Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
58,371
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 21

LAJU Dani Zairie memandu kereta Toyota Altis miliknya menuju ke arah pejabat. Dia memandu dengan kadar hadlaju 120km/jam di Lebuhraya. Namun,dia terpaksa memperlahankan kadar kelajuan tatkala melalui laluan jalanutama. Trafik yang begitu sesak menyebabkan dia lewat sampai pejabat.

Dia mengerling jam tangan jenama Pierre Cardin di pergelangan tangan. Jarum jam sudah menunjukkan tepat 8.30 pagi. Setengah jam dia terlewat.

“Selamat pagi bos,” ucap penyambut tetamu syarikat itu.

Gadis bertudung litup itu baru saja memulakan tugas hari ini. Sesiapa sahaja yang lalu di hadapannya pasti menerima ucapan yang sama.

“Err… you ni?” soal Dani Zairie terpinga-pinga.

Langkahnya terhenti. Dia masih keliru dengan kewujudan penyambut tetamu baru itu. Bila masa pulak minah ni muncul? Ah! Pedulikan dia. Ada aku kisah? Berkerut dahinya berfikir.

“Saya staf baru, Maya Maria,” pintas Maya Maria.

Pantas gadis itu memperkenalkan diri. Tidak memberi kesempatan untuk Dani Zairie menyoal siasat lebih lanjut lagi.

“Oh, ya? Selamat datang ke syarikat kami,” balas Dani Zairie mendatar.

Sekadar mengalu-alukan kedatangan kakitangan baru syarikat itu. Dia menjeling gadis itu seketika. Seperti tidak berminat untuk berbual lebih lama. Dia terus berlalu.

‘Hmm… handsome mamat ni.Alamak! Muka macam pelakon Korea, Lee Min Ho la…’ gumam Maya Maria dalam hati.

Maya Maria merenung Dani Zairie. Terpesona melihat wajah kacak lelaki itu. Matanya terus mengekori tubuh lelaki kacak itu hingga hilang dari pandangan. Jantungnya berdegup kencang. Jiwanya meronta-ronta ingin sekali mendekati lelaki itu. Obses benar dia melihat lelaki kacak berkulit putih itu.

‘Ah! Kalaulah mamat handsome tu aku punya, alangkah bahagianya aku,’ bisik Maya Maria dalam hati. Debaran di dada benar-benar terasa.

‘Gulp!’ Perlahan-lahan Maya Maria menelan liurnya. Dia terus memasang angan-angan. Ingin sekali bergandingan dengan lelaki berwajah kacak itu. Pasti hebat dipandangan mata sesiapa sahaja.

‘Huh! Tengoklah nanti, aku akan pastikan mamat tu jatuh tersungkur atas riba aku.Baru dia tau siapa aku. Ini akulah, Maya Maria!’ Bisikan syaitan sayup-sayup kedengaran di celah corong telinga Maya Maria.

 “Hello, bro!” ungkap Dani Zairie.

Dia memberhentikan langkah tatkala melalui hadapan bilik Allan Tan. Hasrat untuk terus menuju ke biliknya terhenti seketika. Sudah lama dia tidak berborak dengan sahabat baiknya itu.Seharian dia sibuk melaksanakan rutin kerjanya. Menyiapkan tugasan kerja dan menghadiri mesyuarat mengikut jadual yang ditetapkan. Itu belum lagi temu janji dengan klien-klien.Mana cukup masa? Sedangkan jarum jam bergerak begitu laju ke hadapan meninggalkannya. Terkial-kial dia mengejar masa.

Hello, my bro! Amacam pengantin baru?” balas Allan Tan begitu teruja. Dia mendongak tatkala Dani Zairie sudah berdiri di hadapan mejanya.

Ha, ha, ha always okay, ma. I feel good! Tenenenet! Tenenenet! So good! So good! So good! Yeah!

Dani Zairie ketawa besar. Dia menyanyi riang sambil menari mengikut rentak lagu.Kegembiraan dan kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya. Betapa bahagia hidupnya di sisi bidadari hati. 

Wow! That’s great. So bila mau belanja? Having dinner together, ka?” Tersengih lebar Allan Tan melihat gelagat sahabatnya itu. Seperti kerang busuk dia menyengih.

Hoho! Anytime. No problem. I’ll set appointment with my princess,balas Dani Zairie sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Allan Tan. Dia terus menyilang dan menggoyang-goyang kaki perlahan.

“Hah! Makan punya pasal. Perut I rasa lapar lorh. Tonight should be okay, ka?”

Meleretsenyuman Allan Tan.Kedua-dua keningnya terangkat. Barangkali masih menanti jawapan daripada Dani Zairie. Mereka saling berpandangan seketika. 

Hmm… why not? I’ll arrange with Eyda later.”

“That’s good. Adoi! I really feel so hungry.”

Berkerut dahi Allan Tan menahan lapar. Dia mengusap-usap perlahan perutnya yang mula berkeroncong itu.

“Eh, bro! Itu receptionist bila join company? Baru nampak hari ni?” soal Dani Zairie sambil mengenyitkan mata.

Oh! That lady ka? Baru saja. Dia replace Qaseh Juweeta, lorh,balas Allan Tan. Terus memuncungkan bibir menghala ke arah lobi pejabat.

Oh, I see…” Terangguk-angguk Dani Zairie mengiakan kata-kata Allan Tan.

Ops bro! Just want to remind you. She’s married already. So don’t ever touch her, okay!” jelas Allan Tan. Seperti memberi amaran keras sahaja lagaknya.

Risau benar dia. Apa tidaknya, dia memang cukup memahami perangai hidung belang sahabatnya itu. Bagai sudah ada trademark yang terletak cantik di hidungnya itu.

Oh! Okay, okay. Don’t worry. I’ll surrender,” balas Dani Zairie sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Tanda menyerah kalah.

Terkebil-kebil dia memandang Allan Tan. Beberapa minit kemudian dia mengalih pandangan.Dari kejauhan dia merenung gadis penyambut tetamu yang berada di ruang legar lobi pejabat. Entah apa persoalan yang berselirat di mindanya? Hanya dia yang dapat membaca apa yang terkandung di dalam mindanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA