Alex hanya
mengangkat kening isyarat meminta Marissa teruskan.
“Suami I,
doktor Patrick berasal dari Perancis. Kami sama-sama jadi doktor sukarelawan PBB.
Kami bertemu di Tunisia ketika pergolakkan di sana. Kemudian kami di Yaman.
Kemudian I ditukar bertugas di sempadan Turki, merawat di khemah pelarian Syria.
Memandangkan I perlu rawatan perubatan yang cukup, I dicadangkan berada di
Turki, kerana kelengkapan perubatan di sana yang sempurna. Tak lama lepas tu
doktor Patrick pun sampai ke Turki. Dia tu memang mengekor je ke mana I pergi.”
Marissa menggeleng kepala kemudian menyambung.“I dah puas
reject dia Alex, dah bagi alasan yang
kuat dah. I ni berpenyakit, tapi dia degil betul. Dia cakap ‘Rissa, kamu tengok
sekeliling kita. Semua orang berjuang untuk hidup, berjuang untuk tanah air,
berjuang untuk kepercayaan mereka, berjuang hanya untuk menegakkan pendapat. Mereka
tidak pernah mengalah untuk meneruskan hidup, bekerja, berkahwin, punya anak
dan macam-macam lagi,’ I pun… entahlah…”
“You pun
terpengaruh la,” senyum Alex tak lekang.
“Ya right, selalunya I pengaruh orang.
Tetapi I pulak yang terpengaruh. Bila I tengok wajah-wajah yang berjuang hingga
tergadai nyawa orang tersayang, diri sendiri. I rasa malu, I tak patut putus
asa. Hidup ini satu perjuangan Alex. I berjuang lawan penyakit I, mereka pula berjuang
untuk sebuah kebebasan! Bila tengok ujian I ni sebenarnya tak ada apa pun
berbanding ujian mereka. Lebih-lebih lagi bila Patrick tegur I, bukan ke
Rasulullah pernah kata, walau esok kiamat sekalipun, ada pokok di tangan kita
hari ini, kita wajib tanam pokok tu. Patrick tu atheist sebelum ni. Bila dia
cakap macam tu I rasa malu. Maklumlah walau dia atheist, dia banyak tahu
mengenai islam kerana kajian ilmiah…”
“Seorang Atheist
masuk islam didorong Marissa, alhamdulillah..”
“Alex,
kalau I nak berkahwin, orang pertama yang I fikir adalah U, tapi, entahlah…”
“Bukan
jodoh kita Marissa. Kita ditakdirkan jatuh cinta, tetapi tidak ditakdirkan
hidup bersama. Patrick yang paling terbaik untuk you. Dia doktor yang boleh
membantu merawat you, memahami keadaan you. Dia yang paling sesuai dan mampu
berada di sisi you. Kalau I sendiri, belum tentu I boleh buat sebaik dia.
Marissa, cinta kita adalah proses untuk mematangkan diri. Balik-balik kita kena
lihat jodoh dan takdir. Cinta tidak semestinya untuk dimiliki, ingat?”
“Ya,
takdir. Kadangkala I lupa pada ketentuan takdir. I fikir semuanya dalam kawalan
I. Dan I harap segala keputusan yang I buat termasuk menjodohkan you dengan
Intan tak silap. Kadangkala i selalu fikir keputusan I dimasa lalu adakah betul
atau tidak.”
“Marissa,
you tak payah risau. Masa lalu tak boleh kita ubah. Keputusan yang you buat,
bergantung kepada situasi pada masa tu. Jika pada waktu itu keputusan itulah
yang terbaik, maka dari situlah masa depan terbentuk. Cuma kadangkala, apa yang
kita nak, kita fikir tak semestinya terjadi. Di situlah dinamakan takdir dan
kuasa Allah s.w.t…”
“Betul…”
Marissa mengangguk dengan senyum manis. Hatinya lega.
“Marissa,
keputusan you jodohkan I dengan Intan tak pernah salah. I bahagia, I tumpahkan
segala rasa cinta I pada you untuk dia. Sekarang I dah kurangkan aktiviti
nyanyian. I mula berniaga, buka syarikat landskap dan interior. Kerjaya yang
sepatutnya bagi graduan architecture
macam I. Ya, I dah tinggalkan hidup sebagai penghibur, yang penuh kelalaian dan
terdedah pada maksiat. Bersama Intan, I cari hidup yang lebih bermakna. Mana
boleh kalah dengan you!”Alex mencuit hidung Marissa. Mata Marissa berkaca.
“Alhamdulillah…” Marissa meraup wajah.
“Tapi satu
I nak you tahu, I tak pernah kesal kerana terlalu mencintai gadis bernama
Marissa. You dah buatkan zaman remaja I jadi indah dan bermakna. You ajar I untuk
menjadi seorang lelaki yang menghargai hidup. You ajar I bagaimana caranya
untuk mencintai, menghargai orang lain. You ajar I menerima kenyataan hidup,
bertabah dalam mengharungi cabaran. You kenalkan I pada maksum cinta. Erti
cinta yang sebenar. Wanita yang bernama Marissa adalah antara manusia yang
paling penting dalam hidup I, dan akan kekal dalam hati sampai bila-bila. Ingat
tu...”
