Home Novel Cinta Jon Aragorn
Jon Aragorn
Ann Hann
3/1/2021 17:08:50
29,124
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Kalau begitu apa yang susah sangat?” aku berbisik dan menekan semua perkataan-perkataan itu sambil mendekatkan separuh badanku ke arah Jon. Dia betul-betul buat aku geram.

“Aku nak buat kerja-kerja fotografi tapi ayah aku mahu aku gantikan dia di Aragorn Tower,” jawabnya dengan berat hati.

“Baguslah, itu akan buat kau nampak normal dan percayalah cakap aku ni, lepas kau jadi CEO secara rasmi, kau boleh dapatkan siapa saja perempuan-perempuan cantik di dunia ni, yang kau suka.”

“Aku tak kata yang aku tolak tawaran tu, tapi ada kerja lain yang aku kena buat dan kau saja yang boleh tolong aku.” Jon kelihatan terdesak.

“Dengan jadi kekasih palsu?”

“Ya. Ayah aku fikir dengan adanya kekasih, aku akan jadi orang yang lebih bertanggungjawab.”

Cis! Kata-kata dari bekas seorang pembuli bukan sesuatu yang boleh dipakai dalam kebanyakan hal.

“Tolonglah, lepas berjaya yakinkan ayah aku, perjanjian kita… akan tamat,” desak Jon sambil dia memegang gelas dengan kedua belah tangannya.

“Berapa lama aku kena menyamar?”

“Err… mungkin setahun atau enam bulan, sampai aku berjaya yakinkan mereka.”

“Kenapa kau tak cari saja teman wanita kau. Yang betul-betul teman wanita, mana pergi semua kekasih kau dulu-dulu,” aku patut sedarkan dia pasal itu. Aku bukannya gadis sosial. Semua bekas rakan sekelas tahu macam mana aku hidup dalam kawalan ayahku dulu.

“Aku tak pernah ada teman wanita,  aku pun tak tahu di mana mereka, kau seorang saja yang aku ada sekarang ni,” jawabnya tanpa berselindung.

Aku merenung Jon. Mata kami saling bertentangan. Dia cuba mengukir senyuman dari bibir nipisnya. Itulah senyuman yang paling aku tak boleh lupakan, senyuman dari bibir yang selalu dihabiskan dengan merokok di bawah pokok epal sambil menunggu aku muncul membawa buku notanya yang sudah aku siapkan. Kerja-kerja yang tidak ada upah, hanya pembulian semata-mata. Memori itu masuk menyerbu ke dalam ingatanku bagai dejavu yang paling tidak aku inginkan dalam banyaknya kenanganku sewaktu sekolah tinggi. 

Jon Aragorn akan diterbitkan dengan tajuk Jon and The Sign Of Love sempena pbakl 2022

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.