Home Novel Thriller/Aksi SERINGAI
SERINGAI
#mystrill
21/11/2019 19:04:47
32,353
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

Sesekali Azril memeriksa aplikasi WhatsApp, memastikan Adilya sudah menerima mesejnya. Masih bertanda tick satu. Mungkin dia mematikan telefon ketika di pejabat? Atau telefon Adilya tiada line? Atau telefon habis bateri? Azril tidak mahu memikirkannya lagi, dia sudah penat bertepuk sebelah tangan dengan beberapa orang gadis ketika zaman universitinya dahulu. Tetapi apakan daya, dia mudah jatuh hati. Takkan yang ini pun akan campak dia ke Friendzone juga? Sungguh sial nasibnya, dia berfikir.

Azril memutarkan semula babak-babak dia bertemu dengan Adilya di stesen LRT semalam. Jantungnya berdegup kencang mengimbau kembali kehangatan ciuman dan pelukan Adilya. Dulu, Dia pernah rapat dengan seorang gadis gamer tegar ketika zaman ijazahnya. Mereka selalu melepak dan bermain game bersama. Sering berbual panjang tentang game-game yang mereka pernah layan. Kawan-kawan rapat gadis itu juga sudah rapat dengan Azril dan mereka sering mengusik dia dan gadis tersebut. Namun apabila dia melamar untuk menjadi buah hati, dengan mentah dia ditolak. Diberi alasan dia lebih selesa berkawan rapat dengan Azril macam adik beradik. Ouch. Kena Brozone.

Dengan hati yang remuk, dia rapat pula dengan seorang gadis seni. Suka melukis, membaca dan menulis, seperti Azril juga. Mereka selalu lepak bersama sambil menulis dan membaca di restoran McD. Kadang-kadang mereka menghabiskan masa berdua sahaja di Karaoke. Pilihan lagu-lagu mereka bukan seperti orang lain. ‘Wish You Were Here’ dari Pink Floyd dan lagu Queen‘ Bohemian Rhapsody’ adalah lagu wajib mereka. Kesudahannya juga sama, gadis tersebut memilih untuk bersama dengan orang lain, yang bukan berjiwa seni seperti Azril. Hatinya terasa seperti ditikam berkali-kali. Rasa kecewa ditolak tidak sehebat rasa sakit hati gadis tersebut memilih lelaki yang jauh perbezaan minat dan hobi yang mereka kongsi. Tidak adil baginya.

Lama-kelamaan, keinginan Azril untuk mempunyai pasangan semakin lama semakin pudar. Azril semakin matang dan yakin dengan diri sendiri setelah dia tamatkan pengajian dan mula masuk ke alam pekerjaan. Dengan bantuan aplikasi Tinder, dia tidak pernah menolak jika ada peluang untuk one night stand atau friends with benefits. Dia hanya mengisi keinginan fizikal sahaja. Azril semakin hanyut dengan syurga dunianya. Dia sudah tidak kisah jika hatinya keseorangan. Dengan kehadiran Adilya, perasaan romantik dan jiwa lembutnya muncul kembali. Dia risau. Memang celaka nasibnya, dia menyumpah dalam hati. Mesej WhatsApp diperiksa sekali lagi. Masih satu tick. Dia mengeluh dan terus turun untuk merokok.

Ketika bahan-bahan kimia dalam asap rokok bekerja keras membunuh sel otak Azril, dia mengelamun kembali tentang kejadian semalam. Identiti lelaki botak yang mengekori Adilya masih menjadi misteri. Tiba-tiba dia panik. Azril risau kalau dia pergi cari Adilya lagi ketika Azril tiada disisi gadis itu. Hatinya membara. Shit. Naluri Azril terdetik, dia memandang sekeliling bangunan dan tempat parking kereta bawah pejabatnya. Risau jika lelaki botak itu mengekori Azril pula hingga ke pejabatnya. Kenapa la dia balik lewat semalam?

Ini semua Honda punya pasal, fikiran Azril jauh melayang. Kalau tak pasti dia tak berjumpa dengan Adilya. Tentu pagi ini dia tenang melayan perasaan sorang-sorang dari menunggu mesej gadis comel itu macam orang gila. WhatsApp dijeling lagi. Satu tick. Dia mengeluh kecewa. Azril pasti dia sudah menjadi mangsa angau cinta sekali lagi setelah bertahun-tahun bersara. Takdir Tuhan memang tak adil, bentak hatinya ketika dia menghenyak puntung rokok di tepi longkang. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill