Home Novel Cinta Encik No Feeling
Encik No Feeling
Mecxira
28/8/2020 12:35:29
3,909
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Inara sudah bersiap cantik dengan gaun berkembang di bawah. Kalau diikutkan memang Inara tak nak pakai baju macam ni sebab baginya baju kembang yang dipakai ini terlalu mewah.

Inara bukan anak orang kaya. Dia hanya hidup sederhana saja. Tak suka bergaya sakan. Dan Alhamdulilah dia hidup lagi walaupun tak kaya. Hahaha

" Inara, jom!" ajak si teman.

Inara menjeling tajam Adra yang ada di muka pintu itu. Tersengih macam kerang busuk. Suka benar memaksa dia ikut perempuan itu. Adra tahu yang dia tak suka keluar rumah, kerana itu Adra paksa jugak dia keluar. Ini budak memang!

" Aku tak nak ikut kau tak boleh ke? Kau tahu kan dekat sana semua orang kaya-raya. Aku tak nak ikutlah! Lagipun tempat yang kita nak pergi tu adalah majlis perasmian abang kau punya syarikat. Perlu ke aku ikut?" bentak Inara tidak puas hati. Geram!

Adra buat muka.

Walau apapun yang terjadi. Dia akan pastikan Inara ikut ke majlis yang satu ini. Adra bukan apa, kawan baiknya ini suka sangat terperap dalam rumah. Kasihan juga Adra tengok Inara duduk sorang-sorang dalam rumah, kerana itu Adra ajak Inara sekali.

" Kau jangan nak mengada Nara. Aku still dengan keputusan aku. Aku nak kau ikut aku. Ala... Kejap je. Siap semua majlis, aku hantar terus kau balik. Okay?" pujuk Adra pada kawan baiknya itu.

Inara mengeluh.

Selalu saja dia lemah bab pujuk memujuk ni. Hatinya benar-benar rasa tak sedap nak ikut Adra pergi ke majlis abangnya itu. Tak tahu kenapa?

Sedaya upaya ditenangkan hatinya tetapi hatinya bagai memberontak tak nak ke sana. Haih... Apa yang perlu dia buat?

" Kau ni Adra, aku nak spend time duduk dalam rumah ni sorang-sorang pun tak boleh. Kacau daunlah!" marah Inara geram.

Adra tersengih.

Memang niat Adra nak kacau Inara pun. Baru Inara aktifkan diri keluar dari rumah. Kalau tak, lepas balik kerja terperap je duduk dalam bilik. Tak ada life langsung!

" Dah jom kita berangkat sekarang. Beta tidak sabar mahu bertemu dengan abang beta. Jom!"

Adra mencapai tangan halus Inara sebelum kaki dibawa menuruni tangga laju turun ke bawah. Diheret Inara agar ikut setiap langkahnya.

Boleh dengar dengusan kasar keluar dari bibir Inara membuatkan Adra tergelak.

Pintu utama dikunci sebelum mereka masuk ke dalam kereta mewah yang sudah tersedia ada di luar rumah.

••••

Ershad memakai baju kemeja berwarna putih manakala pada lengan tangan kanannya disangkut kot hitam yang akan dia pakai nanti. Pasti sudah ramai orang yang hadir dalam majlisnya.

Ershad mengerling jam dipergelangan tangan. Sudah mahu bermula majlis. Ershad keluar dari biliknya sambil itu dia memakai kot hitamnya. Ershad memboloskan diri masuk ke dalam lif. Butang tingkat satu ditekan.

Sejurus pintu lif terbuka, terus Ershad membawa langkah turun dari tangga.

Automatik mata-mata yang ada dalam satu dewan itu pandang lama ke arahnya dan tidak lupa juga kaum hawa berbisik sesama sendiri memuji kehandsomean lelaki itu.

Setiap derapan langkah Ershad bagai satu aura yang mendebarkan bagi semua kaum hawa yang ada di situ.

Muka Ershad hanya kosong. Tiada apa-apa reaksi yang terpamer pada raut wajah kacak itu.

Walaupun begitu, tetap dapat menarik perhatian kaum hawa yang ada di dalam dewan itu.

Tidak sedikitpun mata itu membalas pandangan dengan mana-mana kaum hawa.

Mata Ershad meliar mencari adik perempuannya. Lambaian tangan yang diangkat tinggi membuatkan mata Ershad tertunak pada tangan itu. Kelihatan adik perempuannya yang begitu happy ketika bertembung mata dengannya.

Mata Ershad beralih pula pada perempuan yang ada di tepi adiknya itu. Mata perempuan itu meliar pandang sekeliling.

Nampak benar perempuan itu tidak selesa dengan majlis yang dihadirinya. Mata Ershad tidak lepas dari pandang perempuan itu.

Apabila matanya dengan mata si gadis bertemu. Spontan, Inara memberi senyum manis pada lelaki itu menyebabkan Ershad mengalihkan matanya pandang ke arah lain.

Ershad berdehem kecil sebelum langkahnya dibawa naik ke atas pentas. Berdiri betul-betul di sebelah papanya yang sedang berucap. Datuk Amran kelihatan gembira apabila anak lelakinya sudah naik ke atas pentas.

Hello everyone, I want to introduce my son. Ershad Esyan." Datuk Amran menepuk perlahan bahu Ershad.

Bunyi tepukan gemuruh untuk lelaki itu berkumandang dalam dewan itu. Inara hanya pandang gitu-gitu saja akan lelaki yang ada di atas pentas itu. Satu yang dia nak. Nak balik!

Ershad menundukkan sedikit kepalanya memperkenalkan diri. Mata dibawa pandang pada perempuan yang menarik perhatiannya dari tadi.

Datuk Arshad merapati anak lelakinya sebelum tubuh itu dipeluk erat di depan khalayak.

Congrats my son." ucap Datuk Amran penuh bangga.

Belakang badan sang anak lelaki digosok perlahan.

Mata-mata yang memandang tersenyum suka. Suka dengan hubungan anak dan bapa itu. Benar-benar buat mereka menyimpan hasrat mahukan anak seperti Ershad.

" Take over." bisik Datuk Amran pada si anak lelaki.

Ershad mengangguk kecil. Mulut itu tidak berbunyi apa-apa, hanya mata saja yang meluahkan apa yang ingin dikata.

Datuk Amran memberi ruang pada anak lelakinya untuk berucap. Ershad membawa langkah merapati tempat papanya berucap tadi.

Ershad berdehem terlebih dahulu sebelum berucap.

Thank you for attending my event. Enjoy the food. That's all." cukup padat dan ringkas ucapan yang diberi Ershad.

Tercengang tetamu yang hadir akan ucapan maha ringkas itu. 
Cukup buat si bapa menggeleng. Kenal benar dengan anak lelakinya yang sejuk beku itu. Tak ada perasaan betullah si Ershad ini. Haih...

Ershad turun dari pentas. Kaki dibawa naik ke bilik hotelnya semula. Tak hiraukan panggilan dari papanya itu. Ershad mahu berehat. Penat!

Tercengang Inara akan ucapan itu. Sikitnya. Nak rakam rasanya berapa patah je yang akan dia dengar.

" Abang kau ke tu?"

Adra mengangguk mengiyakan soalan Inara.

Ada rasa tak senang dengan sikap abangnya yang begitu tidak ada perasaan. Majlis dia tapi buat macam majlis papanya pula. Ada ke patut lari macam tu saja! Kasihan papa kena handle sorang-sorang majlis ni.

" Abang aku memang jenis macam tu. Takde perasaan. Bab bercakap ni susah sikit nak panjang. Kalau boleh pendek, memang dia akan pendekkan lagi mukadimah dia." kata Adra sambil memangku pandangan pada bayang si abang yang sudah lesap hilang itu. Haih... Abang!

Inara turut pandang ke arah abang si Adra tetapi tidak lama dia pandang semula ke arah telefon pintarnya. Malas nak ambil tahu tentang abang si Adra itu.

Adra menepuk perlahan bahu Inara. Muka berkerut Adra menjadi santapan anak mata Inara.

" Nak pergi tandas kejap tau."

Belum sempat Inara mengangguk, Adra sudah menonong jauh berlari anak masuk ke dalam tandas. Pasti si Adra tengah sakit perut. Nak pergi kejar macam dah tak sempat.

Baru nak teman Adra ke tandas. Takut benar dirasai apabila duduk sorang-sorang sini. Bukan ada kenalan yang dia kenal pun. Haih... Biarlah kejap je tu.

Adam tersenyum sinis. Nampak gayanya ada peluanglah dia nak dapatkan perempuan itu malam ini.

Adam mencapai air yang sudah siap diisi dengan air sirap sebelum langkah dibawa laju menuju ke arah gadis yang menjadi pemerhatiannya sejak tadi.

Mata pandang atas bawah pada perempuan bertudung yang sedang ralit bermain telefon pintar itu. Cantik!

" Hye girl." sapa Adam sebelum punggungnya dengan selamba duduk di sebelah Inara.

" Hye." balas Inara malas.

Inara menjauhkan jarak diantara dia dan lelaki itu. Tak suka duduk dekat dengan lelaki. Lagipun seram juga rasa apabila lelaki itu pandang dia lain macam. Bahaya!

" Tak nak minum?" pelawa Adam pada si gadis.

Inara menggeleng laju. Tak nak dia minum air yang dibawa lelaki itu. Mana tahu ada apa-apa yang lelaki itu letak dalam air tu. Tak ke naya jadi apa-apa. Uishh tak nak!

" Jangan risau, saya tak letak racun. Tengok ni."

Adam menghirup air di dalam gelas sampai habis manakala satu gelas lagi masih setia dihulurkan pada Inara. Senyuman manis diberi pada Inara agar mempercayai akan semua kata-katanya.

See, saya tak mabuk atau ada apa-apa kesan bila saya minum. Saya hidup lagi. Tak mati pun. " sinis lelaki itu berkata. Sengaja nak tambah api agar Inara minum air.

Inara mendengus geram. Mata memanah tajam lelaki boleh tahan kacak di hadapannya ini. Geram benar dirasai apabila lelaki itu seperti memerli dia. Okay fine!

Gelas minuman yang ada ditangan lelaki itu diambil dan dengan rakus diminum air itu sampai habis.

" Puas hati!?" kuat suara itu berkata tetapi masih dalam nada yang terkawal. Hanya Inara dan lelaki itu yang dengar suara kuatnya ini.

" Puas sangat-sangat." bisik Adam perlahan.

Inara angkat punggung nak ke tandas. Nak cari si Adra agar boleh diajak pulang. Tak betah rasanya nak duduk dalam majlis mewah macam ni dengan lelaki dan perempuan main lepas je sentuh-menyentuh. Sakit pulak hati kita! Tak cakap lagi sakit hati dekat lelaki tadi. Aish!

Tak sampai beberapa meter Inara berjalan, tangannya sudah ditarik agar mengikuti langkah lelaki itu.

" Lepaslah! Apa main pegang-pegang ni!" bentak Inara geram.

Lelaki itu sudah mengheretnya masuk ke dalam lif. Bulat mata Inara apabila lelaki yang mengheretnya adalah lelaki yang bercakap dengannya tadi. Serasa mahu timbul tanduk atas kepala akan perbuatan lelaki itu yang memegangnya sesuka hati.

" Aw..."

Baru nak hambur marah, tapi Inara sudah rasa lain macam. Tudungnya yang dipakai dikibas-kibas menahan rasa panas yang membelenggu dirinya. Kenapa dengan dia ni?

" Apa yang awak letak dalam air saya minum tadi?"

Adam ketawa kuat. Suka benar apabila rancangannya sudah menjadi. Dia akan pastikan perempuan itu menjadi miliknya.

" Panas... Panas..." ungkapan itu sering kali meniti di bibir Inara.

Adam sudah tersenyum sinis. Pintu lif terbuka saja, terus diheret perempuan itu mengikuti langkahnya. Ditarik perempuan itu agar masuk ke dalam biliknya.

Tangan ligat mahu mengunci pintu tetapi rempuhan lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya membuatkan Adam tergamam. Bukankah itu Ershad? Apa yang dia buat dekat sini?

Tanpa salam, Ershad menumbuk kuat lelaki itu. Tidak cukup itu, tendangan padu diberikan pada Adam. Dibelasah lelaki itu sehingga lunyai sebelum tubuh itu dilempar kasar pada dinding.

I already knew from the beginning your evil plan, Adam."

Dihempas kuat pintu. Nafas dihembus kasar. Tangan digenggam erat menunjukkan bertapa geramnya pada Adam. Andai Adam bukan sepupunya pasti sudah dia habisi teruk lelaki itu. Menyusahkan!

Nasib baik Ershad keluar dari bilik tadi. Kalau tak, memang dia sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada perempuan itu. Adam memang buaya darat!

Muka perempuan itu sudah memerah. Inara benar-benar mahu dipuaskan nafsunya.

Ubat yang diberi lelaki itu benar-benar buat dia hilang kawalan. Inara mahukan lelaki yang ada di hadapannya ini. Tidak kira walau bagaimanapun!

Inara melangkah laju ke arah lelaki itu.

Ershad memusing badan ke belakang. Terbuntang matanya apabila seorang perempuan berambut panjang ada di depan matanya. tudung perempuan itu sudah tercampak entah ke mana. Mata Ershad dipejam rapat cuba menghilangkan apa yang dia tengok.

I want you baby..."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.