Home Novel Cinta Incurable Obsession
Incurable Obsession
Mecxira
28/8/2020 12:52:22
3,367
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Bunyi bising di dalam kelab malam itu membuatkan Daiyan tidak selesa. Hanya disebabkan si Zara memaksanya agar mengikut perempuan itu Daiyan ada di sini. Kata Zara, perempuan itu mahu bertemu dengan seseorang. Ada hal katanya.

Andai tidak, memang haram untuk dia sentuh tempat sebegini. Walaupun Daiyan tidak memakai tudung tetapi Daiyan tetap menjaga setiap tingkah lakunya. Kelab malam memang tempat yang paling Daiyan anti sekali. Huh!

" Kenapa kau heret aku masuk sini Zara? Aku tak sukalah tempat ni. Benci aku!" rungut Daiyan geram. Tak suka!

Daiyan meliarkan matanya sebelum matanya dijatuhkan pada lantai. Memang boleh jadi buta kalau dia tengok semua manusia yang ada di sini. Semua dah hanyut dengan dosa yang mereka cipta sendiri. Jahilnya mereka. Daiyan beristighfar dalam hati.

" Alah kau ni, Kejaplah. Lepas siap semua, kita balik. Okay?" pujuk Zara separuh merayu.

Bukan niat untuk mengajak si Daiyan ni pergi tempat macam ni tapi Zara terpaksa. Kekasih hatinya mahu bertemu dengannya hari ini.

Biasanya dia akan ajak Rossa saja. Tapi kali ini, Rossa ada kerja dan Zara terpaksa ajak Daiyan sebagai peneman. Lagipun Zara tak suka pergi kelab malam sorang-sorang. Kena berteman. Baru best!

" Haih... Yelah. Cepat sikit." mengalah juga akhirnya Daiyan.

Boleh nampak muka Daiyan sudah tidak bermaya. Cemberut je dari mula masuk kelab malam sehingga saat ini. Zara hanya mampu tersengih dengan garuan tidak gatal di atas kepala.

" Kau duduk dulu. Lepas aku siap. Aku datang sini balik." Ditolak lembut Daiyan agar duduk di atas sofa panjang yang masih kosong tiada orang.

" Aku nak ikut kau. Aku takut duduk sini sorang-sorang." Mata itu meliar ke sekeliling.

Rasa diperhatikan tetapi Daiyan hanya buat tak tahu akan firasat hatinya. Daiyan rasa takut sangat ni. Aduh!

" Tak bolehlah. Kau duduk sini je eh?" pujuk Zara lagi.

Tak akan Zara nak bagi Daiyan kacau daun 'aktiviti' dia dengan teman lelakinya itu. Tempah maut namanya!

" Ala..."

Daiyan lipat bibir dengan muka yang tersebik sedih. Sedih bila Zara nak tinggalkan dia sorang-sorang di tingkat bawah ini. Tak kasihan ke dekat dia? Kalau jadi apa-apa macam mana?

" Aku naik dulu tau. Sayang kau!"

Tanpa pamitan, Zara menghayun langkah naik ke tingkat atas tetapi cengkaman lembut dari Daiyan buat langkah Zara terhenti.

" Kenapa ni? Hmm?"

Zara pusing badan ke arah Daiyan.

" Kau cepat sikit Zara. Aku takutlah duduk sini lama-lama." akui Daiyan akan kata hatinya. Rasa tak sedap hati je!

" Jangan risau. Aku naik atas kejap je. Kau tunggu sini eh?"

Daiyan mengemam bibirnya rapat sebelum kepala itu terpaksa dibawa mengangguk. Walaupun ada rasa berat hati nak bagi si Zara naik ke tingkat atas, tetapi Daiyan kuatkan juga hatinya.

'Tak apa Daiyan. Kejap je tu' Daiyan menyedapkan hati sendiri.

Mata Daiyan menghantar pemergian Zara sehingga ke tingkat atas. Dalam beberapa minit, bayang Zara sudah hilang. Daiyan meramas tangan sendiri. Takutnya apabila duduk dalam kelab malam ini. Terketar tangan Daiyan apabila firasat hatinya mengatakan ada seseorang yang memerhatikan dia.

'Ya Allah... Lindungilah aku.' Doa Daiyan dalam hati kecilnya.

Derapan kasut yang kedengaran hampir dengan Daiyan membuatkan Daiyan telan air liur kasar.

Tangan automatik meramas baju sendiri. Perasaan takut membelenggu dirinya saat ini. Dirasai tempat duduk di sebelahnya terhenyak menandakan seseorang melabuhkan duduk.

Terpejam mata Daiyan apabila bau haruman lelaki begitu kuat menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Daiyan mengengsot tubuhnya ke tepi supaya jarak antara dia dan lelaki itu ada. Kedengaran gelak sinis dari lelaki itu membuatkan Daiyan mengetap kuat bibirnya. Geram!

Hye girl..."

Gulp!

Suara seksi serak basah seorang lelaki kedengaran dekat di tepi telinganya dan yang paling mendebarkan Daiyan apabila lelaki itu benar-benar ada di tepinya.

Muka mendongak pandang ke arah lelaki itu tetapi hanya seketika sebelum Daiyan cuba untuk melarikan diri tetapi lelaki itu lagi pantas bertindak merangkul erat pinggangnya. Tidak membenarkan Daiyan bergerak.

" Lepaslah! Apa main pegang-pegang orang ni?" marah Daiyan dengan suara kuat. Dipukul kuat tangan itu agar melepaskan dia tetapi yang buat Daiyan geram apabila lelaki itu dengan selamba mengangkat tubuhnya agar dia duduk di atas riba lelaki itu. Rangkulan erat pada perutnya membuatkan pergerakan Daiyan terbatas.

" Lepaskan saya boleh tak? Saya tak suka awak sesuka hati pegang saya macam ni. Nak kena smackdown ke?" lantang suara Daiyan memarahi lelaki itu tetapi sedikitpun tidak menakutkan Dayyan.

Dayyan menyandarkan kepalanya pada belakang perempuan itu. Nafsu dirasakan naik begitu saja apabila bau perempuan itu masuk ke dalam rongga hidungnya.

Rasa mahukan perempuan itu membuak-buak. Siapa perempuan ini? Kenapa Dayyan tak pernah nampak dalam kelab malam sebelum ini?

Who are you? Hmm?"

Dayyan mengucup rambut perempuan itu sebelum bibir itu berlabuh di sekitar belakang leher perempuan itu. Wangian rambut perempuan itu menggetarkan jiwa lelakinya.

'Wangi...'

Pukulan tangan kecil itu pada tangan besar benar-benar buat Dayyan geli hati. Tangan kecil nak pukul orang, mana sakitlah!

Please... Let me go!" Suara Daiyan sedaya upaya cuba diberanikan walaupun dia sendiri masih dalam ketakutan.

Takut apabila lelaki itu makin bermain di sekitar tubuhnya. Terlalu murah dirasai apabila lelaki itu memperlakukannya sebegitu. Rasa nak menangis tetapi ditahan sebaik mungkin. Daiyan perlu melawan lelaki ini. Daiyan tak boleh tunjuk yang dia lemah pada lelaki itu. Itu yang pasti!

I will not let you go, baby... You belong to me tonight." Suara itu disengajakan menggunakan lenggok menggoda.

Mahu menggoda perempuan yang ada dihadapannya ini. Jual mahal betullah padanya. Makin buat dia mahukan si dara ini.

Bunyi muzik yang kuat menyebabkan semua manusia hanya memfokuskan dengan dunia mereka sendiri. Tiada seorangpun yang melihat ke arah Daiyan yang sudah berasap nak marah pada lelaki yang ada di sebelahnya ini.

" Saya cakap lepas tu lepaslah! Tak reti bahasa melayu ke? Ke nak saya cakap bahasa tamil baru awak faham?" Lantang suara Daiyan memarahi si lelaki dengan suara yang sedikit bergetar. Takut!

Dayyan tersenyum sinis sebelum bibirnya singgah pada kedua pipi Daiyan yang sudah kemerahan kerana menahan merah itu.

