Home Novel Cinta Aku, Dia dan Justin
Aku, Dia dan Justin
Aaliya Adni
17/4/2019 01:01:57
64,032
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
LIMA

Makin lama makin kerap Pak Zaki bertemu dengan Normala. Kadang kala Pak Zaki datang bertamu di rumah mereka sampai petang.

Harraz agak pelik dengan Pak Zaki. Cakap pasal agama macam lebai-lebai. Tapi ada kala dia ternampak Pak Zaki curi-curi menggatal dengan ibunya ketika bertamu petang-petang. Ada perasaan kurang senang di hati Harraz, apa tah lagi dia sudah meningkat dewasa dan belajar tentang hukum hakam agama. Apa pun Pak Zaki seorang yang sangat mesra dengan jiran sekeliling. Pernah kucing jiran tersangkut di pokok, Pak Zaki sanggup memanjat dan membantu tanpa perlu dia memanggil bomba.

Pak Zaki selalu menawarkan diri untuk membuat kerja-kerja mengemas kawasan semak di keliling rumah kecil mereka. Apa tah lagi jiran seorang nyonya yang tinggal bersendirian dengan beberapa ekor kucing. Manakala jiran rumah di kiri tidak ada penyewa atau kosong sejak beberapa lama.

Dalam tak selesa dengan Pak Zaki, Harraz bersyukur apabila melihat prihatin Pak Zaki dalam menjaga kebajikan keluarga mereka. Ada ketika dia tidak dapat mengambil Sonia kerana banyak aktiviti di sekolah dan membuat kerja sekolah, Pak Zaki selalu ada menawar diri untuk membantu. Paling utama, Pak Zaki dapat melindungi Normala dari serangan ayah mereka, Harith yang kaki baran itu.

Akhirnya, Normala mengambil keputusan untuk bernikah dengan Pak Zaki apabila melihat sikap budiman Pak Zaki terhadap anak-anaknya. Dan demi untuk mengelak diganggu bekas suaminya Harith. Tak sampai tiga bulan berkenalan, Pak Zaki akhirnya menjadi bapa tiri sah untuk Sonia dan Harraz. Lega Harraz kerana sepanjang Pak Zaki dan ibunya bercouple, dia menunggu masa sahaja mahu bersuara jika keadaan semakin parah.



"Syukurlah Zaki, dapat anak segera..." tegur seorang lelaki ketika Harraz dan Sonia makan di khemah pengantin. "Kenapa tak makan sekali dengan ibu kau orang?"

Harraz terkebil-kebil memandang ke arah empunya suara itu. Majlis perkahwinan ibu mereka tidaklah sebesar mana dan dibuat di bawah ruang parking rumah flat sahaja, tetapi mereka berkenalan dengan ramai orang yang kini bakal jadi sebahagian daripada keluarga mereka. Normala sedang makan bersuap dengan Zaki di meja pengantin.

"Haih jangan malu lah kita kan sekarang dah jadi saudara mara...ini Pak cik Zakwan..." sampuk seorang wanita yang dikenali Harraz sebagai ibu kepada Pak Zaki, namanya Zakiah.

"Ha ah Zakwan Zakaria. Adik bongsu ayah baru kamu," jelas Zakwan.

"Dia belajar di Amerika, sebab tu kau orang tak pernah jumpa dia...hehehe..." tersengih bangga Zakiah.

"Kau belajar tingkatan berapa?" tanya Zakwan kepada Harraz.

"Tingkatan 5, sekolah dekat sini," kata Harraz. "Ini adik saya Nia, dia sekolah taska."

"Hmmm... jauh gap nye ye..." Zakwan mengira-ngira.

"Begitulah," jawab Harraz perlahan sambil tersenyum demi menjaga hati sendiri. Dia tak faham juga mengapa setiap kali perkara itu disebut, reaksi yang sama muncul. Yang pasti dia tahu betapa peritnya kehidupan mereka berkeluarga berantakan dan sebagai anak sulung dia memendam banyak kepiluan. "Pak Zakwan belajar apa di Amerika?"

"Aerospace...abang aku cakap mak kau cakap kau budak bijak kan, tentu tak ada masalah...dapat biasiswa sambung belajar nanti..." kata Zakwan memberi inspirasi.

Zakiah mencekak pinggang, memandang wajah anak kebanggaannya.

"Jom, kita makan-makan..kat meja sana... mujurlah jadi juga sekurangnya ada juga yang menjaga Zaki nanti..." kata Zakiah kepada Zakwan menolak belakang anak kesayangannya itu ke arah meja makan yang terletak dekat pengantin.

"Dia orang ni macam mana?" tanya Zakwan.

Zakiah berkata sesuatu perlahan ke telinga Zakwan, sambil menjeling ke arah Harraz dan adiknya.

Entah mengapa, dalam kemeriahan itu Harraz rasa dia dan adiknya terasing dan tidak begitu dikehendaki di situ...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.