sri dan bapak kamu ni nak menyambung perhubungan lama yang dah
terputus ni. Kata Tan Sri lagi, kalau boleh dah tak nak putus hubungan lagi
lepas ni.” Kata ibu.
“Boleh je tak nak putus
hubungan sekarang ibu. Internet kan ada. Facebook ada. Twitter ada. Bak kata
Astro, ‘macam-macam ada’. Hehehehe” Aku cuba berlawak dengan ibu.
“Ahah. Sebab itu lah, Tan Sri
nak berbesan dengan bapak kamu. Faham Zul?” Ibu aku pula macam berjenaka dengan
aku.
“Hahahah. Berbesan dengan
bapak? Macam mana tu ibu? Hahahaha. Memang tak faham ni.” Aku memang ‘blank’
tak faham apa maksud ibu.
“Itu la tadi ibu cerita suruh
kamu dengar. Kamu diam je. Entah dengar ke tak tadi ibu cerita. Kan ibu kata,
anak Tan Sri Hezry yang kedua ni. Aishah namanya. Masih bujang. Anak ibu, nama
Zul ni pun masih bujang kan? Tak gitu? Faham?” Tembakan ibu umpama tembakan
sniper tepat ke kepala otak aku yang ‘blank’ini. Baru lah aku faham tujuan
sebenar ibu call aku pagi ini.
“Hahahahah. Ibu ni. Nak
jodohkan Zul pulak. Heheheh. Zul bukan tak nak ibu. Tapi Zul tak kenal pun
budak Aishah ni. Macam mana nak kahwin kalau tak kenal kan?” Aku cuba menangkis
tembakan ibu tadi.
“Itu ibu dah fikir dah Zul. Ibu
dah bagitau kat bapak kamu. Jangan paksa-paksa kamu. Biar kamu kenal sendiri.
Jadi ibu dan bapak kamu aturkan jamuan makan malam kat umah kita. Ibu akan
panggil Tan Sri Hezry dan keluarganya ke rumah kita. Hari Sabtu malam minggu
ni. Jadi kamu boleh lah berkenalan dengan Aishah ni nanti. Dia pun datang sama
nanti.” Penjelasan ibu yang jelas memerangkap aku.
“Heheheh. Ibu ni pandai je
perangkap Zul ye. Em iye lah. Ibu dan bapak punya permintaan. Zul ikut aje.
Makan malam je pun kan? Bukan bermalam di rumah kita pun kan?” Aku bertanya
kembali kepada ibu.
“Apa salahnya kalau Tan Sri
nak bermalam dengan keluarganya di rumah kita. Rumah kita kan banyak bilik?”
Tanya ibu pula kepada ku.
“Ish tak payah la ibu. Dia
datang makan kat umah kita pun dah cukup la ibu. Dia Tan Sri. Mesti la dia nak duduk tempat yang ‘high class’ ibu. Umah kita tu banglo biasa je.” Aku cuba
menyekat idea ibu.
“Yelah. Apa-apa pun kamu
jangan lupa ye. Sabtu malam minggu ni. Jangan ke mana-mana. Cancel semua projek
kamu dengan kawan-kawan kamu. Kena jaga nama baik ibu dan bapak kamu ni. Nanti
boleh berbual dengan Tan Sri Hezry dan keluarganya.” Kata ibu lagi.
“Baik ibu. Arahan ibu akan
saya ikut. Heheheh.” Aku cuba bergurau dengan ibu kembali.
“OK Zul. Nanti ibu dan bapak balik
esok atau lusa. Kamu kemas umah tu ye. Jangan sepah sangat. Serabut ibu balik
tengok nanti. Dah keje elok-elok. Assalamualaikum.” Kata-kata ibu mengakhiri
perbualan.
“Baik ibu. Waalaikum salam.”
Aku memutuskan panggilan handphone ku ini.
Baru lah dapat ku teguk
Nescafe ‘O’ yang dah jadi sejuk dalam mug di tangan ku ini. Adui, baru
lepas masalah dengan budak Aty yang pengsan kelmarin. Datang pula masalah baru
nak kena handle. Nak dijodohkan pula.
Aku ni bukan gila harta dan
pangkat pun. Aku pun tahu, niat ibu dan bapa aku tu nak jodohkan aku bukan
sebab pangkat ‘Tan Sri’ kawan bapa nama Hezry tu. Tapi sebab bapa nak sambung
perhubungan lama dia dan kawan dia agar jadi lebih rapat.
Tapi dah rezeki kawan bapa tu
jadi Tan Sri Hezry sekarang. Ada pula anak dara bujang nama Aishah. Nak
dijodohkan dengan aku. Itu bukan masalah sebenarnya. Itu macam rezeki nak
datang bergolek kat aku je. Cuma aku nak layan ke tak layan? Itu yang menjadi
persoalan sekarang.
Sambil meneguk baki Nescafe ‘O’ ni, aku terus berkhayal dan memikirkan. Aishah ni namanya sedap.
Macam nama isteri Nabi. Hehehe. Tapi setahu aku lah, isteri Nabi nama Aishah ni
yang paling kuat cemburu. Kalau Aishah anak Tan Sri Hezry ni jenis kuat cemburu
juga, masak aku.
Cuma aku tak tau paras rupa
Aishah anak Tan Sri Hezry ni rupanya macam mana? Kalau lawa macam artis wanita
popular kat Malaysia ni, tak apa lah. Dia nak jadi kuat cemburu pun aku tak
kisah. Hehehe. Dah dapat bini lawa nanti takde lah aku layan awek lain dah. Itu
kalau dia betul-betul lawa lah. Hahahhaa.
Tetiba kawan ofis ku nama
Intan yang duduk di depan ‘workstation’ ku perasan. Aku senyum seorang diri
sambil memegang mug. Lalu Intan menegur aku, “Oi Zul. Kau
angau ye? Senyum sorang. Khayal. Pagi-pagi dah angau ye Zul. Nape? Ingat awek
mana pulak?”
Aku memandang Intan lalu
menjawab, “Ingat Aishah. Hahahaha.” Sambil tergelak aku meletakkan mug dan
terus mengeluarkan laptop dari beg untuk memulakan kerja harian ku.