Hari hampir larut malam. Aku berjalan menuju ke perhentian bas yang hanya 500 meter di hadapan. Haih, KL memang tak pernah lekang walaupun jarum jam laju bergerak hingga hampir 10.00 malam. Inilah hakikat sebenar apabila menetap di Kuala Lumpur. Kadng-kadang aku sendiri pelik kenapa ‘rakyat-rakyat KL’ ni macam tak nak tidur. Tapi, bagi aku yang hampir lima tahun berada di sini, tak ada hal lah. Bak kata orang, kacang je. Heh, kau gilalah Shakiah.
Hurmm... sudah pukul berapa ya? Aku memandang ke pergelangan tanganku yang kosong tanpa gelang ataupun perhiasan lain. Errr... tak ada apa-apa pun. Eh, memanglah tiada apa-apa yang kau nampak, Shakiah! Tangan kau mana ada jam. Kau tu allergic dengan jam. Tak macam adik kau yang dekat kampung tu. Gila jam!
“Haah, kan. Aku mana ada jam. Nantilah. Gaji bulan depan aku beli.”, Small matter, weh. Telefon yang berada di tangan aku tilik seketika. Nak call emaklah tapi emak dah tidur ke? Ya ke dah tidur? Si gedik tu yang pegang phone cuti-cuti ni. Hahah... paling tidak pun, aku kacau dia masa dia tengok Gong Yoo dia tu. Eleh, apa sangatlah. Aku terus mencari nama emak yang sudah aku tetapkan sebagai ‘My Angel’ sejak dulu lagi di ruang kenalan. Ehem... basahkan tekak kejap.
Punat telefon ditekan. Aku hanya diam menanti panggilan dijawab oleh adik sambil melihat kereta lalu-lalang.
Tut tut tut... tut tut tut..
Adik ni pun, cubalah beli caller ringtone best sikit. Aisyyyyy... bagi aku dengar tut tut tut je. Kurang asam betul si gedik ni.
Tut tut tut...
Allah, si gedik ni buat apa? Tak nak angkat sebab tengok cerita korea dia ke?
“Helo!”, akhirnya kedengaran suara adikku di talian. Hah, angkat pun. Aku baru hendak ceramah ni. Nasib baik, nasib baik.
“Baru nak angkat? Aku telefon kau siang tadi tak berangkat pun.”, mulalah aku naik hantu. Eleh, bosanlah. Sudah lama tak kenakan adik. Hua hua hua...
“Alahai, sorry lah. Adik mana dengar. Akak nak cakap dengan emak ke?”, dia membalas. Poyo je. Tak dengar konon! Seharian tengok korea lah katakan. Haih, sis redha ada adik macam ni. Marah-marah pun aku tetap sayang adik aku yang seorang ni. Air yang dicincang tidak akan putus.
“Hah, yelah. Tak kan aku nak sembang dengan kau?”, sengaja aku cakap begitu. Kononnya nak buat dia ‘berapi’.
“Yelah. Tunggu kejap. Adik dekat rumah Mia ni.”
“Cepat sikit. Kredit aku tak banyak. Kau buat apalah dekat rumah Mira tu malam-malam? Orang tu nak tidur dengan laki dia.”
“Tadi kita orang lepak je. Tak sangka nak dekat malam dah.”
Aku hanya diam, menunggu panggilan diserahkan kepada ‘My Angel’. Haih, lantak kaulah dik oiii.
“Helo, kak! Kenapa call ni?”, suara emak lembut menyambut panggilanku.
Emak! Kakak rindulah. Mak tak tahu ke kakak dekat sini rindukan mak bagai nak gila. Kalau boleh nak emak ada depan mata. Tak nak jauh-jauh. Hurm. Kata-kata itu hanya aku simpan di dalam hati. Rasa cengeng pula kalau beritahu emak. Ego.
“Emak buat apa? Suara macam baru daripada tidur je.”, aku mula bertanya.
Kedengaran tawa emak di seberang. Memang betullah apa aku teka! Tidak hairanlah. Dah hampir pukul 10.00 malam kan.
“Baring-baring je. Tak tahu nak buat apa dekat rumah.”
“Emak, akak nak beritahu ni. Akak dah kemaskinikan BRIM ayah. Kalau Pak Dak nak akak buat sekali untuk dia, emak beritahu ya nanti. Sementara ada masa ni.”, alang-alang dah telefon, aku terus beritahu emak mengenai hal itu. Yalah, kena beritahu jugak sebab ayah yang marah aku nanti kalau aku tak settle kan awal-awal. Kang melepas pula BRIM ayah aku tu.
“Oh.. thank you, thank you.”
Aku tersenyum. Bukan selalu dapat dengar emak aku speaking London, weh. Emak memang. Kalau aku call, memang meriah. Tapi kalau aku call si gedik tu, krik krik sahaja. Aku pun awkward sikit kalau sembang dengan adik tu. Dia tu lebih suka mendengar. Tekun gila. Macam dengar cikgu mengajar. Aku pulak yang tebal muka bila dapat perhatian sebegitu.
“Emak masak apa hari ni? Orang macam terbau-bau something ni.”
“Masak sambal ayam je. Cukuplah. Bukannya ada ramai orang pun dalam rumah ni. Akak tak keluar dengan Wan ke?”, sebaik sahaja mendengar ayat terakhir emak, aku terdengar adik sedang gelak sakan. Adoiiii, emak loud speaker ke? Atau adik mereng aku tu letak telinga dekat? Bertuah punya budak!
“Balik nanti keluarlah lepak dengan dia dekat kedai mamak sat. Ada benda dia nak bagi dekat akak.”
Okay. To be honest, aku memang tak suka bila nama Azwan Ahmad tu muncul bila bersembang dengan emak. Satu keluarga aku semua dah tahu hubungan aku dengan Wan. Kita orang just kawan. Not more than that. Tapi hati aku ni sebal bila adik aku pergi kenen-kenenkan aku dengan Wan. Sebal tak sebal. Peduli apa budak tu? Yang penting dia dapat gelak tak ingat dunia, tengok aku blushing dan cakap “Sweet lah. #Adiktakbolehfollow. Ops, tak boleh move on lah.” . Memang nak kena dengan aku tapi aku buat bodoh sahajalah. Buat apa nak overthinking kalau dia cuma BFF till jannah aku?
“Yalah, jangan balik lewat sangat. KL tu bahaya sikit.”
Setelah hampir 15 minit bersembang, aku mematikan talian. Bas masih belum sampai. Haih, mana kau pergi, wahai bas? Tiba-tiba telefon aku berbunyi tanda ada mesej baharu. Cepat-cepat aku buka. Mana tahu si Mark tu mesej.
Wei, cepatlah! Kata naik bas.
Patutnya dah sampai. Bukan jauh pun. -Wan
Hampeh... mamat ni rupanya yang mesej aku. Wan, wan.. tak kan kau tak faham KL macam mana? Dua minit pun boleh jadi dua jam. Jariku pantas menaip untuk membalas mesej ‘BFF’ aku yang seorang ni.
Bas tak sampai lagi.
Kau fikir KL macam apa? -Shakiah
Aku tidak mengendahkan dia yang sedang menaip. Bunyi enjin bas lebih menarik perhatianku.
Lega.