Home Novel Cinta Dia...Mr Dude Aku
Dia...Mr Dude Aku
Domi Nisa
22/12/2014 16:46:40
5,160
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab Satu

Bab Satu

“Nuha! Bangun dah lewat dah ni. Nanti mulalah kelam kabut nak ke sekolah. Cepat sikit bersiap!”

Seorang gadis berusia 18 belas tahun berwajah putih cerah. Berambut panjang melurus hitam pekat yang masih berbungkus dalam selimut tersedar dari lena yang menenangkan. Dia terpisat-pisat sambil menenyeh kelopak matanya sebaik terdengar laungan dari ibunya di tingkat bawah sana.

“Ya… Nuha bangunlah ni mak!” dia turut melaung sebelum mencapai jam loceng dinightstand di sebelah kanannya. “Lah…Baru pukul enam suku itupun mak nak menjerit sampai bergegar satu rumah apa hal? Uuwaaa…Mengantuknya,” Nuha menggeliat sedikit sambil mencapai telefon bimbitnya pula. Dia menatap seketika skirn telefon. Hatinya sedikit hampa dan frust. Tiada mesej baru dalam inboxnya.

“Kenapa kau senyap begitu saja Syah? Kau dah lupakan aku ke selepas kau berjaya masuk u? Atau kau dah jumpa orang lain dekat sana? Menyesal pulak aku couple dengan kau yang best student. Sekali ambil exam SPM dah dapat pergi u aku ni kena masuk sekolah balik sebab resultSPM tak cukup inci nak lompat pagar lepas tu BI dan BM aku tak kredit pulak tu. Nak taknak mak paksa aku masuk sekolah berbayar semata-mata nak suruh SPM aku lulus dengan jayanya. Haa…” sempat lagi Nuha membebel sendiri sebelum dia melangkah kaki masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan sewaktu dengannya.

“Nuha pergi dengan mak ya hari ni. Malaslah nak bawa motor hari ni,” Nuha dah tayang sengih di meja makan. Sekeping roti yang siap dibakar dan diletak nutella digigit masuk ke mulut.

“Dah besar pun masih nak bermanja dengan mak lagi ke?” seloroh Puan Sofiya.

“Nuha hanya ada mak dan mak pun hanya ada Nuha seorang anak mak jadi siapa lagi mak nak manjakan kalau bukan pada Nuha,” jawan Nuha pula sambil tersengih. Dia memang seorang gadis periang dan ceria tidak kira musim.

“Hmmm…Ada saja jawapan dari mulut kamu tu. Nak pergi dengan mak petang nanti balik jalan kakilah ya sebab mak ada meeting petang kang,”

Nuha juling ke atas untuk berfikir sejenak. Mulut dia penuh dengan roti bakar. “Jalan kaki pun jalan kakilah asalkan mak nak hantar pagi ni. Lagipun sekolah Nuha dengan rumah setengah jam jalan dah sampai!” Nuha sengih lagi.

“Kalau macam tu cepat sikit makan kejap lagi kita bertolak,” arah Puan Sofiya. Mereka meneruskan sarapan pagi dengan tenang dan gembira.

“Ingat Nuha lepas waktu sekolah terus balik rumah jangan merayap ke mana-mana dengan Risya pulak,” pesan Puan Sofiya sebaik keretanya berhenti di depan pintu pagar sekolah.

“Mak cakap macamlah Nuha ni kaki merayap. Mak sepanjang mak lahirkan Nuha dan jaga Nuha ada pernah Nuha ni merayap ke mana-mana tanpa izin mak? Tak kan… Nuha janji Nuha akan balik rumah terus. Nuha nak mintak Risya tolong hantar Nuha balik nanti kalau dia bawa motor,” ujar Nuha. Dia menyalami tangan maknya sebelum keluar dari kereta.

Nuha terpacak di luar pagar sambil memerhatikan sebuah bangunan sekolah yang hanya berdua tingkat berwarna hijau putih sebaik kereta ibunya sudah menjauh. Sekolah Swasta Firas itulah tempat Nuha belajar sekarang. Sebuah sekolah persendirian yang berbayar bagi pelajar yang mahu mengambil peperiksaan SPM dan STPM semula. Nuha Cempaka Dahlia salah seorang daripadanya. Sekitar sekolah itu Nuha tatap lama sambil mencekak pinggang.

“Kalau aku lulus dengan cemerlang masa SPM tahun lepas pasti aku tak akan ke sini. Itulah Nuha gatal nak berkasih tengok siapa yang rugi? Diri kau juga yang rugi. Nama aje couple dengan budak best student tapi perangai tak ikut pakwe. Setidaknya curilah sikit ilmu dia tu. Hmmm…Kalau tak pasti aku dah masuk u sama macam dia tahun lepas bukannya ke sini.

Pin! Pin

“Dik kalau nak termenung baik balik rumah. Dekat sini orang nak keluar masuk.”

Nuha terus kalih ke belakang sebaik terdengar seseorang marahkan dia. Kening gadis itu naik sebelah. Seorang lelaki sudah terjengah kepalanya di tingkap kereta. Wajahnya cukup menggerunkan Nuha. Lama jugak Nuha terpacak sambil merenung lelaki itu sehingga lelaki itu terpaksa keluar dari kereta dan mendekati Nuha.

“Dik ke tepi sikit ya abang nak lalu,” sinis sahaja suara lelaki itu. Bahu Nuha dipegang seraya dialihkan sedikit. Sesaat kemudian lelaki itu masuk kembali ke dalam keretanya dan terus meluncur masuk ke dalam kawasan sekolah itu.

Bahu Nuha dah jatuh hampir ke bawah. Babak tadi sukar untuk ditangkap oleh akalnya kerana berlaku secara drastik.

“Argghh!” dia tiba menjerti sebaik akalnya kembali beroperasi.

“Dah kenapa dengan awak ni?” soal pengawal keselamatan sekolah ini. Nuha tersentap terus tersengih.

“Err…Eh, takdelah saja nak test peti suara elok ke tidak pagi ni,” selamba Nuha menjawab dan cepat-cepat dia memecut langkahnya. Pengawal keselamatan sudah terkebil-kebil.

Sampai sahaja ke kelas Nuha terus menerpa masuk dan menghenyek punggung di atas kerusi. Beg sekolah dilempar kasar ke meja. Kejadian sekejap tadi betul-betul membuat dia bengang.

“Harap-harap lelaki itu bukanlah cikgu baru dekat sekolah ini. Kalau tak siap aku kerjakan dia sampai lunyai!”

“Wey! Kau marahkan siapa?”

“Allahurabbi!” Nuha tersentap habis. Nasib baik jantung dia sempat ditahan daripada tercabut. Seorang gadis yang baru menegurnya sudah tersengih panjang.

Sorry tak sengaja. Yang awak ni pagi-pagi dah nak naik angin apahal?”

“Kau ni memang Risya nak tegur aku selalu aje tak bagi salam. Takde apa-apalah saja nak buat gimik hot pagi-pagi ni,” selamba macam monyet mencuri pisang dekat kebun orang saja Nuha menjawab. Batrisya mencemik kemudian melabuh duduk di sebelah Nuha.

Batrisya masuk ke sini kerana dia masuk hospital sebab pembedahan kanser hati dan tidak dapat nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas jadi. Berlainan benar dengan Nuha yang terpaksa repeat sijil. Ikutkan Nuha mahu saja dia naik tingkatan enam bawah tapi Puan Sofiya tidak membenarkan. Kata wanita itu sijil SPM penting untuk memasuk ipt ataupun nak kolej malah untuk bekerja pun mereka akan lihat sijil itu. Sebagai anak Nuha terpaksa mengikut.

“Saya ada nampak Syah semalam,” Nuha dah kerut dahi. Sesaat kemudian matanya tebeliak.

“Syah? Maksudnya kau ada nampak syah? Dekat mana?” bahu Batrisya dipegang.

“Laa Syah tukan sepupu saya lagipun rumah dia dengan rumah aku sejengka kera ajepun mestilah saya selalu nampak dia,” Nuha mengeluh berat. Lupa pula yang Batrisya ni sepupu Syah Redza malah mereka berdua sebaya. Tak hairanlah masa Batrisya masuk ke sini mereka dah rapat gila.

“Kalau dia ada balik kenapa dia telefon aku takpun mesejlah sepatah cakap dia ada dekat sini…ini tak!”

