Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,536
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

"Assalamualaikum semua,macam yang kamu semua sedia maklum hari ini akan ada ahli baru yang akan sertai kita.Saya pun pelik macam mana berita ni boleh tersebar cepat sangat".Kata Prof Nisa setelah meletakkan beg tangannya diatas meja.


Hanya hilai tawa kedengaran.


"Baiklah saya pun tak nak cakap banyak.Awak boleh masuk sekarang".Arah Prof Nisa seraya itu seorang jejaka mula melangkah memasuki dewan kuliah ini.


Rata-rata mahasiswi mula berteriak melihat kekacakan jejaka ini.Kononnya 'cair' dengan kekacakan lelaki itu.


"Bisingnya,menyampah betul aku".Bisik Eriqa perlahan.Aku hanya mampu tergelak perlahan mendengar rintihan tersebut.


"Nama saya Imran Eiden.Boleh panggil Imran."Ujarnya lalu mengukirkan senyuman.


"Baiklah Imran,awak boleh duduk sebelah Eiman."Kata Prof Nisa sambil menunjukkan ke arah tempat duduk Eiman.


"Kita teruskan dengan pembetangan daripada Eriqa dan Eiman.Pasangan double 'E' kita.Silakan".Usik Prof Nisa lalu membuka ruang bagi mereka memulakan pembetangan tersebut.


Sempat aku membisikkan perkataan 'romantik' pada Eriqa.Baru saja hendak mencubit lenganku cepat saja Prof Nisa memanggilnya.


                         *****

"Comella awak dengan Eiman tadi."Usikku riang.Seronok betul tengok Eriqa malu.


"Kau ni memang nak kena tumbuk dengan aku ka?"Soalnya tegas.Nasib baikla hanya tinggal beberapa orang sahaja.Tidakla rasa malu sangat.


"Bukan berani pun".Usikku lagi.


"Kau ni kan."Belum sempat Eriqa menghabiskan ayatnya,satu suara datang menyapa kami.


"Assalamualaikum"Sapa Eiman bersama Imran disebelahnya.Baru sebut dah ada depan mata!


"Waalaikumsalam"Jawab aku dan Eriqa serentak.


"Eriqa dengan Lara jom kita pergi makan sekali nak tak?"Soal Eiman lalu memandang ke arah kami berdua.


"Saya ok saja."Jawabku pantas.Orang nak belanja takkan nak tolak pula kan?


"Eriqa?Jom la.Anggap sebagai tanda kejayaan pembentangan kita tadi."Pujuk Eiman lagi.


"Jom la Eriqa."Ajakku pula.Eriqa memandangku seketika sebelum memberi kata putus.


"Haih,jomla.Tapi,makan saja."Jawab Eriqa.


"Janji,kita makan saja".Ujar Eima lalu mengangkat jari kelingkingnya.Hanya jelingan diberikan oleh Eriqa.


Setelah tiba di kafeteria,Eiman mula membuka suara.


"Untuk mempercepatkan urusan makan,kita akan berpecah.Maklumlah orang tu suruh kita cepatkan."Perli Eiman seraya tersenyum.Eriqa hanya menyepi tanpa membalas apa-apa.


"Imran dengan Lara pergi beli makan.Aku dengan Eriqa pergi jaga tempat.Selamat membeli."Kata Eiman sebelum menarik beg sandang Eriqa untuk membututinya.


Tanpa berkata apa-apa,Imran terlebih dahulu meninggalkan aku dibelakang.


"Lajunya awak jalan".Kataku setelah mula beratur dibahagian minuman manakala Imran dibahagian makanan.Tak jauh pun,sebelah-sebelah saja.


"Kau tu jalan lembap sangat."Jawabnya tanpa memandang aku.Poyo!


"Bukan salah saya,baju kurung ni yang labuh sangat."Baju pemberian arwah mama itu kupandang.


"Habis kau nak suruh aku buat apa?Dengan cermin mata petak,tudung bulat.Haih,ada lagi manusia macam kau ni.Ingatkan dah pupus"Kutuknya bertubi-tubi.Mamat ni memang dah melamau.Dia fikir dia siapa nak kutuk aku macam tu!


"Awak pun apa kurangnya.Kasut putih dah macam kasut sekolah rendah.Rambut terangkat.Nak sinsing lengan baju tapi tak reti sampai kedut dah lengan baju tu".Kutuk aku semula.Ada hati nak cari pasal,padan muka!


"Eh kau jaga sikit mulut tu.Ni gaya terkini kau tahu apa.Dasar Nerd"Katanya lagi.


"Pakaian awak ni dah macam apek jual ikan dekat pasar tu.Apek tu kacak lagi daripada awak".Perliku semula.


"Diam la kau.Bising ja".Katanya seraya menjelingku.Tahu takut.Puas hati aku!


Kami terus beratur menunggu makanan yang dipesan.Panjang sangat barisan hari ini.


                        *****

Kerusi disebelah Eriqa ditarik oleh Eiman.Namun sempat Eriqa meletakkan begnya di kerusi tersebut.


"Angkatla beg awak ni."Arah Eiman.


"Siapa bagi kebenaran kau duduk sebelah aku?"Soal Eriqa lalu mengangkat sebelah keningnya.


Tanpa sebarang kata Eiman terus mengambil tempat dihadapan Eriqa.Namun sempat pula Eriqa menendang kerusi tersebut.


"Siapa bagi kebenaran kau duduk depan aku?"Soal Eriqa lagi.


"Sebelah tak boleh,depan tak boleh.Habistu nak duduk dekat mana?Atas lantai?"Soal Eiman geram.


"Atas lantai pun boleh juga.Duduk bersila ketika makan lebih afdhal."Kata Eriqa lalu mengeluarkan telefon pintarnya.


Dengan kepaksaan Eiman mengambil tempat duduknya dihadapan Lara.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen