Home Novelet Alternatif Gegadis
Gegadis
BERUKA MAKINO
19/7/2015 05:28:16
3,868
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 1:Pertemuan

Dia sakit.

Semalam, Amani terlihat komen-komen di bawah gambar pada pos instragram gadis itu.

May Allah ease your struggle. XOXO.”

Let alone the pain, ia takkan menguasai kau.”

“Nasra, kami cintakan kamu!”

Selepas itu juga, Amani termanggu-manggu sama ada dia patut pulang atau tidak. Dia fikir, kerjanya sekarang ini perlukan lebih perhatian berbanding masalah di sana. Lantas sehingga ke petang ini dia masih lagi di pejabat yang sesak dengan kertas pembentangan dan lukisan-lukisan. Ada sesetengah kertas mahjong berlakaran peta minda tentang konsep jati diri, kekuatan minda dan kepercayaan.

Sudah lima tahun dia di sini. Dihadapan pejabatnya ialah pejabat Munir, rakan kongsinya. Di sebelah kanan bilik Munir ialah bilik pasangan Faizol dan Aliah. Suami isteri itu berkongsi pejabat kerana pejabat Aliah sudah dijadikan bilik mesyuarat. Syarikat mereka bereempat itu sudah tujuh tahun usianya. Selepas Amani tamat belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) lagi, dia sudah sertai tiga sahabat itu. Munir sahabatnya sejak di tahun dua lagi manakala Faizol dan Aliah dikenali saat mula-mula mengendalikan kem Master Your Mind (MYM); [mi:m]. Faizol dan Aliah yang mengasaskan MYM sejak mereka di tahun ketiga lagi. Masing-masing daripada Pusat Pengajian Komunikasi. Munir pula sama jurusan dengannya, Literasi Bahasa Inggeris.

MYM sudah membawanya ke merata-rata tempat. Daripada utara, dia ke selatan ke sekolah lamanya di Melaka. Kemudian, ke sekolah lama Munir dan Aliah di Shah Alam. Pernah juga team MYM ke Sabah dan Brunei. Kalau orang tanyakan padanya adakah dia sudah berjaya, Amani akan jawab “YA!” dengan tanda seru. Munir, Faizol dan Aliah ialah hidupnya. Dia hidup dengan mereka ini.

Namun, minggu lepas, Amani bertekak dengan Munir. Faizol dan Aliah pula memilih untuk bersikap neutral. Kesnya mudah. Amani mahu MYM ke Indonesia, namun Munir mahu menunggu lagi.

“Nak tunggu apa lagi!”, bentak Amani tengah hari itu.

Sebaik sahaja wakil NGO dari Padang menelefon mempelawa MYM datang ke sana, Munir menulis pada kertas atas meja Amani, ‘We are sorry. Not now. Maybe next time.’

“Kita belum sedia! MYM is not ready, yet. Kau faham tak!”, Munir menghempas tubuh atas kerusi.

Don’t be chicken la...kau boleh langgar Brunei bulan lepas, pasal Indonesia tak boleh?”

Munir meraup mukanya berkali-kali.

“Kau tahu diorang tengah panas dengan kita kan? Kau tahu hubungan negara kita tak baik. Plus, our facis are new. New! Do you have any idea what happened if we let a baby bird fly in thunder? Burnt! Burnt! And you. Look at you!Kau macam hidup tapi tak hidup sekarang ni. Apa masalah kau? Fokuslah sikit. Kalau setakat masalah peribadi pun tak boleh handle,kau jangan berangan nak bawa MYM sampai Padang!”

Munir menengking Amani kasar. Amani hanya membatu ditempatnya berdiri. Dadanya turun naik. Buat seketika, suasana dirundung sepi. Munir diam di tempat duduknya. Amani merenung tajam lelaki di hadapannya itu. Sinis dia tersenyum.

“Kau.”

Munir membulat matanya. Dia tidak mengerti.

“Aku apa?”

“Kau yang tak sedia.”, Amani menuding jari telunjuknya tepat pada wajah Munir.

“Bukan MYM!”

Meja di hadapan Munir dihentak kuat membuat lelaki itu terlompat. Amani mengutip beg tangannya dan menghilang di sebalik pintu.

“Tak perlu masuk campur dengan masalah aku. Ok!”

Dari luar pejabat Amani menjerit. Munir bungkam. Bersendirian.

Amani mengemas mejanya sebaik terlihat kelibat Munir meninggalkan pejabatnya. Bayang lelaki itu kelihatan dari dalam pejabatnya. Munir seakan-akan sedang merenung dia dari luar, kemudian lelaki itu berlalu. ‘Masanya dah tiba, let’s go home’.

Sewaktu hendak mematikan komputer riba, ada pop-up mesej daripada Facebook naik di toolbar windows. Amani duduk semula. Jarinya mencari tetikus. Diklik mesej itu. Beberapa saat berlalu. Mesej itu terbuka. Datangnya daripada Rani Lukman. ‘Rani budak kelas matrik dulu.’

Ringkas bunyi mesej itu.

Assalam Amani. Jom balik JB. Nasra sakit.

Amani menelan air liurnya. ‘Nasra.’ Dibiarkan mesej itu tanpa balasan. Amani mencari butang pangkah di sebelah kanan. Pop-up naik semula. ‘Rani lagi.’

Our class rep. Dying.

Wonderwoman perlu kita.

Amani pejam matanya. Memorinya tentang Nasra, Rani, class rep, dan wonderwoman datang bertubi-tubi. ‘Kenapa datang waktu aku tengah ada masalah berat, korang?’. Bagai mesin wayang gambar orang dahulu kala, cerita zaman tuk kaduknya itu berulang-ulang tayang dalam fikiran. Gambar itu lama kelamaan membawa bunyi dan gelak tawa bersama.

Munir muncul tiba-tiba. Dia teringat herdikan Munir padanya. Dia teringat pada keadaan dirinya sekarang ini. Dia hilang sedangkan jasadnya masih ada. Dalam diam Amani akui kata-kata Munir padanya.

“Kau macam hidup tapi tak hidup sekarang ni. Apa masalah kau?”

Amani menangis. Dia terasa amat letih. Dia terlalu memaksa dirinya selama ini. Dia memaksa dirinya nampak hebat di hadapan Munir sedangkan dia sudah hampir menangis diherdik begitu. ‘Apa yang tak kena? Kenapa aku rasa aku dah bosan dengan kerja ni?’ Tanpa dia sedar, Amani sudah membongkok keseorangan sambil menangis menghadap bilik Munir yang sudah gelap. ‘Munir, maaf.’ Pop-up dari komputer riba berbunyi. Amani merenung mesej baru itu dengan pandangan berbalam.

Amani...

Rani menaip. Diseka air mata dengan lengan baju kurung yang dipakainya. ‘Baiklah. Aku dah buat keputusan.’ Amani membawa jari-jemarinya pada papan kekunci. Ditaip perlahan balasannya pada Rani.

Ok. Aku balik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.