" Garang, Make me more crazy with you Rose..." Lelaki itu tergelak sinis. Tersungging senyuman penuh misteri pada bibir lelaki itu.

Bulat mata Daiyan apabila lelaki itu mengetahui akan namanya. Sentuhan tangan lelaki itu pada pinggangnya membuatkan Daiyan automatik bangun dari duduknya.

Kaki laju dibawa menghayun keluar dari kelab malam itu tetapi sekelip mata tubuhnya ditolak kuat pada dinding. Ringisan sakit keluar dari bibir Daiyan apabila kepala dan pinggangnya kena pada dinding batu itu. Sakitnya...

" Mana kau nak lari?" suara lelaki itu kedengaran begitu tegang sekali.

Daiyan menelan air liur kasar. Mengigil tubuhnya apabila lelaki yang ada disebelahnya tadi ada di depan mata. Daiyan akui lelaki itu sangat kacak tetapi masih juga Daiyan tidak cair dengan lelaki itu sebab dia sendiri tidak suka dengan lelaki. So memamg tak ada istilah cair dalam hidupnya!

Daiyan membuat mata ke atas sebelum dengan selamba badan sasa itu ditolak kuat lalu langkah dibawa keluar dari kelab malam itu.

Belum sempat Daiyan nak keluar, tangannya sudah ditarik dengan kasar dari belakang.

Hey! Lepaslah!" ronta Daiyan keras.

Tetap juga kaki panjang lelaki itu melangkah naik ke tingkat atas. Daiyan meliarkan mata mencari si kawan baiknya. Apabila matanya tertancap pada Zara yang sedang enak menari itu, terus mulut cuba menjerit nama Zara.

" Za-"

Tak sempat nak habiskan jeritannya, mulutnya terlebih dahulu ditekup lelaki itu sebelum dengan kejam Daiyan ditolak masuk ke dalam satu bilik. Bilik yang sudah tersedia di dalam kelab malam mewah ini.

Pintu dikunci rapat oleh lelaki itu membuatkan Daiyan mahu menangis. Terlalu takut dengan pandangan mata tajam lelaki itu yang meliar pandang ke arahnya dari atas sehingga ke bawah.

" Tolong jangan apa-apakan saya. Saya janji akan buat apa saja kalau awak lepaskan saya." rayu Daiyan sambil kaki mengundur ke belakang.

Tetapi rayuan itu tidak diendahkan oleh Dayyan. Langkah dihayun merapati Daiyan perlahan-lahan membuatkan perempuan itu ketakutan.

Dalam enak mengundur, Daiyan terjerit kecil apabila badannya sudah terhempas elok di atas katil. Belum sempat dia bangun, lelaki itu sudah menghalang dengan menindih tubuh kecilnya.

Mata Daiyan meliar pandang ke sekeliling mencari akan senjata untuk menyelamatkan diri. Ditolak kuat lelaki itu tetapi itu hanya sia-sia apabila tiada apa-apa hasil.

" Tolonglah jangan buat saya macam ni..." rayu Daiyan dengan lemah.

Mata Daiyan sudah berkaca. Bawah mata serasa sudah panas. Tubir mata sudah bertakung. Menanti turunnya airmata.

I want you tonight..."

Cukup ayat itu buat Daiyan makin takut. Rasa lemah anggota sarafnya. Tangan pula sudah mengigil hebat kerana takut. Pucat lesi muka itu apabila muka lelaki itu dekat dengannya.

" T-tolonglah, s-saya tak nak..." rengek Daiyan tanpa sedar.

Dayyan mengetap kuat giginya. Nafsunya makin kuat mahukan perempuan itu. Hanya kerana rengekan perempuan itu Dayyan boleh lemas.

Lemas dengan setiap godaan perempuan itu. Walaupun bukan niat perempuan itu untuk menggoda tetapi masih Dayyan merasakan perempuan itu menggodanya.

Still i want you, my baby..."

Manik-manik halus kini sudah menuruni ceruk pipi Daiyan apabila dengan kejam lelaki itu mengambil kesuciannya. Rontaanya sedikitpun tidak diambil peduli oleh lelaki itu.

" Ya Allah tolong aku..." gumam Daiyan perlahan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.