Home Novel Cinta Suamiku Hati Batu
Suamiku Hati Batu
Mecxira
28/8/2020 12:58:52
6,563
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Naura tersenyum manis. Hati benar-benar terpaut dengan lelaki yang ada beberapa meter dengannya. Masakan tidak, lelaki itu begitu handsome dalam 
memakai baju pengantin.

Warna kulit yang putih mulus dipadankan pula dengan baju pengantin yang sama warna dengan kulit. Lagilah nampak si 
Edward itu handsome!

Mata statik tengok ke arah lelaki yang akan menjadi bakal suamiku. Dilihat tangan sasa itu telah menyambut huluran tangan tok kadi dengan raut 
wajah yang tenang. Muka lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa perasaan atau reaksi.

Hanya membeku saja. Tangan tok kadi dan Edward berjabat antara satu sama lain dan terus saja akad nikah dilafazkan.

"Tengku Naail Edward Evan Bin Tengku Arshad..."

"Saya..."

"Aku nikah akan dikau dengan  Nur Naura Neelophar Binti Yusuf berwakil walikan aku, dengan mas kahwinnya enam ribu ringgit, tunai."

" Aku terima nikahnya Nur Naura Neelophar Binti Yusuf, dengan mas kahwinnya enam ribu ringgit, tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah..."

Seraya kedengaran pujian syukur ke hadrat Ilahi usai terzahirnya ucap ijab dan kabul. Dan tanpa sedar ada mutiara halus yang 
berjuraian di pipi Naura.

Jelas bahawa aku dan lelaki itu sudah sah sebagai suami isteri. 
Kini, perasaanku bercampur baur. Memang perasaan aku gembira tika ini tapi pada masa yang sama, aku berfikir benarkah tindakan aku mengahwini sepupuku ini? Sayangkah lelaki itu padanya? Sedangkan hanya dia yang beria pada lelaki itu.

Memikirkan itu saja sudah buat airmata aku turun lagi untuk kali kedua. Mahu dikesat airmata tetapi jari Edward yang mendahului.

Edward mengesat lembut airmataku dengan ibu jari lelaki itu. Terkedu Naura apabila sang suami mengesat airmatanya. Mata lelaki itu lembut menikam 
anak matanya membuahkan rasa berdebar pada dada Naura.

Mata Naura meneroka lama wajah kacak itu. Bermula dengan mata kelabu yang begitu mengancam apabila dipandang. Andai pandang lama mungkin wanita sudah jatuh cinta dengan mata itu.

Turun pula pada hidung tajam lelaki itu yang begitu runcing dan mancung ditambah pula dengan bibir lelaki itu yang begitu seksi. Dipadan pula dengan suara serak basah dari lelaki itu. Sungguh buat iman Naura tergugat!

" Salam dan cium tangan suami kamu tu, Naura." Ujar mamanya yang berada di sebelah Naura mematikan lamunan Naura.

Berbahang merah berona muka Naura apabila dia menyedari akan tindakan mengusha suami sendiri. Mata menatap reaksi lelaki itu tetapi hampeh apabila muka itu hanya kosong. Tiada reaksi.

Naura menunduk untuk bersalaman dengan suaminya. Dalam hati dia cuba untuk hilangkan rasa berdebar yang makin sakan dirasai.

Selepas Naura mengangkat kepalanya , Edward dengan penuh syahdu mencium dahi isterinya.

Setiap perlakuan mereka telah dirakam oleh photographer 
yang telah diupah.

Selepas upacara pembatalan air sembahyang, pasangan pengantin diminta untuk ke meja makan pengantin yang disediakan.

Begitu mewah majlis perkahwinan Edward dan Naura tetapi sayang sekali, apabila Edward hanya berwajah beku sahaja sepanjang majlis perkahwinan mereka.

Tiada langsung senyuman yang terkutik di bibir itu. Begitu menyedihkan bagai seorang isteri yang bernama Naura. Naura menyendeng rapat dengan sang suami.

Tangan disulamkan bersama. Tak ada istilah malu bagi Naura. Naura memang dah lama sayangkan Edward cuma lelaki itu yang tiada perasaan. Orang goda pun buat muka kosong macam tu. Ceh!

" Abang... Tak nak minum ke? Makan ke?" lenggok manja Naura mengeluarkan suara.

Naura pandang lama muka kacak suaminya itu. Macam mana Naura tak jatuh cinta dengan Edward kalau raut wajah lelaki itu begitu kacak dimatanya?

Walaupun membeku je memanjang tapi sayangnya pada lelaki itu tak pernah hilang. Dari kecil sampai dewasa.

" Aku boleh ambil sendiri kalau aku nak."

Edward cuba merungkaikan tangan yang dipegang oleh Naura tetapi pegangan itu terlalu kejap membuatkan tangannya statik ada dalam genggaman tangan halus itu. Edward mendengus geram.

Do you love me Edward?" mata berkaca Naura pandang lama mata milik Edward.

Edward melarikan matanya daripada pandang mata Naura. Naura sedaya upaya menahan airmata daripada mengalir. Lagipun tetamu masih ada yang hadir. Takut nanti apa pulak yang difikirkan oleh mereka semua kalau dia menangis.

Nope."

Direct!

Lelaki itu dengan mudah mengatakan perasaan sendiri padanya. Remuk hati Naura akan pengakuan lelaki itu. Andai betul lelaki itu tidak suka padanya tapi kenapa lelaki itu sanggup setuju akan permintaannya mahu mengahwininya?

Listen Naura."

Kini lelaki itu betul-betul berpusing menghadapnya. Mata saling bersambung antara satu sama lain.

Mata berkaca Naura dipandang kosong oleh Edward. Kedengaran keluhan dari lelaki itu apabila airmata Naura setitis keluar dari pipi itu.

" Perkahwinan ni hanya secebis kertas. Bila-bila masa boleh koyak dan hilang. This is your request, right? Want to marry me. You should know what happens when you marry me. Aku nak kau buang semua perasaan sayang dan cinta dekat aku sebab aku takkan sesekali sayang dan cintakan kau. kau tak boleh ada apa-apa perasaan pada aku. Faham?" tegas suara lelaki itu buat airmata Naura makin laju menitis di pipi. Rasa tak kuat untuk dengar semua luahan sang suami.

Naura tersenyum. Airmata sendiri dikesat lembut. Tangan naik menyentuh wajah sang suami. Sebelum tangan itu mengusap lembut pipi Edward dengan mata yang berkaca.

Panas serasa bawah mata. Muka berbahang panas seperti mahu mengeluarkan esakan yang kuat tetapi pantas ditahan sebaik mungkin.

" Saya sayang awak Edward walaupun apapun yang terjadi. Saya takkan buang sayang dan cinta saya pada awak. Saya akan dapatkan hati awak. I promise I will make you fall in love with me, Edward..."

Mata Edward tajam memanah pada wajah sembab Naura. Pandangan pelik tetamu yang hadir melihat akan aksi pengantin sejoli itu dibiarkan saja. Tangan Naura yang sedang enak mengusap pipinya direntap kasar.

" Aku cabar kau buat aku jatuh cinta"

Terkutik senyuman penuh sinis pada bibir Edward. Langkah Edward dirapatkan dengan sang isteri. Kepala dibawa dekat dengan telinga sang isteri.

"I guarantee, I will not fall in love with you!" bisik lelaki itu keras tepat di tepi telinga Naura.

Seusai menghabiskan kata, terus Edward melarikan diri keluar dari dewan itu. Langkah lelaki itu dipandang lama oleh Naura sehinggalah bayang lelaki itu hilang. Tumpah airmata dari mata Naura akan perbuatan sang suami.

I know this 'thing' will happen if I marry you, Edward. But you must know one thing. Which is ... I love you. I love you Edward." bisik Naura lembut.

Naura memegang lembut kepalanya. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Semua benda nampak dua.

Terkerdip-kerdip mata Naura menahan rasa pening kepala. Tak lama, tubuhnya sudah rebah ke bawah.

Semua manusia menggerumuni Naura. Naura celikkan sedikit mata. Kelihatan raut wajah Edward begitu risaukannya. Naura tersenyum. Mungkin itu hanya mimpi...

Tubuh dirasakan melayang. Naura menutup matanya. Benarkah apa yang dia lihat? Edward mencempung tubuhnya?

" Edward..." gumam Naura perlahan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.