Home Novelet Kisah Hidup Waktu Berlalu Musim Berubah
Waktu Berlalu Musim Berubah
Adithya Aryan Arjuna
11/12/2024 13:47:27
156
Kategori: Novelet
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Bab 1

Masa Berlalu, Musim Berubah

Bab 1

Masa kini 1

Joe meletakkan punggungnya ke atas bangku konkrit itu dengan perlahan dan berhati-hati. Kemudian dia menyandarkan tongkatnya di sebelahnya. Dia membetulkan sedikit posisi dia supaya boleh duduk dengan selesa. Setelah selesa, dia mencapai beg galas yang dibawa bersamanya. Dia memasukkan tanganya ke dalam beg itu dan meraba-raba di dalam perut beg itu. Dia mengagau sandwic tuna serta kelalang termos dari beg itu. Dia meninjau keadaan sekelilingnya sambil membuka bungkusan kertas yang membaluti sandwich itu.

Cuaca hari itu mendung dan berangin sepoi-sepoi bahasa, sesuai untuk menyantai di luar. Dia melihat beberapa individu warga emas seperti dirinya berlatih 'tai chi' di padang berdekatan. Haruskah dia menyertai mereka, fikirnya. Tetapi rasa malunya dan segan menghalangnya daripada bertanya mereka. Dari jauh, dia dapat melihat kanak-kanak bermain di taman permainan, dipantau rapi oleh ibu bapa mereka. Bunyi tawa mereka membawa sedikit kegembiraan di hatinya, membangkitkan kenangan zaman kanak-kanaknya yang riang dan tanpa sebarang kerisauan. Masa yang penuh dengan keseronokan dan kebahagiaan kini sudah lama berlalu. Dia duduk santai sambil memerhatikan kanak-kanak itu, gelak ketawa mereka membangkitkan nostalgia masa mudanya dahulu. Pada usia lewatnya, banyak kenangan manis dan pahit tersimpan dalam kotak hatinya. Kerinduannya semakin membara, ingin melalui masa nostalgia.

            Joe bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Sebagai anak tunggal, ibu bapanya terlalu memanjakannya. Semasa pada usia remaja, dia mempunyai sekumpulan kenalan rapat yang lebih berminat dengan status kewangannya daripada persahabatannya. Hal itu dia sedar sekarang. Selepas pemergian ibu bapanya, dia mewarisi perniagaan ayahnya. Namun, kerana sifat bolosnya, dia telah membazirkan semua hartanya. Akibatnya, dia dirinya lemas dalam hutang dan menghadapi pelbagai masalah. Kawan-kawannya dengan pantas menghilangkan diri, tidak dapat dihubungi dan dikesan. Dia akhirnya diisytiharkan muflis, dan "rakan-rakannya" mengelakkan dirinya. Mereka lenyap seperti kabus malam pada siang hari. Joe beralih kepada alcohol untuk melupakan masalah duniawi. Dia sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan meluahkan kekecewaannya terhadap isteri dan anak-anaknya dengan memarahi dan memukul mereka.

            Joe memikirkan keadaan dirinya sekarang dengan hati yang berat. Dia terasa kesunyian yang mendalam. Isterinya telah meninggal dunia sedekad lalu dan dua anaknya tinggal di luar negara dan jarang melawatnya. Kini, dia tinggal bersendirian di sebuah apartmen yang sempit. Ramai teman yang dia kenalinya telah meninggal dunia. Memikirkan keadaannya membuatkan dia menitiskan air mata, namun dia menahan dirinya untuk menangis di khalayak ramai. Dia masih ada perasaan malu.

Joe memasukkan sandwic yang dipegangnya ke dalam mulutnya dan menggigit satu gigitan kecil. Dia melihat pada sandwic yang disediakannya sendiri dan fikirannya melayang kepada mendiang isterinya. Dahulu isterinya yang selalu menyediakan sandwich untuk dia Isterinya mahir membuat sandwich kegemaranya, dipotong dengan sempurna dan dengan jumlah mustard yang betul.. Sekarang dia tidak dapat memakan sandwic buatan isterinya lagi. Rasa sesal dan rindu bercampur aduk menyelubungi dirinya.

Tiba-tiba Joe terasa sakit di dada dan kepalanya mula pening-pening lalat. Seperti mana-mana lelaki tua, dia dibebani dengan pelbagai penyakit berkaitan usia. Dia menarik nafas panjang sambil menyandarkan dirinya pada penyanda kerusi. Dia tidak mahu memikirkan tentang sakitnya itu, tetapi jauh di lubuk hatinya, dia tahu masanya sudah hamper tiba.