“Hmmm…Nuha bukan saya nak masuk campur dalam hal korang tapi semalam Syah ada bawa seorang perempuan balik rumah…” takut –takut Batrisya mahu berterus terang. Walaupun Syah Redza itu sepupu dia Nuha Cempaka Dahlia sahabat baik dia. Dia rasa bertanggungjawab untuk bercakap benar pada kawannya itu. Batrisya takut Nuha akan dikhianati oleh sepupunya.

“Seorang perempuan?” Nuha jungkit hujung bibir. “Patutlah dia jarang hubungi aku rupanya dah ada penganti!” sayu saja bunyi suara Nuha.

“Nuha awak okey ke?” tanya Batrisya. Risau juga dia kalau Nuha mahu menangis.

“Okey aje. Sakit hati sikit tu adalah. Nak buat macam mana dia pelajar pintar jika nak dibandingkan dengan aku memang jauh api dari panggang. Ibarat bumi dan langit nampak macam bersatu hakikatnya saling menjauh. Haaa…dugaan dalam percintaan beginilah. Hey, Risya janganlah tayang muka sedih aku okeylah!” bahu Batrisya ditepuk sedikit sebaik Nuha terlihat wajah Batrisya dah mendung.

“Saya takut awak tak mahu berkawan dengan saya lagi,”

“Apahal pulak sampai ke sini jadinya?”

“Syah tukan sepupu saya kalau dia ada perempuan lain mesti awak bencikan dia dan tak mustahil awak akan bencikan saya jugak,” Nuha tiba-tiba gelak.

“Risya oii…Ini Nuhalah. Bukan jenis yang suka berdendam. Kalau saya marahkan Syah hanya Syah saja yang saya marahkan bukan orang di sekeliling Syah ada faham? Cool aje Nuha Cempaka Dahlia binti Fakrul tidak akan marahkan Batrisya kawan dia,”

“Terima kasih Nuha,” mereka sama-sama senyum.

“Nuha! Cikgu Min panggil sekarang dia ada dekat bilik buku teks,” tiba-tiba Akma kawan sekelas mereka masuk ke kelas sambil termengah untuk mendapatkan Nuha mencelah.

“Apahal cikgu apa aku pulak?” dahi Nuha dah kerut. Baru saja nak sejukkan punggung dah kena panggil. Hmmm…

“Laa… Kau kan ketua biro buku teks jadi Cikgu Min panggil kau lah!” jawab Akma agak bengang sedikit. Tak akan minah ni dah lupa jawatan yang dia sandar sekarang?

Nuha tepuk dahi sendiri. “Ayooo… lupa sudah…Risya aku pergi dulu,” Nuha dah bangkit untuk keluar dari kelas.

Batrisya mengangguk. Nuha agak aktif di sekolah tak hairanlah ramai cikgu yang kenal dia. Manakala Batrisya pasif mungkin di sebabkan faktor kesihatan. Wajah Nuha yang terpamer senyuman manis sambil bergurau senda dengan Akma ditatap lembut. Batrisya kagum dengan gadis itu. Ceria dan riang walaupun Batrisya tahu sedikit sebanyak mesti hati Nuha terluka dengan perbuatan sepupunya itu.

“Nuha buku-buku ini semua awak angkut masuk ke dalam bilik stor yang berhampiran dengan klinik sekolah ya. Nah, ini kuncinya!” Cikgu Rosmina ataupun Cikgu Min menyerahkan anak kunci stor kepada Nuha sebaik kelibat Nuha masuk ke bilik yang penuh dengan segala buku teks.

“Buku-buku ini semua dah taknak guna ke cikgu?” tanya Nuha.

“Ini buku-buku lama. Awak masukkan ke dalam bilik stor minggu depan pengetua cakap lori akan angkut bawa pergi ke tempat pelupusan. Awak tak ajak yang lain ke? Awak sorang mahu patah tulang belulang awak ni Nuha,” Nuha garu kepala yang bertudung sambil tersengih.

“Err…Alamak lupa nak panggillah cikgu. Hmmm…Lagipun Nuha tak ingat dah siapa lagi AJK bawah Nuha,”

“Ish boleh pulak macam tu. Hmmm…Takpelah nanti cikgu minta Akma panggilkan sementara tu bolehllah awak angkut separuh ke dalam stor dulu,”

“Baik cikgu.”

Nuha termenung lagi sambil membimbit buku-buku teks lama untuk dibawa ke bilik stor dekat hujung bangunan sekolah ini dan berhampiran dengan klinik sekolah. Dalam fikiran dia sekarang ada bayangan Syah Redza.

“Kau memang penipu besar Syah! Dulu kau cakap aku sorang yang layak untuk berada dalam hati kau. Aku seorang sahaja yang layak jadi permaisuri kau. Kata-kata manis kau aku percaya bulat-bulat sampai aku terangau-angaukan kau result aku tenggelam tak mahu timbul-timbul. Haaa…Syah…Syah...kenapa kau buat macam aku ni robot yang takde perasaan? Masa kau sunyi kau selalu telefon mengadu pada aku, kau sedih sebab aku takde di sisi kau, tapi tengoklah sekarang! Sepupu kau sendiri cakap kau bawa perempuan lain dekat rumah kau! Masa kita jadian dulu langsung kau tak bawa aku. Siaplah kau Syah…Jumpa kau aku nak buat sate daging kau tu!”

“Hati-hati!”

Tiba-tiba ada satu tangan menarik belakang baju sekolah Nuha dari belakang dan di saat itu juga Nuha tak dapat nak imbangkan badan lalu jatuh terduduk dan habis segala buku teks di tangan berlimpangan di kaki lima sekolah.

“Wey! Siapa yang tarik baju aku ni? Tengok habis jatuh buku teks yang berat macam kamus dewan ni!” jerit Nuha tiba-tiba.

“Dik oii kalau saya tak tarik baju awak mahunya awak masuk longkang tu,” tegur satu suara garau. Nuha cepat-cepat dongakkan wajahnya ke atas. Terlihat seorang lelaki berkemeja lengan panjang biru muda memandang dia yang sedang cantik landingnya di bawah ini.

Nuha cepat-cepat bangun dan mengibas habuk di bajunya. “Ikut suka hati sayalah nak jatuh longkang ke apa? Itu soal hidup saya dan takde kena mengena dengan encik!” Bulat mata lelaki itu bila ditengking oleh Nuha. Kawan dia dekat sebelah dan menekan perut. Lucu bila terlihat adegan ini.

“Awak ni sepatutnya bersyukur dekat saya bukannya marahkan saya. Tahu nak jadi macam ni mahu saja saya langgar awak dekat pintu pagar sekolah pagi tagi tak perlu kita berjumpa lagi,” tenpelak lelaki itu sedikit bengang. Bahu Nuha jatuh separuh.

“Ooo… Enciklah yang hon pada saya tadi? Uf! Bukan nak minta dengan baik ini hon kuat bukan main. Nasib baik saya takde penyakit jantung kalau tak saya saman encik!” Nuha lawan balik. Kawan lelaki itu masih ketawa tanpa henti sehinggalah lelaki itu menjeling maut kepadanya kawannya.

“Opss…sorry,” kawan lelaki itu dah angkat tangan tanda tak mahu ketawa lagi.

Nuha tidak menghiraukan dua orang lelaki di hadapan dia lagi. Dia mengutip semula buku-buku teks yang terjatuh tadi dan memulakan langkah terbantut tadi. Sesaat kemudian kaki Nuha dah masuk ke longkang. Sekali lagi buku-buku teks itu melayang ke udara dan sama jatuh dengan badan Nuha. Tahulah kan macam mana gaya orang jatuh longkang? Begitulah keadaan Nuha sekarang. Malang bagi Nuha bila mana badan dia terjatuh kepala dia pula terhantuk dekat pasu bunga.

“Aduh!” Nuha menjerit seraya mengagau dahinya. Ada darah yang menitis turun. Serta merta dia pengsan.

“Alamak budak itu pengsanlah!”

“Yang kau tercegak lagi dekat sini apahal bawak dia masuk kliniklah!” arah lelaki itu.

“Kaulah aku sakit tangan,” si kawan mengelak sambil tersengih.

“Ngada betul kau ni!” sempat lagi lelaki itu meleku kepada si kawan sebelum mencempung Nuha untuk dibawa ke klinik sekolah.

“Menyusahkan betul pelajar bapak kau ni Waiz! Aku dah bagi amaran bukan nak dengar tengok sekarang siapa yang susah?” bebel lelaki itu sebaik Nuha diletakkan di katil.

“Aysar nak tolong orang kena ikhlas tak baik merungut,” kawan lelaki itu bernama Waiz menegur.

“Banyak cakap kau rawat sendiri pelajar bapak kau ni! Lagipun aku bukan doktor dekat sini. Aku datang sebab kau yang panggil,” marah Aysar. Lelaki yang cari gaduh dengan Nuha bernama Aysar.

“Kau ni tak boleh nak diajak bergurau langsung! Patutlah Auni asyik mengadu dekat aku yang kekasih hatinya ini cepat tua sebab tak pernah nak senyum apatah lagi nak bergurau,” seloroh Waiz.

“Kau nampak jarum dekat sana tu? Sekali kau buka mulut aku jahit mulutkan sampai bisu!” ugut Aysar. Waiz terus tutup mulut. Kerja pembersihan kuman di dahi Nuha bermula sekarang.

“Aysar jomlah join aku dekat sini. Aku tak cukup tangan nak buat kerja seorang diri. Kau berhenti sahaja kerja dengan HUSM tu kerja dengan aku nak? Masa kau dengan Auni banyak bolehlah kau bawa dia pergi jalan-jalan,” Waiz bersuara sebaik kerja Aysar selesai.

“Tengoklah nanti,”

“Aysar aku serius ni. Klinik ni bukan klinik sekolah saja tapi klinik 24/7 untuk masyarakat nanti kita boleh bertukar shift. Member aku sekarang dah pindah tu yang aku susah sekarang ni,” Waiz tetap memujuk sepupunya itu.

Oh lupa nak cakap. Waiz Firas dan Aysar Firas adalah sepupu. Sekolah ini milik bapak Waiz Firas iaitu Wazen Firas dan klinik ini milik Waiz Firas. Klinik sekolah dan juga klinik untuk masyarakat awam beroperasi sepanjang hari kecuali hujung minggu.

“Masa kau kerja dengan HUSM aku tengok kau luangkan masa dengan Auni singkat sangat. Tak kesian kau pada dia. Dia perlukan perhatian yang lebih dari aku Aysar. Aku buat penawaran ni sama-sama dapat untung tahu. Kau dan aku sama-sama untung apa macam nak tak ni?”

Asyar mahu melekat plaster di dahi Nuha tidak menjadi. Wajah Waiz dikerling lama. Cuba mempertimbangakan cadangan sepupunya itu. Tangannya terhala ke bahagian dada Nuha. Saat itu juga Nuha dah mula sedarkan diri. Sebaik matanya terbuka benda pertama dia lihat adalah tangan Aysar yang terjuntai mahu menyentuh harta dia.

“Argggh!! Pencabulan!” jerit Nuha. Dia terus menepis tangan Aysar dengan kasar. Plaster yang berada di tangan Aysar terjatuh ke bawah. Aysar dan Waiz sama- sama terkejut.

“Awak berdua buat apa dekat saya ni?! Saya nak buat aduan dekat pengetua!” marah Nuha lagi. Seluruh badannya disentuh. Takut terkenapa-kenapa oleh dua orang lelaki itu.

Aysar mendengus seraya menggaru kepala yang tidak gatal. “Lupa dan suntik ubat pelali dekat budak ni tadi,” sindir Aysar.

Waiz gelak besar. Nuha dah terpinga-pinga. Wajah dua orang lelaki di hadapan dia dipandang silih ganti. Aysar menunduk untuk mengambil plaster yang terjatuh dekat bawah.

“Adik abang berdua ni bawa adik ke klinik sebab adik tercedera tadi. Tak ingat ke yang adik masuk longkang dan terhantuk dekat pasu lepas tu terus pitam. Tak ingat,” Aysar cuba membawa Nuha pada kisah sebentar tadi. Nuha termenung seketika. Cuba mengingati perkara itu. Lihat Nuha senyap Aysar terus mendekat gadis itu untuk lekatkan plaster di dahi yang tercedera itu. Nasib baik sikit aje lukanya.

Nuha tersedar terus mengelak. Nuha tersilap langkah punggungnya tidak mencecah katil dan mahu terjatuh dari katil. Dia sempat menangkap baju kemeja Aysar. Pada masa yang sama Aysar terikut Nuha dan sama-sama jatuh ke bawah.

“Argggh!”

Dua-dua menjerit dan akhirnya Aysar sudah menghempap badan kecil Nuha. Nuha tatap Aysar dengan mata membulat besar. Begitu juga dengan Aysar. Masing-masing bertatapan tanpa suara. Waiz yang masih berdiri sudah tekup mulut. Tidak percaya ini yang bakal terjadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.