Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,679
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Usai menunaikan kewajipan solat subuh, Natasha segera menyiapkan diri untuk ke pejabat. dia bersolek ala kadar sahaja dengan hanya mengenakan bedak asas dan sedikit eyeliner sahaja. Baju pula dipakainya baju kurung moden yang sentiasa di bawa lebih di dalam keretanya. Cukup ringkas sekali penampilannya pagi ini. Akan tetapi, itu sudah cukup buat dirinya tampak ayu. Bunyi ketukan di pintu membantutkan segala pergerakannya. Dia memberi isyarat agar gerangan yang mengetuk pintunya itu untuk masuk.

“Sha dah sihat?” tanya Datin Wati sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Luqman yang digunakan oleh Natasha sejak dirinya pengsan semalam. Natasha tersenyum melihat wajah Datin Wati yang baru sahaja melangkah masuk itu. Sikap ambil berat Mama Wati terhadap dirinya dari dahulu itu yang membuatkan mereka rapat.

“Alhamdulillah dah sihat Mama Wati.” Jawab Natasha. Diciumnya kedua tangan orang tua itu. Mama Wati tersenyum. Sayu hatinya tiba-tiba kerana tidak mempunyai rezeki untuk mendapat seorang lagi anak. Setelah melahirkan Luqman, Datin Wati disahkan menghidap penyakit barah Rahim yang membuatkan di terpaksa membuang system peranakannya. Sejak itu, dia tidak dapat menghamilkan anak lagi. Namun, itu tidak menghalang dia untuk mengasihi Natasha. Apatah lagi Natasha ini sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

“Tinggal la di sini dua tiga hari.” Datin Wati meluahkan hasratnya. Natasha tersenyum. Faham dengan perasaan ibu angkatnya.

“Tak boleh mama. Sha ada baaaanyak sangat kerja dekat office. Nanti, bila sha ada masa terluang, Sha melawat la mama ye?” pujuk Natasha sambil mengukirkan senyuman.

Datin Wati tersenyum lagi.

“Kalau macam tu, Sha janji dengan mama yang sha akan selalu melawat kami di sini ya?” Tanya mama Wati sekadar melegakan hatinya.

“In shaa Allah mama.” Ucap Natasha lalu memeluk erat tubuh wanita itu. Sayang benar dia dengan Datin Wati Hernasari ini.

“Sayang mama!” di cium pula kedua-dua belah pipi milik Datin Wati. Datin Wati tersenyum dengan telatah anak angkat kesayangannya ini.

“Sayang Sha juga!” Datin Wati pula membalas ciumannya di pipi gebu milik Natasha.

“Amboi. Dari semalam asyik sayang dekat mama je. Papa ni tak sayang langsung la. Merajuk la macam ni.” Tegur Datuk Imran yang tiba-tiba mencelah perbualan mereka. Dia yang awalnya ingin terus turun bersarapan terhenti seketika melihat gelagat mesra isterinya dan anak angkatnya di hadapan pintu bilik. Terasa bahagia sedikit dengan keadaan seperti itu. Sudah lama juga dia tidak melihat isterinya seceria itu.

“Ala papa Im ni. Sha pun saaaaaayang sangat dekat papa tau! jangan la merajuk. Nanti siapa nak belanja Sha aiskrim?” pujuk Natasha. Menggunakan taktik pujukannya sewaktu dia kecil dahulu.

Datuk Imran ketawa mendengar pujukan Natasha. Dia ingat benar peristiwa itu. Dia yang sering membelanjakan anaknya Luqman dan Natasha aiskrim sehinggakan anak angkatnya itu setiap kali bertemu dengannya pasti mahukan aiskrim.

“Dah! Jom sarapan. Kalau nak tunggu si Luqman tu, alamatnya lambat lagi la kita makan. Dia tu mana makan pagi. Di dahulukan pula aktiviti joggingnya itu dari bersarapan.” Leter Datuk Imran lalu melangkah keluar dari bilik itu untuk turun sarapan. Diikuti pula Datin Wati dan Natasha yang sedang berpimpinan tangan.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan