Daripada penulis Antara Mawar dan Kaktus (Portal Ilham Karangkraf)
Bab 4
“Assalamualaikum….” Tengku
Iskandar memberi salam seusai tangannya menekan loceng rumah Tuan Hamidi.
“Waalaikumussalammm…”Kedengaran
suara dari dalam rumah.
Pinta utama dibuka.
“Eh, Is… Alhamdulillah… Dah sampai
pun…” Kedua-dua sahabat berjabat tangan dan berpelukan.
“Berdua sahaja ke?”tanya Tuan
Hamidi sebaik sahaja hanya melihat kelibat Tengku Aisyah dan Tengku Iskandar di
hadapannya.
“Bertiga… Muaz, ke stesen minyak
sekejap…”
“Owhh…”
“Laa…. Kenapa berborak di luar tu…
Masuklah,” tegur Cik Puan Hanim.
“Hanim… Kamu sihat?” Tengku Aisyah
menerpa ke arah Cik Puan Hanim. Mereka bersalaman dan berpelukan.
“Alhamdulillah… Sihat... Kamu sihat
ke Aisyah?” Cik Puan Hanim melihat wajah
Tengku Aisyah.
“Alhamdulillah…”
Sejurus selepas itu mereka ketawa
bersama.
Perlahan-lahan kaki mereka
berempat menuju ke ruang tamu.
“Ke mana anak-anak kamu Hanim?
Sunyi sahaja rumah?”tanya Tengku Iskandar.
“Laila, ada dekat dapur tu…”
“Rajin, Laila...” Tengku Aishah
memuji.
“Alhamdulillah… Bolehlah
diharap,”kata Cik Puan Hanim.
“Orangnya pun manis…”
Tuan Hamidi dan Cik Puan Hanim
hanya tersenyum mendengar ada yang
memuji buah hati mereka berdua.
“Duduklah dulu… Saya ke dapur,
ambilkan air…”
Beberapa minit kemudian, Cik Puan
Hanim kembali ke ruang tamu bersama air teh hijau bersama sedikit makanan
ringan.
“Hanim, Luthfia ke mana? Tak ada
nampak pun… Setiap kali saya datang mesti dia tidak ada di rumah.”
“Aaah… Dah lama saya tak nampak
Luthfia. Rasanya dah dekat 10 tahun tak nampak dia,”sampuk Tengku Iskandar.
“Luthfia…” Tuan Hamidi dan Cik
Puan Hanim saling berpandangan. Wajah yang ceria sebentar tadi, bertukar suram.
“Kenapa dengan Luthfia?”tanya
Tengku Aishah sebaik sahaja melihat riak wajah sahabat yang sudah bertukar
muram.
“Saya tak tahu apa nak jadi dengan
Luthfia. Berbeza benar dia dengan
Laila.”
“Maksud kamu?”tanya Tengku
Iskandar.
Tuan Hamidi memandang Cik Puan
Hanim.
“Luthfia… Dia ni degil, keras
kepala, panas baran. Solat pun susah… Pergi parti sana-sini… Dah puas kami
nasihatkan dia. Tapi, langsung tidak diendahkannya.”
“Astaghfirullah al-Azim… Kenapa
boleh jadi macam tu Hamidi?”
Tuan Hamidi tidak berkata apa. Dia
diam membisu sambil menunjukkan riak wajah sedih.
“Kau mesti tolong aku, Iskandar…
Mungkin ketika dia kecil,aku terlalu manjakan dia. Sejak dia mengambil kursus
fesyen, pakaian dia semakin tak cukup kain! Terlalu mengikut fesyen barat.”
“Kau nak aku tolong macam mana?”
“Ikutlah macam mana pun. Asalkan
anak aku dapat berubah. Kembali ke pangkal jalan.”
“Aku pun tak pandai nak didik anak
perempuan ni… Maklumlah, aku ni tak ada anak perempuan. Tak ada rezeki…”
Tengku Aisyah memegang tangan
Tengku Iskandar. Menzahirkan hasrat mereka yang tidak kesampaian.