Mata
Marissa berkaca-kaca. Air mata sudah menjenguk di tubir mata. “Terima kasih
Alex...”
“I yang
patut berterima kasih pada you...”
“Abang!!
Kak Rissa!...” Terdengar suara Intan melaung dari bawah jeti. Meluru laju dia
naik tangga kayu jeti, Aunty Ana terkial-kial naik sambil dibantu Patrick.
“Sayang
cuba perlahan sikit naik tu, kalau jatuh tersenggol macam mana!” Alex sudah
berdiri sambil mencekak pinggang. Marissa turut bangkit dari duduknya.
“You ni,
dari dulu sampai sekarang sama je, layan Intan macam budak-budak!” Marissa
memprotes.
“Dia yang
macam budak-budak. You tahu tak dia tu mengandung tiga bulan. Tapi berlari ke
sana ke mari, kalau jadi apa-apa...”
“Hah, betul
ke! Intan jangan berlari, jalan pelan-pelan…” Marissa pula menjerit.
“Iyalahh…
eh!eh!” Intan terpijak kayu jeti basah kemudian… Bukkkk!
“Intannn!!!”
keempat mereka menerpa Intan.
“Nasi baik
tak ada apa-apa tau! Kau ni degil, macam budak-budak!!” sempat Marissa memiat
telinga Intan.
“Akak, kayu
tu basah, sebab tu la jatuh. Nasib baby Intan ni kuat…” Intan mengusap perutnya.
“Dah jom balik, sayang kena kuarantin tak boleh keluar rumah seminggu!” Alex
pantas memapah isterinya.
“Apa! Ala
abang, kata nak pergi jalan ke Yankalilla Bay. Ala, tak payah la papah, Intan
boleh jalan lah!”
“Sayang nak
abang papah ke, atau abang dokong terus?” wajah Intan terus memerah.
“Ye la,
papah pun papahlah,” Intan merungut dan
mengalah. Marissa, Patrick, dan Aunty Ana ketawa melihat gelagat mereka berdua.
Dalam
perjalanan pulang ke rumah, Alex sengaja mengambil jalan jauh untuk
mengelilingi pantai.
“Tengok
pantai ni puas-puas, lepas ni tak payah nak berjalan dah!” Alex senyum sinis. Intan
di sebelah memuncung dan memaling muka masam ke luar tingkap.
“Alex ni
kejamnya kamu ni tak baik tau,” protes Aunty Ana, Marissa dan Patrick hanya
tersengih.
“Aunty tau
tak betapa susahnya nak jadi. Sebelum ni memang kami merancang sebab Intan
masih belajar. Lepas dia habis belajar, dalam dua tahun kebelakangan ni, puas
kami usaha. Akhirnya kami pergi tunaikan umrah, berdoa kat sana, barulah
melekat ni.”
“Alhamdulillah,
doa kamu berdua dikabulkan. Doa Marissa supaya Alex mendekati agama juga
terkabul,” ucap Marissa sambil menggenggam tangan Patrick dan tersenyum pada
suaminya itu.
“I berdoa
juga, you dengan Patrick akan cepat-cepat menimang cahaya mata...” Alex
tersenyum mengerling cermin pandang belakang.
“Insya-Allah
ada rezeki nanti, tapi cepat tu tak adalah.Kami kena kembali bertugas di Turki.
Bila selesai tugas nanti barulah boleh buat perancangan. Lagipun Rissa kena hentikan rawatan dan pengambilan
ubatan untuk penyakit Rissa kalau nak mengandung. Maksudnya masa tu Rissa kena
betul-betul sihat.” Marissa memandang suaminya penuh harapan. Patrick mengucup
jari isterinya. Mereka yang mendengar mengangguk-angguk mengerti.
“Insya-Allah
akan dipermudahkan. Kita akan sama-sama membesarkan anak-anak dan akhirnya
kerepot.” Alex berseloroh.
“Marissa
bersyukur kalau kita dapat sama-sama kerepot nanti.”
“Kalau ada
anak baik kita besarkan kat Malaysia, kat sana senang nak didik anak belajar
agama...” celah Intan.
“Setuju!!” sokong Marissa dan Alex, Patrick yang paham sedikit bahasa melayu
hanya mengangguk.
“Aunty pun
nak balik Malaysia habiskan masa tua kat sana, kat sini nanti takut kena tanam
kat perkuburan kristian pulak!”
“Apalah
aunty ni, ke situ pulak fikirnya…” komen mereka disertai gelak ketawa. Dalam
hati yang sarat harapan kebahagiaan keluarga akan sentiasa bertaut utuh… Amin
TAMAT