KLINIK Doktor Zaer!
Ranaa Taheera sempat membaca papan tanda yang dipasang pada bahagian atas
klinik itu. Doktor Zaer pun Doktor Zaer lah! Asalkan dapat mengubat hati aku
yang sedang tertekan ini. Mana tak tertekannya, pagi tadi, Encik Nazir berpeluk
tubuh di tepi mesin punch card. Bukan
main tajam lagi renungan dan jelingannyaa buat Ranaa Taheera, seolah-olah dah
lama tak telan manusia hidup-hidup. Memang Encik Nazir saja nak memantau
kedatangan Ranaa Taheera ke pejabat sejak insiden datang lewat tempoh hari.
Tentu senang dia nak meneruskan misi memotong gaji.
Tertekan Ranaa Taheera dibuatnya.
Sudahlah dia bergantung seratus peratus dengan kenderaan awam. Ada masa dia
tiba awal, ada masa-masa tertentu pula, kenderaan awam tiba lambat, maka lambat
jugalah dia ke tempat kerja. Tambah pula kalau dia terjaga lewat sedikit,
haruuu!
“Ya, cik?” Sapa
jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran.
“Saya nak jumpa
doktor, boleh?”
“Boleh. Pernah datang
sini?” Tanya pembantu klinik itu kembali. Ranaa Taheera deras menggeleng. Itu
kali pertama sebab stress. Jawabnya dalam hati. Kalau doktor yang bertanya
tadi, memang spontan dia menjawab.
“Mintak kad
pengenalan.” Ulas pembantu klinik itu, sambil menanti Ranaa Taheera membuat
tindakan.
“Adik boleh duduk
dulu, ya. Tunggu nama dipanggil.”
“Err...ramai lagi
ke?” Tanya Ranaa Taheera, usai meninjau barisan pelanggan yang datang ke klinik
itu. Dia nampak sebarisan bangku sudah penuh dengan pelbagi ragam manusi, dan
ada yang berdiri dek kerana tak cukup tempat duduk.
“Emmm...ada enam
orang lagi.”
“Alahai
ramainya...”Sungut Ranaa Taheera perlahan.
Dia
mencari tempat yang sesuai untuk menanti giliran. Seorang pesakit keluar dengan
kuyup di dahi. Okay, tinggal lima orang lagi. Ranaa Taheera mengira dan tersenyum.
Seorang dua minit, tentu gilirannya selepas sepuluh minit. Dia senyum lagi dan
lagi. Dalam dirinya, dia sempat menyusun sketsa untuk dipersembahkan kepada
sang doktor kelak.
“Doktor, saya stress
lah dengan majikan saya. Boleh tak kalau saya nak ambil MC untuk tenangkan
diri?” Ranaa Taheera bermonolog sendiri. Sekejap berperanan sebagai pesakit,
sekejap berperanan sebagai doktor pula.
“Doktor, seharian
saya stress. Saya nak ambil MC untuk esok, boleh?” Ranaa Taheera masih lagi
berkira-kira.sedar tak sedar, hanya tinggal tiga orang sahaja sedang menanti di
ruangan menunggu itu.
“Ranaa Taheera...” Panggil seseorang.
Ranaa
Taheera cepat mengangkat muka. Matanya melirik terus ke arah bilik rawatan.
Betul! Pembantu klinik yang menjaga kaunter tadi tersenyum ke arahnya. Dia
berdiri sambil memegang daun pintu. Sebelum melangkah masuk, dia sempat berkira
dialog terbaik yang akan dibentangkan kepada doktor sekejap lagi.
“Assalammualaikum,
doktor.” Sapanya ramah.
“Waalaikumussalam
warahmatullah.” Jawab doktor itu, lantas mengangkat mukanya. Ranaa Taheera
terkedu. Err....handsomenya! Mak ai!
Doktor ke retis yang menyamar jadi doktor ni? Ada penggambaran drama ke?
Matanya melilau, mencari kamera tersembunyi, kot-kot ada.
“Ranaa Taheera...awak
cari apa? Doktor besar gedabak depan mata ni, tak nampak ke?”
“Err...doktor ke?
Bukan artis?” Tanya Ranaa Taheera, inginkan kepastian. Doktor Zaer! Ya, tanda
namanya sempat dijeling dan ianya sama seperti papan tanda klinik. Terdengar
tawa kecil di telinganya.
“Artis? Ha ha ha.”
Doktor Zaer bahan gelak. Pesakit ini paling lawak yang dia pernah jumpa
sepanjang hari ini. Petang-petang begini, di saat tenaga dan kecergasan semkin
berkurangan, gelaklah terapi terbaik untuk mengurangkan tekanan. Perlahan-lahan
dia berhenti ketawa, tetapi masih tersengih-sengih.
“Awak sakit apa ya,
Ranaa Taheera?”
“Sakit hati, doktor!”
“MasyaALLAH! Bahayanya
penyakit awak ni.” Ulas Doktor Zaer, saja bermain dengan kata-kata kerana dia
ingin memahami masalah yang sedang dihadapi pesakitnya.
“Tolong saya,
doktor!”
“Ya, sakit bagaimana
tu? Boleh terangkan dengan lebih terperinci.”
“Sebenarnya saya
tertekan di tempat kerja. Saya ada masalah pengangkutan dan pernah beberapa
kali tiba lewat di pejabat. Beberapa hari lepas, saya diberi surat amaran.
Kemudian, pagi-pagi berikutnya, bos tunggu di mesin punch card.Tertekannya saya, doktor!”
“Astarghfirullahal
azim!” dia hanya mampu beristighfar panjang. Ada juga masalah begini? Masalah
bos dan pekerja, tetapi meluahkannya kepada seorang doktor???? Zaer pula rasa nak
picit kepala sendiri.
“Awak salah channelni, Ranaa Taheera. Saya doktor,
bukan kaunselor.”
“Err...tapi saya nak
ambil MC, doktor. Takkan saya nak jumpa kaunselor?” dengan lurus dan bendul
Ranaa Taheera meluahkan perasaannya.