“Mungkin Muaz boleh tolong!”Tengku
Aishah memberikan idea.
“Muaz?” Tuan Hamidi menaikkan
keningnya. Terbayang dimata Tuan Hamidi akan penampilan anak teruna Tengku
Iskandar yang segak bergaya.
“Ya, Muaz… Betul tu, Aishah. Muaz
boleh tolong,”sokong Tengku Iskandar.
Cik Puan Hanim dan Tuan Hamidi
masih berteka-teki. Mana mungkin anak muda yang berpenampilan moden itu boleh
membantu Luthfia?
“Hamidi, aku ada idea!”
“Idea apa?”
“Kita jodohkan Luthfia dan
Muaz,”kata Tengku Iskandar bersungguh.
“Eh, tak boleh!! Aku tak setuju!”
“Kenapa pula… Anak aku tidak cukup
baikkah?”tanya Tengku Iskandar.
“Bukan… Tak sepadan dengan anak
kamu yang berpelajaran tinggi. Lagi pun, kamu berdua tidak pernah lihat
Luthfia. Perangai dia tu, pasti menyakitkan hati…”
“Sebab itulah kita kena jodohkan
Muaz dan Luthfia bersama. Nanti bolehlah Muaz ubahkan perangai Luthfia tu…”
“Nantilah aku fikirkan. Aku rasa
rancangan ini pasti tidak menjadi. Luthfia ini, bukan boleh dipaksa-paksa,”kata
Tuan Hamidi.
Laila terduduk dilantai sebaik
sahaja mendengar perbualan di ruang tamu. Dadanya terasa begitu sesak. Seakan
ada sesuatu yang menjerut. Air mata sudah mula berkolam.
“Kenapa Kak Fia yang mesti dapat
lebih? Kenapa nak jodohkan Muaz dengan Kak Fia? Kenapa bukan aku?” Laila
memeluk lututnya sambil menyandar di dinding. Air matanya sudah tidak dapat
diseka lagi. Laju mengalir di pipinya yang putih bersih.
“Ya Allah… Aku sukakan Muaz, Ya
Allah… Aku nak jadikan dia suami aku, Ya Allah… Aku berusaha menjadi lebih
baik, agar aku sesuai bergandingan dengan dia. Tapi, kenapa Kak Fia, Ya Allah…
Kenapa dia yang harus bersama dengan lelaki yang aku kasihi? Bukankah lelaki
yang baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya…” Laila menyeka air
matanya yang semakin laju mengalir.
“Kalau kau setuju, aku akan
aturkan perancangan untuk kamu,”kata Tengku Iskandar.
“Baiklah… Nanti aku fikirkan.”
***************************************************************
Solat Maghrib hari itu diimamkan
oleh Muaz. Sungguh merdu alunan ayat-ayat suci yang dibacakan Muaz. Seluruh isi
rumah Tuan Hamidi solat berjemaah bersama-sama kecuali Luthfia. Entah ke mana
Luthfia pergi hari itu. Sengaja dia tidak pulang awal sejurus diberitahu rumah
mereka akan dikunjungi tetamu melalui telefon.
Kini, Tuan Hamidi mengerti kenapa
Tengku Iskandar beria memberitahu bahawa anaknya Muaz mampu membantu Luthfia
kembali ke pangkal jalan. Tuan Hamidi memanjatkan rasa syukur di atas petunjuk
yang dikurniakan.
Tak sangka, anak muda yang
berkerjaya bagus ini mempunyai pegangan agama yang bagus. Penampilan hari-hari
biasanya tidaklah menunjukkan bahawa Muaz seorang yang warak. Namun, apabila
dia mengadap Allah, sungguh tertib dan menusuk jiwa. Alunan bacaan Al-quran
yang dibacanya dirasakan mampu menembus tangkai hati agar meruntuhkan tembok membangga
diri yang ada di dalam jiwa.
Laila dibelakang menyeka air
matanya. Dirasakan sayang untuk melepaskan lelaki ini kepada Luthfia.
“Ya Allah… Maafkan aku…
Jodohkanlah aku dengan Muaz, Ya Allah…” Laila memanjatkan doa didalam hati yang
terdalam.
Seusai bacaan doa dibacakan,
mereka bersalaman mengikut adat-adat yang digariskan Islam.
Tengku Aishah mencium dahi Laila.
Hatinya begitu sayang akan Laila. Maklumlah, dia tidak mempunyai anak
perempuan. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia jadikan Laila sebagai
menantunya. Namun, apakan daya mengikut cerita Tengku Iskandar, Muaz hanya
menganggap Laila sebagai anak muridnya.
Malam itu, mereka menjamu selera
dengan pelbagai lauk-pauk. Ada sahaja cerita yang diutarakan mereka. Riuh meja makan dengan
celoteh mereka. Mak Senah, Kak Sue dan Kak Sya sibuk melayani tetamu majikan
mereka. Sekejap ke dapur, sekejap ke ruang makan. Ada sahaja kerja yang
dilakukan.
“Kak Senah, dah-dahlah tu buat
kerja… Makanlah sekali dengan kami ni,”pelawa Cik Puan Hanim.
“Eh, tak apalah Cik Puan. Segan
kami nak makan bersama…”
“Apa nak segan pula… Penat-penat
masak, marilah makan,” kata Tuan Hamidi.
“Jom-jom… Banyak lagi lauk ni… Siapa
nak habiskan semua ni,” Tengku Iskandar menyampuk.
Pelahan-lahan ketiga-tiga orang
gaji Tuan Hamidi menarik kerusi untuk duduk bersama. Kak Sue dan Kak Sya sudah
tersipu-sipu malu memandang Muaz.
“Ya Allah… Kacaknya bila dia
senyum!” bagai nak pecah jantung Kak Sue dan Kak Sya menahan getar di hati.
Kagum Tengku Iskandar dengan
perwatakan sahabat karibnya ini. Tidak habis-habis merendah diri dan
menghormati orang bawahan. Tapi, kenapa Luthfia tidak mengikut perangai Tuan
Hamidi? Perkara ini, menghairankan Tengku Iskandar. Berbeza benar perangai
Laila dengan Luthfia. Kalau diikutkan cerita Tuan Hamidi, perangai Luthfia ini
memang parah.
“Kak Sueeee!!!!!” tiba-tiba ada
suara lantang memanggil. Habis terpelanting
sudu yang dipegang Kak Sue yang sejak dari tadi menggeletar menahan debar di
hati.
“Ya, Cik Muda!!!” sepantas kilat
Kak Sue bangun dari duduk di kerusi. Meja makan yang tadinya riuh bertukar
sunyi sepi. Kak Sue segera menapak ke arah Luthfia.
“Kak Sue!!! Kenapa lepaskan kucing
tu diluar???!! Kalau kena langgar macam mana?!” Lurus tangan Luthfia menunjuk.
“Tadi Laila… Err…” Kak Sue serba
salah untuk memberitahu bahawa Laila yang telah melepaskan kucing tersebut di
luar rumah.
“Laila apa?? Laila yang lepaskan?
Mana Laila?!” Tas tangannya dilemparkan ke sofa.Luthfia mula bercekak pinggang.
“Laila makan Cik Muda…”
“Lailaa!!!” Laju kaki Luthfia
melangkah ke ruang makan.
Semua mata yang ada di ruang meja
makan tertumpu pada Laila.
“Ya, Kak Fia…” jawab Laila
perlahan sambil matanya takut-takut memandang tetamu yang ada.
Langkah Luthfia mati di situ
sebaik sahaja melihat ada tamu di ruang meja makan. Dadanya turun naik
memandang Laila yang masih kaku di kerusi meja makan. Matanya merenung tajam ke
arah Laila.
Perlahan-lahan Tengku Muadzam
Majduddin berpaling ke arah Luthfia. Penampilan gadis itu tidak ubah seperti
gadis yang pernah dilihatnya di bahu jalan beberapa hari lepas.
“Ya, memang dia!” Muaz yakin.
Setelah sedar ramai mata yang
memandang dirinya, Luthfia mula berlalu dari situ lalu berlari naik ke atas.
“Arhhh!! Kenapa aku tak perasan
ada kereta orang lain dekat luar tu?
Kenapa aku tak ingat aku ada tetamu hari ni?! Siapa mereka tu?” Luthfia menekup
mukanya dengan bantal. Tidak dapat pula otaknya menyimpan imej rauk wajah
tetamu yang dilihatnya sebentar tadi. Menyesal tidak sudah dengan kelakuan
gelojohnya tadi.
*****************************************************
Seusai makan malam dan Solat Isyak,
mereka ke beranda rumah untuk makan buah-buahan.
“Iskandar, aku setuju dengan
cadangan kamu tadi…” Kelihatan Tuan Hamidi sudah tidak dapat menahan sebak di
dada.
“Betul ni?” Tengku Iskandar juga
terkejut dengan kehadiran Luthfia sebentar tadi. Patutlah Tuan Hamidi terpaksa
meminta pertolongannya.
“Muaz… Papa nak minta tolong pada
kamu boleh?”
Tengku Aishah menyentuh lembut
tangan Muaz. Memberi sedikit kekuatan untuk anak terunanya mendengar apa yang
ingin diluahkan suaminya.
“Apa dia, pa…” Muaz mengangkat
kedua belah keningnya.
“Papa nak, kamu kahwini Luthfia.”
Perlahan-lahan Tengku Iskandar menuturkan bicara.
Bagaikan sebuah halilintar memanah
ke gegendang telinga Laila saat ini. Hatinya seakan ditusuk dengan racun yang
berbisa. Pedih tidak terkata. Tangannya hebat menggeletar. Laila memaut kemas
kerusi yang didudukinya.
Muaz, seakan memikirkan sesuatu.
“Muaz, tolong anak pak cik Muaz…
Pak Cik tidak mahu dia terus berperangai buruk sebegitu…”
“Boleh pak cik… Tapi, dengan
beberapa syarat.”
“Syarat? Apa dia Muaz? Perkatakan
sahaja… Pak Cik akan ikut.”
“Kenapa Muaz setuju dengan
cadangan ini? Kenalkah Muaz dengan Kak Fia?” Laila berteka-teki sambil
mendengar perancangan yang bakal dibuat. Hampir 20 minit Laila menjadi
pendengar setia. Semakin banyak yang didengarinya, semakin rabak hatinya
terluka.
“Maafkan, Laila… Laila naik ke
atas dulu… Laila lupa ada tugasan kuliah yang perlu dibuat.”
Laila bersalaman dengan Tengku
Aishah.
“Laila ok tak ni?” tanya Tengku
Aishah sebaik sahaja memegang tangan Laila yang dirasakan sejuk dan
menggeletar.
“Ok… Laila sejuk dekat luar ni…”
Laila menarik lengan baju menutupi jari jemarinya.
Muaz memandang Laila. Saat ini,
mata mereka bertembung. Entah kenapa, laju sahaja mutiara jernih jatuh dari
birai mata Laila. Laila memalingkan muka
dari terus memandang Muaz.
“Kenapa dengan Laila?”fikir Muaz.
“Laila masuk dulu…” Laila mengatur
langkah meninggalkan beranda rumah.
Esakannya cuba disembunyikan dengan menutup mulutnya dengan lengan baju
panjangnya.
“Ya Allah… kuatkan hati aku.
Kuatkan hati aku, Ya Allah,”rintih Laila sementara lif laju bergerak
meninggalkan tingkat bawah.