            Joe mengigit gigitan kedua sandwicnya dan kemudian menghiruk sedikit kopi dari kelalang termosnya. Ya, Joe kini berasa sesal dan kesal yang dirasainya sedekad lamanya. Dia telah sedar, mendiang isterinya adalah seorang isteri yang taat dan setia. Dia menerima makian dan penderaan Joe dengan tahap kesabaran dan ketenangan yang takjub. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

            Joe bermasalah apabila hendak menelan makanan yang keras. Dia takut untuk memberitahu doktornya, takut menambah penyakit lain ke dalam senarainya. Dia tidak mahu membebankan sesiapa, lebih-lebih lagi di usia tuanya. Ketika dia mengambil gigitan ketiga,  dia terfikir, adakah ini satu lagi penyakitnya?

Selain dari penyakit-penyakit yang dialaminya, Joe takut dan tidak mahu meninggalkan dunia ini bersendirian. Firasat dia memberitahunya masanya sudah dekat, dan dia terpaksa menerima hakikatnya. Sekali lagi, fikirannya melayang kepada bayangan isterinya. Kerinduan pada isterinya semakin mendalam dan keinginan untuk memeluk isterinya semakin membara. Semasa isterinya masih hidup, dia jarang memeluknya. Dia memikirkan layanan isterinya menjaganya, dan dia teringinkan isterinya masih ada untuk menjaganya. Joe tersedar bahawa hari ini dia sering teringatkan mendian isterinya. Apa petanda ini. Tetapi masa berlalu dan tidak boleh diputar kembali. Hanya tinggal kenangan. Hanya kenangan yang boleh dikenang.

            Joe menggigit sandwicnya sekali lagi setelah menelan gigitan yang lalu. Ketika dia menelan, dia merasakan makanan itu tersekat di kerongkongnya. Dia panatas mencapai termosnya dan membuka penutupnya, tetapi pentup itu terlepas dari genggamannya dan jatuh ke tanah. Joe membongkok untuk mengambil penutup itu, yang telah bergolek ke celah kakinya. Joe mencuba mencapainya tetapi gagal. Dia membongkok serendah yang mungkin, merasakan tubuh tuanya meraung kesakitan. Akhirnya dia berjaya mendapatkan semula penutup itu. Dia mencengkam penutup itu erat-erat. Dia tidak mahu penutup itu terlepas dari gengamannyag lagi. Semasa dia mengangkat badannya semula, dia perasan seorang gadis kecil berdiri di hadapannya.

            Joe beragak usia gadis kecil itu enam atau tujuh tahun. Dia berambut ikal mayang yang sangat menarik. Dia memakai gaun serba putih yang mencecah ke paras lututnya dan mempunyai mata bulat yang sangat menawan. Gadis kecil itu memandang Joe dengan riak muka tanpa emosi. Dia tidak berkata apa-apa, hanya memandang.  Joe memandang sahaja gadis kecil itu dan tidak tahu apa yang harus dikatakan atau dilakukan. 

            Tiba-tiba bibir gadis kecil itu mengukir secebis senyuman, senyuman yang lawa dan menawan. Joe pun membalas senyuman gadis kecil itu.

"Hello," Joe menyapa gadis kecil itu dengan mesra. Gadis kecil itu hanya membalas dengan senyuman tanpa bercakap.

"Kamu sendiri ke? Mana ibu bapa kamu?" Joe bertanya.

Gadis kecil itu menunjuk ke arah sekumpulan orang dewasa yang sedang berborak, yang berada tidak jauh dari situ.

"Kamu tak sepatutnya berada di sini tanpa ditemani ibu bapa kamu, Ibu bapa kamu sedar tak kehadiran kamu di sini?" Joe menegur gadis kecil itu.

            Gadis kecil itu menganggukkan kepalanya tanda dia memahami teguran Joe. Joe beragak gadis kecil itu seorang yang pemalu. Tetapi apabila gadis kecil itu tersenyum, wajahnya bersinar bak memancar cahaya yang aman dan nyaman. Joe amat tertarik dengan senyuman gadis kecil itu. Dia berasa selesa dengan kehadirannya. Kehadirannya mengimbau kenangan anak perempuannya ketika usia gadis itu. Rasa sedih mula menyalakan api kerinduan di hatinya. Dalam sudut kelopok matanya, setitis air mata mula mengalir. Joe mengelap titisan air mata itu dengan jarinya.

            “Uncle menangis?” tiba-tiba gadis kecil itu bersuara. Suaranya sangat merdu kedengaaran.

Joe tersenyum dan mengeleng kepalanya.

Joe meninjau sekelilingnya dan sedar kumpulan orang dewasa yang dimaksudkan oleh gadis kecil itu terlalu asyik dalam perbualan mereka untuk memberi perhatian kepada gadis kecil itu.

            "Kamu tidak sepatutnya bersendirian, terutamanya di tempat seperti ini," kata Joe lagi. Joe berasa kasihan gadis kecil itu dan mengambil keputusan untuk mengawasinya sehingga ibu bapanya datang menjemputnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.