Home Novel Cinta Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Seindah Jacaranda ( Jacaranda 2.0)
Aaliya Adni
5/12/2018 00:03:56
236,952
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 6

Musim Gugur, 1994

Perjalanan ke University New South Wales mengambil masa setengah jam. Sudah setahun berlalu. Arissa sudah berjaya melanjutkan pelajarannya ke University yang baik. Dia dapat mencapai skor yang tinggi dan mampu memilih universiti yang dikehendakinya. Kini dia sudah sah menjadi mahasiswa di Universiti New South Wales. Sebagaimana impiannya semasa di bangku sekolah. Inilah menara gadingnya. Di sini suasana baru. Dulu dia terperuk dalam asrama. Kini dia rasa bebas seperti burung baru lepas sarang. Jika di tanah air dia kerap merasa malu untuk keluar berjalan sendirian, di sini dia tidak rasa demikian. Kalau di kiri-kanan jalan semasa di Malaysia,dia kerap mendapat siulan lelaki nakal. Kini dia rasa bebas kerana tiada yang duduk di tepi jalan mengganggunya.

        Hariitu dia mengenakan sepasang t-shirt lengan pendek berwarna pirus dengan jeans berwarna biru pudar. Sejak berada di Sydney dia semakin pandai bereksperimen dan menghias diri. Walaupun tidak membeli barangan mahal kerana ketiadaan wang untuk berbelanja sesuka hati, dia rajin mencari pakaian ketika jualan murah di gedung-gedung terkemuka di kota itu. Dan sememangnya itu sajalah jeans yang kerap dikenakannya berselang dengan tiga pasang seluar lain untuk memudahkan pergerakannya. Sempoi. Jarang-jarang dia mengenakan baju kurung kerana dia kerap berkejar ke sana ke mari. Rambut ikalnya diikat rapi dengan ‘french plait’ yang menyerlah pesona wajahnya. Dia mengerling ke arah jam di lengannya menunjukkan lagi lima minit jam 11.00 pagi. Mata bundarnya memerhatikan perhentian bas, takut-takut tersilap menekan loceng. Walaupun sudah beberapa kali ke tempat itu, dia tetap merasa sedikit gementar bila hampir sampai untuk turun. 

         Apabila ternampak dari jauh bangunan berwarna perang diperbuat daripada“sand stone” tersergam di kejauhan dia berdiri cepat-cepat sambil memerhatikan jalan yang sedang dilalui bas itu.

Dia membunyikan loceng dan melangkah turun dari bas sambil bergegas ke dewankuliah. Sebaik sampai dia sempat menoleh ke arah beberapa orang pelajar Melayu yang sedang duduk di rumput di tepi bangunan itu. Memang menjadi kelazimanpelajar-pelajar di universiti itu untuk melepak di atas rumput hijau di sekitar universiti sementara menanti waktu kuliah seterusnya tiba. Matanya terlihat kelibat Ashraf dan Daniel serta beberapa orang pemuda kaukasian sedang bersantai. Entah mengapa hatinya berdegup kencang lagi.

      “Arghh,dia lagi? “ fikirnya. “Mamat gedik tu..!”

       Langkahnya disegerakan dan dia pura-pura tidak perasan mereka di situ. Memang dia pernah juga terlihat kelibat Ashraf, begitu juga Daniel di perkumpulan pelajar Malaysia, tetapi dia mengelak berbual dengan mereka terutamanya Ashraf dan mengelak daripada terpaksa berinteraksi dengannya. Pertamanya, apabila dia terpandangkan Ashraf dia tidak dapat melupakan perasaan malu bercampur bengangnya ketika dibalai ketibaan di lapangan terbang tempoh hari. Dan kedua, dia mendapat gambaran yang lelaki itu jenis yang gemar mempermainkan perempuan.

 

 

 

Cuba kau tengok kat sana,” Daniel menguis bahu Ashraf. Ashrafmenoleh, mencari apa yang menarik perhatian Daniel.  

       Perbualanmereka terhenti. Kelibat Arissa seperti dalam slowmotion. Mata Ashraf mengekorijejak dan lenggok gadis itu. Penuh asyik. Dia menikmati pemandangan itu tanpaberkata apa-apa. Gadis itu sedang bergegas menapak ke arah dewan kuliah utama.Mesti dah terlewat lah agaknya tu sampai tercungap-cungap, fikir Ashraf.

      “Gadisyang baju biru tu? …” dia pura-pura tak perihatin. Tidak mahu menampakkanketerujaan melihat gadis cantik itu. “Siapa dia?”

      “Eh,kau tak ingat atau buat-buat-buat tak ingat? Itu budak yang kautebarkan spender nya kat airport last year?? Kau seriouslydah tak ingat??”

      Seperti tidak pernah perasan kehadiran pelajar itu. Dia berkata seolah-olah tidak teringat langsung kejadian tempoh hari.

     “Kan ke dia jugalah budak yang dapat best student matrikulasi. Score hampir semua grade cemerlang untuk UAI scorenya. Sekarang dah masuk first year engineering course.. jangan main-main bro.. dah boleh lepas buat medic..tapi dia ambil aeronautical engine...hebat!!..”

      Mata Ashraf tidak lepas dari memandang Arissa sehingga gadis itu hilang dari pandangannya.

     “Well.,not bad. " 

     Daniel tersenyum. “Not bad?” balasnya. “Bukan hot ke!”

    “Well,actually…bolehla…dalam kategori cantik kampung. Tak urban,” kata Ashrafmemberi komen percuma. “dan kalut sangat…”

      Daniel mengangkat bahu sambil mengalihkan pandangannya semula ke arah wajah Ashraf.

     “Kau masih tak lupa rupanya..” kata Daniel, mengenang kisah pertama kali mereka bertemu dengan Arissa. Dia agak terkejut apabila Ashraf menyebut perkataan terakhir itu.

      “Tobe frank, Daniel..I don’t forget.” Jelas Ashraf.“Kau tak berminat nak try ke?”

    “Entah,aku memang tak bersedia untuk bercouple,” kata Daniel. “Dengan sesiapapun. Lainlah kau, beratur jodoh. Hmm.. tapi aku yakin kalau kau tackleArissa sekarang ni pun belum tentu dapat.”

     “Manakau tahu?”

     “Dah banyak senior nak cuba himpit, aku dengar...”

      Ashraf terdiam sejenak. Kagum seketika memikirkan Daniel ambil tahu.

     “Tak apalah...Nak buat apa pun. Aku sekarang tengah mengenali hati budi Humaira...”kata Ashraf.

      “Baguslah.Setia juga kau dengan dia. Tapi, rasanya dalam tahun lepas kau sibuk kenal hatibudi Fatihah? Dan juga Irdina?”

     “Ehh…bukannya aku pasang sekali dua bro…!!”

     “Oh ye ke..” Daniel menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Aku tak lupalah hari Fatihah dengan Irdina tunggu kau kat Hyde Park..”

    “Hahahahaaa..ohh kes tu..” Ashraf ketawa terbahak-bahak. “Manalah aku tahu dia orang nakjumpa aku di tempat yang sama…”

    “Haaa.Memanglah tak. Sebab masa tu kau tengah sibuk melayan gelagat Humaira naksambut birthday berbarbeque di tepi tasik?.. Kan?”

    Ashraf hanya senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

    “It is all a mix up..aku tak pernah pun commit apa-apa dengan diaorang.”

    “Ye?Kau ingat bila kau janji nak keluar dengan dia orang, apa niat dia orang? Kaubagi dia orang harapan…”

     “Aku rasa dia orang pun baru nak kenal dengan aku. Mustahil dengan satu outing dia orang anggap aku ni dah terus jadi bakal suami? Get real!!”

    “Itu pendapat engkau. Dia orang perempuan lah.. kau tak ada adik ke. Cubakau tanya dia orang sikit.”

   “Ahh..kau tak ingat ke, adik beradik aku, Cuma aku dengan Haikal saja…dua-dua lelakilah.”kataAshraf. “Lagipun kau ingat kahwin tu senang ke?”

    “Tak.Aku tak rasa senang. Sebab tu aku tak ada girlfriend.” Balas Daniel. “Akupula belum bersedia nak commit. Dan aku tak sedia nak menempuh alam barumacam tu..”

    “Akupun macam kau juga...apa lagi dengan Humaira..” katanya tiba-tiba. “Aku dalamproses mengenal hati budi Humaira. Bak kata orang, kita kena kenal betul-betul denganorang yang kita nak nikahi...betul tak?”

“Apalagi yang kau tak kenal Humaira tu?” balas Daniel. “Setiap manusia ni dijadikanberbeza dan tak sempurna, Raff... Kalau kau cari..cari..cari sampai bila punkau tak akan jumpa kesempurnaan…pasti nanti akan bertemu dengan kekurangan dimana-mana…”

Ashraftidak menjawab.

“Buatmasa ini, dia layan aku dengan baik,” jelas Ashraf. ”Tapi… kadangkala aku bosandengan kerenah dia. Kadang-kadang macam budak kecil..”

Danielpula membisu. Dah mula lah tu, fikirnya.

“Raff,your life is your own.. tapi aku sebagai kawan karib kau.. aku tak mahukau dipandang serong..”

    “Aku tak kisah Daniel...itu bukan perkara baru..”

    “Tetapi..entahlah..”dengusDaniel. “Aku tak faham dan tak mungkin faham dengan cara kau biarpun aku dahkenal kau hampir seluruh hidup aku ni..”

     “Tak sukar. Aku mahukan seorang perempuan… bukan yang hanya merupai perempuan…kaupernah tengok cerita Musang Berjanggut?”

      Daniel tertawa.

    “Kalau macam tu, kau bawa beras dan periuk aluminium. Suruh calon-calon kau tu masak nasi…tanpa letrik”

Mereka tertawa bersama-sama. Betapa mustahilnya.

     “Anyway Daniel, aku, pencinta yang setia bro..dalam berpasangan aku memang setia..ok?”

     “Aku doakan kau nikah saja dengan dia.”

    “Terlalu awal,“kata Ashraf lagi. “Dia pun tak sedia lagi,” katanya. “Dia kata we are too young for it.

     Keadaan senyap seketika. Daniel merenung jauh.

    “Kaupercaya tentang apa yang dikatakan macam magik?” tiba-tiba Ashraf memecahkan keheningan itu.

    “Entahlah..aku ni bakal doktor… bukan artis atau orang seni...”

    “Aku percaya, bila saja kita bertemu dengan sidia nanti…kau akan percaya dengan apa yang aku katakan sebagai magik ini.. “ Ashraf meneruskan.

“Maksud kau, kau masih belum merasa magik tu dengan Humaira?”

“Itulah maksud aku… ia datang seperti sesuatu yang abstrak…”

“Kau dengan jiwa seni kau..” Daniel menggeleng kepalanya. “Bukan itu hanya satu alasan mudah untuk lepaskan diri?”

“Lepaskan diri daripada apa? Dia sendiri tak mahu terikat?”

Mereka berdua tertawa lagi.

“Ada senior yang komplen dah tak boleh nak lepak lama kat rumah budak girls matriks tu, tak sampai pukul10.00 malam saja dia dah halau balik” kata Daniel menukar topik. Sebahagian daripada pelajar yang dihantar ke sana telah ditempatkan di sekolah dan menetap di kolej. Manakala Arissa dan rakannya telah ditempatkan di perumahan di kawasan suburbia yang berdekatan dengan sekolah mereka.

“Siapa yang halau?”

“Budak tadi tu lah..” balas Daniel.

“Sapa?Aisyah?”

“Bukan Aisyah.. Arissa. Arissa Haris“

 “Yea..yea.. Arissa Haris… “ dia menyebut nama itu dengan teliti seperti ada sesuatu yang sangat istimewa pada nama itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.