Home Novel Cinta MALU MENGAKU CINTA?
MALU MENGAKU CINTA?
Aira eddy
17/11/2015 16:09:09
13,288
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 13

BAB 13

Sedari tadi Ayu Zafirah mengunci diri di dalam bilik. Emir Furqan masih di ruang tamu, berbual bersama bapa mertuanya.

“Kenapa Ibu tak keluar tadi Pa?” Soal Emir bersahaja. Air yang disediakan oleh pembantu rumah diminum.

“Tadi dah bawak turun, entah tiba-tiba dia macam tak selesa. Tu yang Papa bawak naik atas semula.” Balas Dato Ilias. Emir hanya menggangguk. Isterinya sedari tadi tidak kelihatan. Setelah akad nikah, Ayu Zafirah terus naik ke atas.

“Nah amik ni.” Ucap Dato Ilias lagi bersama kunci yang dihulur di atas meja. Emir memandang pelik.

“Apa ni Pa?” Soal Emir. Kunci di atas meja di ambil.

“Jangan harap dapat masuk kalau kunci ni tak da. Papa pun kadang-kadang pening tengok anak Papa tu. Keras kepala.” Balas Dato Ilias. Emir tergelak. Macam-macam bermain difikrannya.

“Yeke Pa? ketuk banyak kali dia tak kan bukak?” Soal Emir lagi. Dato Ilias mengangguk.

“Pegilah try kalau nak. Papa pun nak tengok Ibu ni. Esok jelah kamu jumpa Ibu ye.” Balas Dato Ilias. Giliran Emir pula menggangguk. Dato Ilias sudah bergerak menuju ke tingkat dua wings sebelah kanan. Bilik Ayu Zafirah wings sebelah kiri.

“Kunci bilik dah dapat, sekarang ni nak cari kunci hati pulak” Ucap Emir sendirian. Kakinya turut melangkah meniti anak tangga. Emir berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik Ayu Zafirah. Ketukan demi ketukan dilakukan sekadar menguji kebenaran Dato Ilias. Betul! Memang tidak dibuka. Jam ditangan dikerling. ‘Baru pukul 9 malam’ Bicara hatinya. Emir memberanikan diri membuka pintu bilik isterinya.

“Allah!” Bilik penuh dengan baju yang berselerak. Sofa yang ada di dalam bilik juga penuh dengan baju-baju yang tidak di basuh. Senyap-senyap Emir masuk ke dalam bilik Ayu Zafirah tapi masih tidak kelihatan tuan punya badan. Emir mengalihkan sedikit baju di atas sofa dan duduk di atasnya. Ayu Zafirah keluar dari bilik air. Matanya ternampak satu makhluk yang duduk di atas sofa biliknya.

“Hoi!” Jerit Ayu Zafirah. Fuhh! Drama bermula dalam hidup Emir Furqan. Macam biasa senyuman diberikan pada Ayu Zafirah.

“Assalamulaikum” Salam diberikan pada Ayu Zafirah.

“Kau buat apa dalam bilik aku ni! Keluar dari sini, mata sepet ada hati nak nikah dengan aku! Dah ceraikan aku. Menyemak dalam bilik aku buat apa!” Jerit Ayu Zafirah kuat. Emir tersenyum lagi. ‘Saat isteri kurang akal, suami harus bersabar’ akal mengingatkan hati Emir.

“Ayu dah solat?’’ Soal Emir. Soalan bertubi-tubi Ayu tidak dijawab. Ayu Zafirah mendengus geram. Pandangan tajam diberikan pada suaminya. Tangan disilang dipinggang.

“Kau pandang muka aku ni! Ada muka suka dekat kau ke? Aku lagi rela jadi janda sekarang ni. Dah kau tak payah nak buat baik dengan aku. Kau keluar dari bilik ni!” Sambung Amarah Ayu Zafirah. Lantas badannya direbahkan di atas katil yang bersebelahan sofa. Emir hanya mampu berdoa, supaya hati isterinya dilembutkan. Kaki diberanikan melangkah ke birai katil Ayu Zafirah. Isterinya dipandang.

“Aku tak paham dengan kau ni? Punya banyak perempuan kat luar sana, dengan aku jugak yang kau nak? Kau tak ada otak ke? Otak kau dah tak berfungsi! Oh waits, sebab aku orang kaya, tu sebab kau terkejarkan aku!” Sambung Ayu Zafirah pedas. Suaminya yang berdiri di birai katil dipandang. Seperti biasa Emir Furqan memberikan senyuman pada isterinya.

“Apa yang abang faham sekarang ni, abang dah pun menjadi seorang suami pada gadis cantik yang bernama Ayu Zafirah. Cantik keningnya. Comel pipinya. Halus bibirnya. Ikal rambutnya. Semua tu tiada cacat cela, tidak ada kurang satu pun. Cuma..” Balas Emir tak habis.

‘’Apa! Kau nak cakap aku perempuan jijik sebab selalu keluar dengan jantan? Haah memang! So ceraikan aku! Aku tak perlukan pujian dari kau!” Bentak Ayu Zafirah lagi.

“Bukan tu. Cuma sekarang ni, hati isteri abang kurang kasih sayang, kurang perhatian dan kurang rasa cinta. Boleh abang cuba untuk mengisi kekurangan dalam hati Ayu” Balas Emir lembut.

“Argh!!! Diam.Diam. Diam. Geli aku dengar dah sekarang aku nak tidur. Kau tak layak tidur sini. Aku geli nak tengok muka kau!” Marah Ayu Zafirah lagi. Emir masih bersabar. Nafas ditarik panjang. Rilex baru first day. Firkirnya.

“Habis, tempat yang paling layak untuk abang dekat mana? Carpet? Sofa?” Soal Emir. Tidak mahu mengganggu ketenterman isterinya lagi. Ye! Banyak dia harus bersabar.

“Carpet aku tu pun kau tak layak nak sentuh guna hujung jari kau! Kalau kau nak sangat tidur dalam bilik ni, kau tidur dalam bilik air sana. Aku tak nak tengok muka kau. Bilik air tu pun kira baik aku bagi kau tempat! Dah jangan kacau aku! Aku nak tidur.” Balas Ayu Zafirah kasar. Lantas selimut dinaikkan ke atas kepala. Emir terpinga-pinga.

“Selalunya dalam drama tidur sofa, ni kena tidur bilik air?” Bisik Emir senidiran. Tu drama Emir. Ni reality! Hish kau ni pun!. Emir keluar semula dari bilik dan mengambil beg bajunya yang diletakkan di bilik tetamu lantas masuk semula ke dalam bilik Ayu Zafirah. Kain pelekat dikeluarkan. Bantal di atas sofa di ambil dan terus meluru masuk ke dalam bilik air.

“Besar jugak bilik air ni. Macam hotel. Siap ada bathtup” bicara Emir sendirian. Langsir bathtup diselak, percikan air yang bersisa di dalam bathtup dilap menggunakan kain yang tersedia di atas rak. Emir membentangkan kain pelekat dan bantal di dalamnya. Kaki mula melangkah masuk. Emir tergelak kecil. Tak pernah terlintas dalam kepala otak kena tidur dalam bilik air. Emir.. Emir.. kenapalah kau ni baik sangat.

……………………………………

Ayu Zafirah mengeliat, lantas telefon yang terletak di bawah bantal di ambil. 4 pagi. Ayu Zafirah bangun dari katilnya lantas seluarnya dibuka dan hanya berbaju tidur paras peha. Lupa agaknya dia dah kahwin. Pantas bilik airnya dibuka dan duduk di atas tandas duduk. Lupa bahawa ada manusia yang sedang tidur disebalik langsir bath tup. Emir terdengar sesuatu, automatic matanya terbuka. Emir terduduk di dalam bath tup. Langsir bath tup diselak. Muka Ayu Zafirah yang mengantuk dipandangan.

Ayu Zafirah masih mamai. matanya yang masih belum jelas kelihatan ada manusia di hadapan di pejam dan dibuka berulang kali. Emir masih memandang.

“Argh!! Pervet! Kau buat apa dekat sini?” Soal Ayu Zafirah yang masih duduk di atas tandas duduk berhadapan dengan bath tup. Emir tidak mampu menghadam. Lantas langsir di tutup semula.

“Ayu yang suruh abang tidur sini” Balas Emir. Entah kenapa dada Emir berdegup kencang. Ayu Zafirah masih dengan maki hamunnya. Tuala yang tersedia di ambil dan dililit dipinggang. Ayu Zafirah membuka kasar tirai langsir di bath tup.

“Kau sengaja nak amik kesempatan dekat aku kan? Dah kau keluar sekarang ni. tidur atas sofa!” Balas Ayu geram. Lantas kakinya dihentak dan ingin keluar dari bilik air.

“Ayu.” Panggil Emir. Ayu menoleh. Mukanya masih masam.

“Kau nak apa lagi? Tak payah nak terima kasih kat aku!” Balas Ayu.

“Tak. Ayu dah terbangun ni, apa kata kita tahajud” Balas Emir bersama senyuman.

“Kalau kau nak kau buat sorang, aku nak tidur.” Balas Ayu bersahaja, lantas keluar dari bilik air. Emir terus mengambil wudhuk dan keluar dari bilik. Ayu sudah merebahkan diri di atas katil. Sejadah dibentang. Emir mengangkat takbir. Mata Ayu yang terpejam tidak dapat terlelap semula. Perasaan geram bercampur dengan satu perasaan aneh menyelubungi diri. Sabar jelah Emir…

………………………………….

Tangan Hanna Tasneem menghempap dada bidang Syamil Izzani tanpa sengaja. Lantas mata Syamil terbuka. Saat ingin mengalihkan tangan, Syamil terpandang muka Hanna yang sedang tidur mengiring. Dadanya berdegup kencang lagi. Seperti ada tarikan magnet yang menarik bibirnya ke arah muka Hanna Tasneem.

“Allah!” Syamil terjerit kecil. Badan terus dibangunkan dan berdiri di sebelah katil. Tiba-tiba buat bumping dekat tepi katil tu. Muka Hanna Tasneem tidak dipandang. Peluh sudah jatuh berjuaraian. Jam di dinding baru pukul 5 pagi. Tersedar awal pulak si Syamil ni. Hanna tersedar bila terdengar suara orang mengira, mata mencari kelibat suaminya.

“Abang buat apa ni?” Soal Aneem bila melihat Syamil bumping bersebelahan katil. Syamil terkejut lantas terpusing dan terbaring di lantai. Muka Hanna dipandang lagi. “Astaghfirullah” lantas Syamil bumping semula. Hanna memandang pelik.

“Abang kenapa senam pagi-pagi ni? Abang ok tak?” Soal Aneem lagi.

“Ok-ok, abang lupa harini ada checkup. So kena buat exercise sikit.” Balas Syamil tipu. Hanna hanya menggangguk. Kakinya diturunkan di atas katil dan pergi bersebelahan Syamil.

“Sini biar Aneem teman abang” Balas Aneem seraya membuat bumping disebelah suaminya. Makin tak karuan Syamil Izzani. Langkah dipercepat sehingga dia kehabisan tenaga. Lantas badan direbahkan dan menghadap syiling. Peluh jangan cerita banyaknya. Aneem turut menghalakan pandangan ke syiling.

“Abang.” Panggil Aneem. “Hmm” Balas Syamil.

“Dah dekat sebulan lebih kita kahwin, abang ada rasa apa-apa?” Soal Aneem polos. Syamil masih menghalakan pandangan ke syiling. Aneem masih disebelah dan berbuat perkara yang sama. Jantung Syamil berdegup kencang lagi. ‘Ini ke cinta’ Soal hatinya yang masih belum pasti.

“Abang belum ada jawapan. Aneem?” Soal Syamil pula.

“Entah.” Balas Aneem sepatah. Perbulan mereka terhenti bila mendengar azan subuh dari telefon Syamil Izzani. Masing – masing bangun dari lantai. Aneem terus meluru ke bilik air. Langkah Aneem hanya di pandang oleh Syamil Izzani. Kepalanya digaru berkali-kali. Argh! Sterss tengok dua ekor ni!

……………………..

Hanna Tasneem dan Syamil Izzani menuruni anak tangga di cafenya. Pekerja Syamil masing-masing sibuk membuat kerja.

“Pergh bang! Handsome gila pekerja abang. Asal tak pernah cakap pun ada pekerja handsome macam ni?” Jerit Aneem sedikit kuat. Semua pekerja terdiam kaku. Langkah Syamil terberhenti. Cengkerik lalu sekejap.

“Asal senyap? Hahaha. Nama awak sapa?” Soal Aneem pada Danial. “Oh hai. Danial” Balas Danial ringkas. Syami sudah turun menghampiri Aneem yang duduk berhadapan cashier. Kelihatan Aaron tercari-cari sesuatu.

“Eh awak cari apa tu?” Soal Aneem pula. “Eh, tak da apa lah Puan.” Balas Aaron kalut. Sengihan diberi.

“Weh Fariq, semalam kau letak mop dekat mana?” Soal Aaron.

“Oh cari mop ke? Ni ada dekat sebelah ni, amik je. Saya bagi pinjam.” Balas Aneem sseraya menunjukkan tangan nya pada Syamil Izzani. Masing-masing senyap semula bila Aneem selamba berkata Syamil Izzani batang mop. Syamil masih menghadap telefon di tangan. Belum sempat hadam apa yang dibicarakan Aneem.

“Asal senyap balik ni? Tak lawak ea? Selalu macam lawak.” Balas Aneem lagi. Pekerja yang lain takut nak buat reaksi muka. Tak pasal-pasal mengamuk Syamil Izzani. Aaron pula pantas kebelakang mencari batang mop sebenar. Yang lain sudah merah muka menahan ketawa.

“Dah jom Aneem.” Ajak Syamil pada isterinya. Aneem hanya membuntuti langkah suaminya keluar dari café dan masuk ke dalam kereta.

“Abang. Aneem nak try couple lah.” Ucap Aneem tiba-tiba. Syamil memandang pelik isterinya.

“Apa Aneem cakap? Couple? Kenapa pulak?” Soal Syamil tidak puas hati. Aneem tersengih.

“Entah, tengok Qilah couple macam best. So macam nak try.” Balas Aneem lagi. Suka hati je nak cakap macam tu! Hoi laki kau tu nak campak mana? Muka Syamil Izzani berkerut.

“Tapi kan Aneem dah kahwin. Kenapa nak couple pulak?” Soal Syamil lagi. Kereta sudah dipandu keluar dari perkarangan café.

“Abang jeles ke ni? Aneem bukan nak kahwin pun dengan diorang. Aneem nak try je.” Sambung Hanna Tasneem. Syamil senyap seketika. ‘Wait! Aku cemburu? Mustahil.’

“Kalau dapat couple dengan Danial tu pun best jugak bang. Handsome. Aneem suka.” Sambung Aneem. Zup! Jantung Syamil berdegup kencang. ‘Aneem cakap dia suka Danial!’ Bicara hati Syamil. Kereta sudah masuk ke perkarangan Kolej Melati. Aneem masih belum turun lagi. Masih menunggu jawapan Syamil.

“Bila Aneem tengok Danial dengan tengok Abang sapa yang Aneem lagi suka?” Soal Syamil. Matanya dihalakan pada mata Aneem. Aneem memberikan senyuman.

“Kalau Aneem cakap Danial? Apa abang rasa?” Soal Aneem. Syamil terdiam tidak menjawab. Jantungnya berdegup kencang. Tangan kanan Syamil ditarik Aneem dan di salam.

“Kalau abang dah dapat jawapan, nanti abang bagitahu dengan Aneem. Aneem keluar dulu. Assalamualaikum” Balas Aneem bersahaja dan meninggalkan Syamil yang masih terpinga-pinga. Telefon Syamil berbunyi saat Syamil tengah menghadam ayat Hanna Tasneem. Telefon di angkat.

“Encik Syamil Izzani bin Syahdan?” Soal si pemanggil

“Ye saya.” Balas Syamil ringkas.

Lama mereka berbual. Setelah itu Syamil mematikan talian. Keretanya mendesup laju keluar dari perkarangan Kolej Melati.

………………………………

Kereta meluncur laju ke Syarikat Pembinaan JJ. Syamil Izzani turun dari kereta dan naik ke tingkat dua bangunan 10 tingkat itu. Kedatangan Syamil di sambut seorang wanita muda yang merupakan setiausaha Dato Jamil. Wait? Dato Jamil? Atok Hanna? Syamil masuk ke dalam pejabat setelah di arah masuk. Dato Jamil duduk menghadap belakang. Derapan kaki manusia yang masuk ke pejabatnya membuatkan dia membuat satu pusingan pada kerusinya. Lantas senyuman diberikan pada Syamil.

“Assalamualaikum” Ucap Dato Jamil.

“Waalaikumsalam” Balas Syamil ringkas.

“Tahu tujuan saya suruh kamu datang kemari.” Tanya Dato Jamil. Syamil hanya menggeleng.

“Tahu saya siapa?” Soal Dato Jamil lagi. Syamil menggeleng.

“Saya Dato Jamil. Atok Hanna Tasneem.” Balas Dato Jamil ringkas. Ada riak terkejut di muka Syamil. Kenapa pulak Atok yang buang Hanna dulu nak jumpa Syamil.

“Boleh saya tahu kenapa Dato nak jumpa saya?” Soal Syamil.

“Kau nak tahu tak! Musnah semua rancangan aku sebab kau!” Marah Dato Jamil tiba-tiba. Syamil terkejut dengan perubahan Dato Jamil. Tak pasal-pasal nak marah. Syamil berusaha untuk sabar. Masih teguh berdiri di hadapan meja Dato Jamil. Dah lah tak pelawa duduk!

“Aku tunggu umur Hanna Tasneem 24 tahun sebab aku nak dia habis belajar lepastu aku nak nikahkan dia dengan calon pilihan aku! Yang kau sesuka hati nikah dengan cucu aku tu buat apa?” Marah Dato Jamil lagi. Syamil bertambah pelik. Masih tidak faham dengan situasi yang dia alami.

“Tapi saya dapat izin dari atok Alib. Dan pernikahan saya dengan Hanna Tasneem bukan atas paksaan sesiapa. Kami yang sukarela nak bernikah.” Balas Syamil berani. Dato Jamil mendengus geram.

“Alib tu apa tahu? Tak kan aku nak serah satu-satunya cucu aku pada lelaki yang tak ada masa depan macam kau! Setakat buat café yang entah bila-bila boleh bankrupt!” BAlas Dato Jamil sinis.

“Dato tak da hak nak campur urusan rumah tangga saya. Hanna Tasneem dah menjadi tanggungjawab saya.” Balas Syamil sedikit tegas. Geram bila Dato Jamil menghina kerjanya.

“Apa jaminan kau yang cucu aku boleh bahagia?” Soal Dato Jamil lagi.

“Maaf Dato’ saya rasa Dato tak patut campur urusan rumahtangga saya. Setahu saya Dato dah buang Hanna Tasneem dulu. Kenapa ssekarang Dato nak cari dia balik? Kalau Hanna tahu perkara ni, dia mesti benci dengan Dato’’ Balas Syamil selamba. Berubah wajah Dato Jamil.

“Dia cucu aku! Aku berhak buat apa yang aku suka.” Balas Dato Jamil geram. Giliran Syamil pula ketawa sinis.

“Hmmhh! Dan saya suami dia, orang yang paling berhak nak buat keputusan untuk Hanna Tasneem.” Balas Syamil.

“Aha! Kau cakap kau berhak buat keputusan untuk Hanna Tasneem? Kau tak sedar yang bapak kau tu dulu bermadu. Dan aku tengok muka kau ni sedikit pun tak memberi jaminan apa – apa pada cucu aku!” Balas Dato Jamil. Merah muka Syamil menahan geram. Entah bila Dato Jamil membuat background check ke atas dirinya.

“Daripada kau ikut jejak langkah bapak kau, baik kau lepaskan cucu aku sekarang!” Sambung Dato Jamil. Syamil menggenggam penumbuk. Nak je ditumbuk muka tua Dato Jamil. Dadanya berombak laju.

‘’Saya tak kan lepaskan Hanna Tasneem walau apa pun terjadi!” Marah Syamil.

“Apa jaminan yang kau tak kan nikah lagi satu!” Marah Dato Jamil pula. Syamil berusaha untuk sabar. Ayat di atur dalam kepala.

“Ok! Kalau Dato nak sangat jaminan. Sekiranya saya melafazkan akad nikah untuk kali kedua bersama dengan orang lain maka jatuhlah talak pada Hanna Tasneem binti Haidhar!” Marah Syamil Izzani serta berlalu keluar dengan geram. Dato Jamil ketawa jahat. Tangannya ditepuk berkali-kali. Otak memikir strategi. Kini hidup Hanna Tasneem pula yang dijadikan taruhan. Tak pasal-pasal Syamil Izzani telah menjatuhkan lafaz taklik pada Hanna Tasneem. Argh!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.