Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
58,563
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 6

DANIZairie menghempaskan punggungnya di kerusi. Perlahan-lahan dia menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangan. Konflik permasalahan yang berselirat terasamenjerut lehernya. Fikirannya benar-benar buntu. Fail-fail kerja yang bertimbunatas meja masih belum terusik. Tindanan kerja semakin menimbun semenjak diapulang daripada mengerjakan haji.

Emosidan konsentrasi Dani Zairie benar-benar terganggu. Fikiran yang berserabutmencengkam hati dan perasaan. Resah gelisah. Lantaran berpuluh-puluh panggilanke talian telefon bimbit Eyda Amanda langsung tidak berjawab.Aduh! Dia mengetuk dahi dengankedua-dua belah tangan yang digenggam.

Wajahkusut masai itu benar-benar menggambarkan betapa berselirat urat saraf dan selotak yang berhubung.

“Masihmerajukkah Eyda dengan aku?” Diaberteka-teki sendirian.

Inginsekali dia melutut memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan. Namun EydaAmanda masih diam membisu. Mungkin dia belum sudi memaafkan. Hakikatnya, hati yang luka berdarah masih belum pulih kembali.

DaniZairie sedar kekhilafan dirinya. Tapi sayang seribu kali sayang. Terlajakperahu boleh diundur,terlajak perbuatan buruk padahnya. Diaingin berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya lagi.AndaiEyda Amanda memaksa dia memutuskan hubungan dengan Qaseh Juweeta pun, pasti akan dituruti. Asalkan dia dapat memiliki kemesraandan kemanjaan Eyda Amanda seperti dulu. Wajah manis yang sentiasa mengukirsenyuman indah itu amat dirinduinya.

“Helo,sayang!”

TersentapDani Zairie seketika.Suaragedik manja yang begitu sinonim di ruang legar telinga mengejutkannya daripada lamunan gundah-gulana.

“Aduh! Lain yang diharapkan lain yang datang. Sakit kepala otakaku.” Dani Zairie merungut perlahan. Antara kedengaran dengan tidak suaranyamendatar.

“Sayang!Irindu you.” Pantas Qaseh Juweeta menerpa Dani Zairie.

 Pelukan manjanya begitu merimaskan DaniZairie. Segera ditepis. Dia menolak kasar tubuh Qaseh Juweeta. Hampir sahajadia tersungkur.

“Hei, you!Kenapatolak I?”Qaseh Juweeta mendengus kasar. Sakithatinya diperlakukan sebegitu.

“Huh!Tak ada apalah, Iletih dengankerenah you. Boleh tak kalau you jangan ganggu I. Faham?” tinggi nada suaraDani Zairie di sebalik keluhan berat.

Diatidak dapat menyembunyikan jiwa dan perasaan yang bergelodak menahan marah.Hatinya benar-benar sakit akibat kecurangan Qaseh Juweeta.

Diamenghela nafasnya panjang. Serentak itu,tangan Dani Zairie menepis jari-jemariQaseh Juweeta yang semakin ligat menari-nari di lehernya.

“Sayang!You ni kenapa? Nak tak nak je layan I? Dahlah tak call I langsung masakat Mekah hari tu.” Berjela rungutan QasehJuweeta.

Diamula bosan dengan sikap Dani Zairie yang tidak mengendahkannya langsung.

“Ipergi sana buat ibadah. Bukan suka-suka. Ada pulak masa I nak call you, huh?” buntang biji mata Dani Zairie memandang Qaseh Juweeta.Seperti mahu ditelan wanita itu.

Entahmengapa, dia semakin meluat dengan sikapgedik Qaseh Juweeta yang begitu obses.Manja dan mengada-ngada. Tidak kira dengan siapa. Sama saja layanannya terhadapmana-mana lelaki pun. Berbeza dengan peribadi Eyda Amanda yang memenuhi citarasa dan memiliki ciri-ciri gadis idamannya.       

“Amboi!Buat ibadah konon?Sudahlah Dani! I kenal siapa you! Itau you macam mana! Dah ready ke you nak bertaubat?” sindiran tajam Qaseh Juweeta bergemadi ruang legar telinga Dani Zairie.

“Hei! Bertaubat atau tak? Ituurusan I. You siapa nak judgebilamasa I nak bertaubat ke tak?” Terjegilbiji mata Dani Zairie memandang tepat anakmata Qaseh Juweeta. Seperti harimau mahu menerkam mangsareaksinya.

Meronamerah mukanya menahan marah. Mulut laser Qaseh Juweeta benar-benar menggores perasaan.Memang benar,mereka berdua sering tewas dengan godaan syaitan. Dani Zairie sendiri sentiasabergelumang dengan dosa. Namun kepulangannyadari Tanah Suci Mekah,sedikit sebanyak membuat dirinya insaf.Dia masih berusaha untuk memperbaikikekhilafan diri. Dia ingin menutup sejarah hitamnya bersama Qaseh Juweeta.Kisah hitam yang lalu membuatkan dia rasa bersalah terhadap Eyda Amanda.Batinnya meronta-ronta. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7_1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA