Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,524
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4
Sedang aku ralit mengemas barangku,satu suara datang menyapaku di dewan kuliah ini.


"Assalamualaikum"Sapa suara tersebut yang membuatku mengangkat kepala melihat wajahnya.


Alangkah terkejutnya diriku bila gerangan dihadapanku ini ialah senior ku sendiri.


"Waalaikumsalam abang Emir."Jawabku.


"Lara seorang saja?Eriqa mana?"Soalnya padaku seraya mengambil tempat disebelahku.


"Eriqa pergi tandas.Abang Emir buat apa dekat sini?"Kataku seraya bertanya.


"Saja".Jawabnya selamba.


"Lara ingat tak macam mana kita berjumpa waktu mula-mula dulu?"Soalnya setelah hampir 5 minit masing-masing menyepi.


"Mestilah ingat.Memalukan betul.Macam manala saya boleh terlanggar abang waktu tu."Luahku lalu mengundang tawa jejaka tersebut.Dialah satu-satunya yang panggil aku dengan panggilan nama pertama.Lara.Katanya nama itu sangat sepadan dengan wajahku yang ayu.Bukan puji diri sendiri,tapi orang yang cakap!


Pertemuan yang bermula dengan insiden memalukan akhirnya membuka laluan pengenalan buat diri kami.Dah macam cerita drama melayu pukul 7 dah!


Terlanggar,kenal-kenal,bercinta.Drama sangat!


"Mula-mula abang ingat nak marah Lara waktu tu.Ya la,umur dah 18 tahun tapi perangai macam 8 tahun."Katanya seraya ketawa.Untuk menghilangkan rasa malu yang teramat tebal sekarang,aku turut tertawa bersama.


"Tapi,bila tengok muka Lara tiba-tiba saja perasaan marah tu hilang.Abang pun tak tahu kenapa.Abang ingatkan tu kali terakhir kita jumpa,rupa-rupanya salah.Berkali-kali juga kita jumpa dan akhirnya kita jadi rapat."Ujarnya lagi.Aku hanya diam mendengar kata-katanya itu.


"Dan sampailah sekarang kita jadi rapat.Abang harap kita akan terus rapat walaupun abang dah keluar dari universiti."Pesannya lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu.Entah kenapa aku rasa seperti akan ada sesuatu yang akan berlaku.Dan kenapa Eriqa pergi tandas lama sangat!


"Abang nak keluar universiti sebab dah habis belajar.Abang jangan risau,nama Emir Mustaqim akan sentiasa ada dalam fikiran Lara."Ujarku seraya mengukirkan senyuman.


"Lara ada kelas petang tak hari ini?"Soalnya tiba-tiba.


"Tak"Jawabku ringkas.


"Bagus,pukul 4 abang ambik Lara dekat dorm.Abang nak bawa Lara keluar.Boleh?"Soalnya sopan.


"Pergi mana?"Soalku hairan.


"Itu rahsia.Lara jangan risau,ajakla Eriqa pergi sekali.Abang ambik Lara.Bye,assalamualaikum"Pesannya sebelum pantas meninggalkanku bersendirian.


Tiba-tiba,telefonku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.


From:Eriqa bae

'Jumpa kau dekat vanding manchine biasa'


Bertuah punya kawan,orang tunggu dia punya lama dekat sini boleh pula dia tunggu kita dekat tempat lain.Nasib baik sayang!


Mesej itu ku biarkan tak berbalas,aku terus membuka langkah ke tempat yang dipinta.


"Eriqa".Panggilku apabila melihat dirinya yang mahu bergerak ke tempat lain.


"Ha El.Jom pergi makan aku lapar la"Katanya lalu menarik lenganku bersama.


"Lama betul awak pergi tandas"Kataku sambil berjalan menuju ke kafeteria.


"Hehe,sakit perut"Jawabnya seraya membuat mimik muka comel tak berapa nak comel.


"Ya la tu sakit perut."Sindirku lalu menjelingnya.Jeling manja saja.


Baru saja hendak menyuapkan nasi ke dalam mulutku,satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefonku.


From:Abang Luq

'Assalamualaikum adik abang sibuk ka?'


Baru ku sedar dah nak masuk 2 minggu aku tidak berhubung dengan abang kadungku itu.Maklumlah,waktu peperiksaan jarang ada masa untuk memegang telefon.


Me: 'Tak sibuk pun,baru nak makan'


Abang Luq: 'Dah pukul 2 baru nak makan tengah hari?'


Me:' Ya,tadi Lia ada kelas'


Abang Luq: 'Dah pergi makan.Jaga solat,jaga kesihatan.Abang rindu Lia,jaga diri tau'


Baru sahaja aku hendak membalasnya,Eriqa terlebih dahulu berkata.


"Sebenarnya aku nampak kau dengan abang Emir tadi."Katanya senada.


"Dia cakap apa dekat kau?"Soalnya pula.


"Dia ajak saya keluar petang ni"Jawabku lalu memandangnya.Mesej abangku dibiarkan tidak berbalas,nanti-nantilah balas.Sekarang ada benda yang perlu diketahuikun


"Dia suruh ajak awak sekali."Ujarku apabila Eriqa mula menyepi.


"Pukul berapa keluar?"Soal Eriqa lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.Dia ni nampak saja kecik,tapi kalau makan macam tak pernah makan setahun.Lapar saja kerjanya.


"4"Jawabku ringkas.


"Aku tak boleh ikut la.Aku tak siap lagi pemebentangan untuk esok."Katanya lalu membuat mimik muka 'maaf'.


"Ala,jom la.Takkan saya nak keluar berdua ja dengan dia"Pujukku lagi.


"Tak boleh la.Kau nak tengok aku kena marah dengan prof nisa ka?"Kata Eriqa pula.


"Kalau macam tu saya tak nak pergila".Ujarku pada Eriqa.


"Eh kau jangan mengada.Dah ada orang ajak pergi ja la.Mungkin dia ada benda nak beritahu kau."Kata Eriqa seraya minum air sirap miliknya.


"Benda apa dia nak cakap?"Soalku hairan.Rasanya tadi dah cukup masa dia luahkan semuanya.


"Eh kau ni.Aku ni Eriqa Syazani tau bukan Emir Mustaqim.Yang kau tanya aku ni kenapa?Macam la aku boleh baca fikiran dia tu"Terang Eriqa berjela.Penat betul dengar dia ni membebel.


"Pergi la.Esok dah hari terakhir dia dekat sini.Lepasni,mesti dah jarang jumpa."Pesan Eriqa lagi.


"Tengok dulu la".Entah kenapa berat pula diri ini nak pergi.Rasa dia lain macam.Memang susah nak ungkapkan.


Aku terus menyuapkan makanan setelah selesai membaca doa.


Fikiran tentang Emir kulupakan seketika.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen