Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
58,373
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 5

PUAShati Qaseh Juweeta. Dendam dan sakit hati sudah terbalas. Demi cinta dan kasihterhadap Dani Zairie, dia sanggup berkorban apa saja. Seluruh tubuh dan jiwaraga sudah terkorban semata-mata untuk lelaki yang dicintai itu. Namun, adakah pengorbanannya itu berbaloi?Berkorban sampai terkorban? Akhirnyadia menggigit jari kerana Dani Zairie. Begitu tegar Dani Zairie mengkhianaticinta dan pengorbanannya.

Mengapaharus Dani Zairie mengikat tali pertunangan dengan gadis lain?

‘Gadispilihan orang tua? Ini zaman sekarang,bukan zaman dahulu. Dani Zairie memang kolot. Dengar cakap orang tua. Ikuttelunjuk orang tua. Macam lalang. Sanggup biarkan aku macam tu je. Dia ingataku apa? Ah! Sakitnya hati!’ BatinQaseh Juweeta menjerit sakit.  

Diamenghempas frame gambar ke lantai.Jatuh berderai serpihan kaca di penjuru ruang tamu. Saat-saat indahbersama Dani Zairie begitu mengusikjiwa dan kalbu. Gambar mereka berdua begitu mesra. Tapi sayang seribu kalisayang, segalanya tinggal kenangan. Yang nyata,kini Dani Zairie akan menjadi milik Eyda Amanda.

Lamadia merenung potret wajah Dani Zairie. Perlahan-lahandia mengambil kepingan gambar yang melayang-layang  ditiup angin sepoi-sepoi menerusi pintu kacagelongsor. Lantas dengan rakus dia merentap dan mengoyak lumat potret wajahDani Zairie itu. Andai Dani Zairie berada di hadapannya, mahu sahaja dia toreh-toreh wajah kacak yang digilainyaitu. Biar hancur. Biar puas hatinya.  

“Tidak!Tidak! Tidak! Aku takkan biarkan mereka berdua bahagia! Aku akan pastikanmereka menderita!” raung Qaseh Juweeta.    

Ringansungguh tangannya mencapai barang-barang kaca perhiasan yang tersusun di atasmeja. Lantas dia membaling dan mencampak sekuat tenaganya.

‘Prang!Berkecai kaca jatuh ke lantai. Begitulah berkecai hatinya.

Diatersenyum puas tatkala merenung serpihankacayang terburai itu. Dendam dan sakit hati membeku di dasar hati. Dia menghempastubuhnya ke atas sofa. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Ingin sekali diamelepaskan lelah buat seketika.

Belumpun sempat dia mencipta mimpi, tiba-tiba terasa jari-jemari menjalar dilehernya.Sangkanya Dani Zairie? Gembira bukankepalang rasanya.Ingin saja dia terus memeluk lelakiyang dicintai itu. Ah! Apakah semua ini hanya mimpi indah belaka? Bukankah DaniZairie masih berada di Tanah Suci Mekah?

Perlahan-lahandia membuka mata. Tersentap dadanya seketika. Wajah lelaki lain pula yangterpacul di hadapannya. Dia menenyeh-nenyeh matanya.

“Hei! Apa you buat kat sini?” Membuntangbiji mata Qaseh Juweeta. Terhambur soalan drastik dari bibirnya. 

“Apalagi? Cari buah hati I lah. Rindu…” selamba Afiq Rafi menjawab sambil menghenyakkan punggungdi sebelah Qaseh Juweeta.

“Macammana you boleh masuk?”soalQaseh Juweeta sambil membetulkan posisi duduknya.Dia terpinga-pinga. Serentak itu, tubuhnya tersandar di sudut sofa.

“Aik!You lupa ke? I ada simpan duplicate key.Siapa yang bayar apartment ni? I,kan?”jelas Afiq Rafi cuba mengembalikan memori ingatan QasehJuweeta.

Sepertiorang hilang ingatan tingkahlakunya.Geram dia melihat gelagat Qaseh Juweeta yang masih mamai itu. 

AfiqRafi sanggup berkorban apa saja demi cintanya terhadap Qaseh Juweeta. Tapisayang sekali, Qaseh Juweeta hanya ingin mengambilkesempatan dengan memperalatkan lelaki itu untuk kesenangannya semata-mata.Pisau cukur yang mengikis wang dan harta Afiq Rafi. Namun, cinta dan kasih sayang Qaseh Juweeta hanya untuk DaniZairie.

“Hmm… yalah.” Qaseh Juweeta mengeluh lemah. Akur atas kata-kataAfiq Rafi.

“Hei,sayang! Apasal berterabur kaca dan barang katatas lantai?” tanya Afiq Rafi apabila terlihat serpihan kaca dan barang-barangberselerakan. Seperti kejadian gempa bumi baru saja berlaku. Dia menggeleng.

“Isakit hati tau tak!” tinggi intonasi suara Qaseh Juweeta. Sengaja meluahkanrasa tidak puas hati. Tapi reaksinya tak ubah umpama marahkan nyamuk kelambudibakar. 

“Youmengamuk dengan siapa ni? Rasanya I tak buat salah dengan you?” soal Afiq Rafi terpinga-pinga.Mendatarnada suaranya.

Ringantangan Afiq Rafi mengutip dan mengumpul serpihan-serpihan kaca yang bertaburan.Bimbang pula andai Qaseh Juweeta terpijak serpihan kaca itu. Sayang sungguh diapada Qaseh Juweeta. Bagaikan menatang minyak yang penuh.

“Bukandengan youlah,” nafiQaseh Juweeta. Nada suaranya agak mendatar. Malas dia melayan soalan-soalanAfiq Rafi yang meleret-leret itu.

“Habis,dengan siapa?” tanya Afiq Rafi kembali mengharapkan jawapan pasti. Sedangtangannya masih ligat mengemas barang-barang yang berselerak dan bertaburan.

Ex-boyfriend,” akuiQaseh Juweeta selamba.

Punbegitu, Qaseh Juweeta tetap menyembunyikanrahsia di sebalik hubungan intimnya dengan Dani Zairie. Tidak mungkin diaberterus terang dengan Afiq Rafi. Sudah pasti nanti akan menjerut lehernyasendiri.

“Kenapadengan dia?” Bertubi-tubi soalan Afiq Rafi. Dianampak begitu tertarik mendapatkan maklumat lanjut tentang bekas teman lelakiQaseh Juweeta. Hati lelaki. Mungkin terbit perasaan cemburu di sudut hatinya.

“Dianak kahwin dengan perempuan lain,” beritahu Qaseh Juweeta geram. Dia menggigit bibir. Titisandarah merah meleleh-leleh di ulas bibirnya.

Jari-jemarinyamenyapu lelehan darah merah itu. Tidak pula dirasakan pedih atau sakit. Mungkinderia rasa sudah mati dek kerana fokus kesakitan pada ulu hati dan perasaannya.

“La… biar ajelah dia nak kahwin. Buat apa susah-susah you fikir pasal dia?I kan ada. Atau you still sayangkandia?” Afiq Rafi sengaja menduga.

Anehdan pelik. Mengapa Qaseh Juweeta harus marahdan sakit hati gara-gara bekas teman lelakinyaakan mengahwini perempuan lain? Mungkinkah Qaseh Juweeta masih menyimpanperasaan terhadap bekas teman lelakinya itu? Hati Afiq Rafi berkata-kata. 

“Takadalah. I tak ada hati pun kat dia. I sayangkan you je.” Qaseh Juweeta memutarbicara. Lain di hati. Lain di bibir.

Ucapankata di bibir yang indah belaka. Sedang hakikatnya, hati dan perasaan berperangmemendam rasa. Perit dan sakit.

“Oh!Lega hati I dengar you sayangkan I. Sebab I pun sayangkan you.” Perlahan nadasuara Afiq Rafi.

Diamengurut-ngurut dada perlahan. Barangkali begitu yakin bahawa cinta dan kasihsayang Qaseh Juweeta hanya untuk dirinya. 

Previous: Bab 2_1
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA