Zayn hanya duduk diam menikmati steak yang dipesan sebentar tadi. Huh, tinggi betul selera Setiausaha Negara ni. Pokai duit semata-mata nak jaga dia. Hurmmmm ni kalau tak naik gaji, tak tahulah.
Dato' Munif, Setiausaha Negara yang diperhati Zayn sedang rancak berbual bersama rakan-rakannya yang lain. Nampaknya masing-masing menikmati hidangan yang mewah. Tak apalah, kaya.
Ting Tong !
Bunyi penggera di pintu restoran mewah ini apabila dikuak oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti tukang masak sambil wajahnya ditutup dengan mask. Dia tampak tenang sambil menjinjit sebuah beg memasuki dapur restoran tersebut. Zayn hanya melihat gerak-geri lelaki tadi.
Disebabkan rasa tidak sedap hati, Zayn pantas mengikuti langkah tukang masak tersebut. Perwatakannya agak aneh walaupun mereka baru bersua dalam jangka masa yang pendek.
Namun, langkahnya terhenti apabila seorang wanita menghalang laluannya. Wanita itu jika dilihat daripada pemakaiannya, tampak seperti pekerja di restoran itu.
"Encik tak dibenarkan masuk ke dapur jika tiada kaitan"
Zayn mengeluh. Dia akur akan peraturan itu.
"Maaf saya cuma nak jumpa chef awak. Dia masak tak rasa. Memang tak sedap"
"Kalau macam tu, saya minta maaf ya encik. Encik masih tidak dibenarkan untuk masuk ke ruangan dapur"
Ceh ! Menyampah !
Zayn mengangguk dengan berat dan mengatur langkah semula ke meja makan.
Ring !
Telefonnya berdering tanda ada panggilan masuk. Panggilan tersebut diangkat dan Arif menyahut dari dalam talian. Zayn segera keluar dari restoran tersebut bagi mencari privasi.
"Yow, bro !"
"Yow", Zayn membalas.
"Bro kau dekat mana ?"
"Sea Hunter Restaurant"
"Gila lah ! Kau makan kat restoran mahal tak ajak aku !"
"Hoi, memang taklah aku nak makan sini saje-saje. Aku kena awasi Dato' Munif, Setiausaha Negara kita", jelas Zayn dengan tenang.
"Sindiket Hitam lagi ke ? Macam mana perkembangan ?"
"Weh aku betul-betul tak ada mood nak cerita pasal ni. Nanti ah. Bila kita lepak sama-sama, aku cerita"
BAAMMM !!!
Zayn terkejut apabila mendengar bunyi letupan dari restoran yang diperginya tadi. Apabila dia cuba menghampiri, api semakin marak memakan isi dalam dan luar restoran tersebut. Darah-darah dan tubuh yang melecur memenuhi ruang restoran itu. Zayn panik. Dia tidak mampu berfikir secara waras. Dia perlu cari Dato' Munif segera !
"Dato' Munif ! Dato' !", laung Zayn sambil meredah api marak.
"Dato' ! Dato' Munif !"
Suara Zayn semakin tenggelam. Dia kini semakin lemah disebabkan kekurangan oksigen. Asap yang tebal mula menyelubungi. Bahang api yang panas membuatkan Zayn semakin pening dan ...
PUK !
dia terjatuh. Matanya tertutup perlahan-lahan. Andai ini pengakhirannya, dia akur.
---
Zayn membuka mata dengan perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Tubuhnya tidak boleh bergerak bebas dek kerana letih. Tangan kirinya berbalut dengan kain putih. Dia menyentuh balutan itu. Aduh, sakit !
"Hakim, jangan pegang. Sakit tu", suara yang cukup dikenali menegah perbuatan Zayn. Zayn hanya diam terkaku melihat Ayna mencatat sesuatu di atas kertas.
Menyedari Zayn tidak memberi sebarang renspon, Ayna menghadiahkan senyuman lalu berkata, "Awak kan sakit. Jangan sentuh balutan tu. Nanti lagi sakit"
"Macam mana saya ada dekat sini ? Setahu saya, saya ada di Sea Hunter Restaurant", Zayn cuba bangun dari pembaringan. Namun perbuatannya dihalang oleh Ayna. Gadis itu tampak sangat prihatin dalam merawat Zayn.
"Hurmm ... awak tak ingat apa-apa ke ?", gadis itu menyoal. Zayn menggeleng. Sungguh dia tidak ingat apa-apa kejadian yang berlaku. Apabila dia cuba untuk mengingat, kepalanya terasa sakit. Sakit yang tidak terperi.
"Sebenarnya awak pengsan dalam nahas letupan di restoran tu. Lebih lanjut tentang kes tu saya tak pasti lagi. Nanti mungkin keluar kenyataan daripada pihak bomba", terang Ayna sambil mencatat sesuatu di atas kertas. Zayn hanya tekun mendengar.
"Tapi apa-apa pun, keadaan awak semakin pulih"
"Saya dah boleh keluar ke, Ayna ?"
"Keadaan awak memang semakin pulih tapi untuk benarkan awak keluar, belum lagi kut ? Apa-apa pun ikut keputusan doktor yang merawat", segaris senyuman dihadiahkan.
"Encik Khan dah sembuh ke ?", Zayn bertanya sambil memandang tepat ke arah mata Ayna.
"Dia dah discharge", disebabkan malu apabila bertentang mata dengan Zayn, Ayna hanya membalas pendek. Pipinya merona merah. Entah mengapa wajahnya terasa tebal berhadapan dengan Zayn.
"Saya keluar dulu"
---
Zayn berjalan ke arah bangku taman yang tampak cantik digandingkan bersama bunga-bunga yang harum mewangi. Buat seketika, dia berasa tenang. Mungkin dia terlalu kusut dan sibuk bekerja sehingga dirinya tidak dijaga dengan rapi. Air tin Oligo yang dibelinya dari mesin air di hospital itu laju sahaja diteguk. Sedang asyik memerhati orang yang lalu-lalang di hadapan, kefokusannya terganggu apabila terdapat getaran pada poket seluarnya. Apabila diseluk, telefon bimbitnya yang bergetar. Hurmmm, ada email baharu. Berdasarkan akaun penghantarnya, seperti Arif sahaja. Kata laluan dimasukkan sebelum isi email itu terpapar di skrin telefon bimbit Zayn. Melihat sahaja kandungan email tersebut, Zayn terasa mahu menjerit kegembiraan. Entah mengapa dia teruja.
"Sedikit info mengenai sindiket Hitam"
"Sindiket Hitam adalah sebuah kumpulan penjahat yang sering terlibat dalam kes pembunuhan dan penyeludupan dadah di semenanjung Malaysia. Mereka juga didapati terlibat dalam kegiatan gangsterisme yang semakin berleluasa. Kumpulan ini diketuai Kidil, bekas perisik negara yang dulunya dibuang disebabkan salah laku jenayah. Kidil berjaya melarikan diri dari penjara dan dipercayai bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand. Anggota-anggotanya terdiri daripada Neil, yang juga merupakan banduan yang membantu Kidil meloloskan diri daripada penjara, Suib, Monk, Taring, Tiger, Hibo, Eshan, Lee Chiok, Adam, dan Gory. Mereka ini juga didapati mendapat bantuan kewangan daripada orang penting negara sehingga kini tidak diketahui siapa untuk membeli peralatan dan senjata yang serba canggih. Setiap tahun, lebih daripada RM20 juta telah disalurkan oleh seseorang secara gelap ke dalam akaun milik kumpulan Sindiket Hitam. Keberjayaan Dato' Sri Hafidzul memiliki kondominium di kota London juga dipercayai melibatkan campur tangan Kidil dan anggota Sindiket Hitam yang lain. Selain itu, teman baik Kidil sewaktu dia masih lagi menjadi perisik negara, Khan Fadzil, memaklumkan bahawa Kidil pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Negara untuk mendapatkan sesuatu yang dia juga tidak ketahui. Tambah Khan, Kidil bukanlah seseorang yang boleh dijangka kerana lelaki itu mampu lakukan apa sahaja agar kegiatannya tidak diganggu. Aktiviti rasuah yang banyak dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melaporkan bahawa rata-rata penerima rasuah menerima suapan daripada seseorang dari dark web yang tidak diketahui siapa pun orangnya. Mereka berkata, jika rahsia antara mereka dan si 'pemberi' tadi diketahui pihak polis, si 'pemberi' tidak akan semena-mena untuk membunuh si pembocor rahsia. Mereka dikehendaki melakukan sesuatu sesuai dengan jumlah bayaran yang diberi. Pihak polis sehingga kini tidak mampu memberkas mana-mana ahli sindiket Hitam biarpun operasi dan strategi dirancang dengan rapi. Walaupun begitu, pihak polis akan bekerjasama dengan jabatan penyiasat persendirian agar kes ini dapat ditamatkan sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini pada masa akan datang."
Zayn menelan liur. Bunuh ? Fuhh senang sahaja ingin bermain dengan nyawa. Namun, dia juga bersetuju dengan pernyataan Encik Khan bahawa Kidil bukanlah seseorang yang boleh diramal. Jika boleh diramal, alangkah indahnya rasa.
Mengenangkan kesnya masih di pertengahan, Zayn tidak sabar untuk pulang ke rumah agar dia dapat menyelongkar komputer ribanya untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai Sindiket Hitam. Dia rasa sangat bersyukur dan terhutang budi apabila Arif sanggup meluangkan masa untuk membantu dia yang masih berada di hospital. Ini barulah BEST FRIEND FOREVER !!!
"Ehem", kedengaran suara gadis di belakang menegur Zayn. Zayn terkaku. Siapalah yang sibuk-sibuk mengganggu dia sewaktu dia ingin fokus ?
"Abang Zayn !", setelah tiada reaksi diberi oleh Zayn, gadis itu menjerit, membuatkan Zayn serta-merta menoleh ke belakang. Erghhhh, bingit telinga.
"Abang Zayn buat pekak je !", bebel gadis itu. Buat seketika, Zayn terpempan.
Ya Tuhan ! Ini dia ke ? Seorang gadis yang tinggi lampai dihiasi solekan tebal dan baju yang berwarna-warni. Di lehernya tergantung rantai batu yang berkelip-kelip dan menyakitkan mata. Rambutnya yang kerinting diikat tocang. Wajahnya pula dihiasi lagi dengan cermin mata Hello Kitty berwarna merah jambu. Bukan Zayn tidak kenal. Gadis itu merupakan anak Dato' Sri Hafidzul. Tidak lain tidak bukan si Hamizan Senget ! Aduh ! Walaupun sudah berusia 23 tahun, gadis itu masih berperangai seperti kanak-kanak. Huh.
"Abang Zayn ! Eeeeee orang cakap dengan dia, dia buat tak tahu je"
"Isy, abang Zayn dengarlah. Kenapa Mizan nak jumpa abang ?", air tin Oligo diletakkan di atas bangku.
"Sebab Mizan rindulah. Abang Zayn tak rindu Mizan ?", Hamizan mengelip-ngelipkan matanya sambil menayangkan muka cemberut.
"Tak ada masa abang nak rindu Mizan"
"Eleh, macam Mizan tak tahu hati abang Zayn"
"Isy, apa hah apa yang Mizan tahu ? Abang sakit tahu tak ? Jangan kacaulah. Abang nak rehat"
"Mizan tahu kalau Mizan ada, abang akan cepat sihat", mendengar sahaja kenyataan yang diajukan Hamizan, Zayn terasa mahu muntah. Aduh, budak ni buat lawak pula. Boleh migrain rasanya.
"Baliklah, Mizan. Nanti Datin Aishah risau. Abang ni pun nak balik wad balik"
"Alaaa, tapi janji eh, kalau Mizan balik, abang Zayn kena belanja Mizan makan Happy Meal dekat McDonald !"
"Hurmmm tengoklah nanti", balas Zayn sambil berdiri untuk pulang semula ke wad.
Hamizan hanya senyum memandang muka Zayn yang ternyata rimas akan kedatangannya.
"Abang Zayn kena baik dengan Mizan kalau nak korek rahsia daddy. Mizan ni nampak je macam ni tapi Mizan tahu apa yang abang Zayn tak tahu", keningnya diangkat dan senyuman lebar dipamerkan.
"Hisy, pergi balik !"
----
"Isy, kenapa dia cakap macam tu ? Rahsia daddy ? Apa yang Dato' Sri Hafidzul rahsiakan ?", kejap-kejap Zayn menukar posisi daripada baring kepada duduk dan berbagai-bagai lagi. Kata-kata si Hamizan Senget berlegar-legar di fikiran Zayn. Adoi, pening kepala.
Tok ! Tok ! Tok !
Kedengaran pintu bilik wad diketuk. Erghhh, siapa lagi ni ? Hamizankah ? Tidak sanggup rasanya jika Hamizan yang datang. Tak sanggup ! Tak sanggup ! Tak sanggup !
Sebaik sahaja pintu wad dikuak, Zayn terkesima. Serta-merta dia menelan liur. Entah mengapa peluh dingin mula membasahi dahinya.
"Zayn", kata Encik Khan sambil mengambil tempat duduk di hadapan Zayn. Miss Chin pula tegak berdiri sambil memegang sebuah buku dan pen di sebelah lelaki itu. Zayn hanya memerhati. Dia tidak risau jika ditanya mengenai Sindiket Hitam kerana dia sudah ada sedikit maklumat mengenai mereka.
"Dah ada maklumat pasal Sindiket Hitam ?", tanya Encik Khan dalam ton yang mendatar namun cukup tegas dan menakutkan buat sesiapa yang mendengar.
"Dah, tuan. Mereka cukup aktif dalam kegiatan penyeludupan dadah dan pembunuhan. Tak cukup dengan itu, gangsterisme juga makanan mereka, tuan. Berdasarkan maklumat yang saya dapat, lebih RM20 juta disalurkan ke dalam akaun mereka secara membuta sahaja. Pelakunya masih tidak diketahui. Selain itu, aktiviti rasuah juga banyak melibatkan mereka", terang Zayn panjang lebar.
"No no no. Saya tak nak dengar yang tu. Saya nak dengar pasal kata laluan sistem komputer tu. Baru kita boleh jejaki mereka dengan mudah", pantas sahaja Encik Khan membidas.
Adoiii ! Zayn menelan liur sekali lagi. Kali ini dia rasa mahu menghantukkan kepala pada dinding sahaja. Selama ini dia terlalu leka sehingga tidak mengambil berat tentang misi ini. Dia hanya sibuk menjaga namun misi utama diabaikan. Apa dia mahu jawab sekarang ini.
Sedang ligat mencari alasan, kefokusannya diganggu dengan kata-kata pedas Encik Khan, "Jangan leka bercinta sahaja dengan jururawat di sini. Awak kena ingat yang awak masih ada misi yang perlu diselesaikan"
Gulp.