Bab Satu
“Nuha! Bangun dah lewat dah ni. Nanti
mulalah kelam kabut nak ke sekolah. Cepat sikit bersiap!”
Seorang gadis berusia 18 belas tahun
berwajah putih cerah. Berambut panjang melurus hitam pekat yang masih berbungkus
dalam selimut tersedar dari lena yang menenangkan. Dia terpisat-pisat sambil
menenyeh kelopak matanya sebaik terdengar laungan dari ibunya di tingkat bawah
sana.
“Ya… Nuha bangunlah ni mak!” dia
turut melaung sebelum mencapai jam loceng dinightstand di sebelah kanannya. “Lah…Baru
pukul enam suku itupun mak nak menjerit sampai bergegar satu rumah apa hal?
Uuwaaa…Mengantuknya,” Nuha menggeliat sedikit sambil mencapai telefon bimbitnya
pula. Dia menatap seketika skirn telefon. Hatinya sedikit hampa dan frust.
Tiada mesej baru dalam inboxnya.
“Kenapa kau senyap begitu saja Syah?
Kau dah lupakan aku ke selepas kau berjaya masuk u? Atau kau dah jumpa orang
lain dekat sana? Menyesal pulak aku couple
dengan kau yang best student. Sekali ambil exam SPM dah dapat
pergi u aku ni kena masuk sekolah balik sebab resultSPM tak cukup inci nak lompat pagar lepas tu BI dan BM aku
tak kredit pulak tu. Nak taknak mak paksa aku masuk sekolah berbayar
semata-mata nak suruh SPM aku lulus dengan jayanya. Haa…” sempat lagi Nuha
membebel sendiri sebelum dia melangkah kaki masuk ke bilik air untuk
membersihkan diri dan sewaktu dengannya.
“Nuha pergi dengan mak ya hari ni. Malaslah
nak bawa motor hari ni,” Nuha dah tayang sengih di meja makan. Sekeping roti
yang siap dibakar dan diletak nutella digigit masuk ke mulut.
“Dah besar pun masih nak bermanja
dengan mak lagi ke?” seloroh Puan Sofiya.
“Nuha hanya ada mak dan mak pun
hanya ada Nuha seorang anak mak jadi siapa lagi mak nak manjakan kalau bukan
pada Nuha,” jawan Nuha pula sambil tersengih. Dia memang seorang gadis periang
dan ceria tidak kira musim.
“Hmmm…Ada saja jawapan dari mulut
kamu tu. Nak pergi dengan mak petang nanti balik jalan kakilah ya sebab mak ada
meeting petang kang,”
Nuha juling ke atas untuk berfikir
sejenak. Mulut dia penuh dengan roti bakar. “Jalan kaki pun jalan kakilah
asalkan mak nak hantar pagi ni. Lagipun sekolah Nuha dengan rumah setengah jam
jalan dah sampai!” Nuha sengih lagi.
“Kalau macam tu cepat sikit makan
kejap lagi kita bertolak,” arah Puan Sofiya. Mereka meneruskan sarapan pagi
dengan tenang dan gembira.
“Ingat Nuha lepas waktu sekolah
terus balik rumah jangan merayap ke mana-mana dengan Risya pulak,” pesan Puan
Sofiya sebaik keretanya berhenti di depan pintu pagar sekolah.
“Mak cakap macamlah Nuha ni kaki
merayap. Mak sepanjang mak lahirkan Nuha dan jaga Nuha ada pernah Nuha ni
merayap ke mana-mana tanpa izin mak? Tak kan… Nuha janji Nuha akan balik rumah
terus. Nuha nak mintak Risya tolong hantar Nuha balik nanti kalau dia bawa
motor,” ujar Nuha. Dia menyalami tangan maknya sebelum keluar dari kereta.
Nuha terpacak di luar pagar sambil
memerhatikan sebuah bangunan sekolah yang hanya berdua tingkat berwarna hijau
putih sebaik kereta ibunya sudah menjauh. Sekolah Swasta Firas itulah tempat
Nuha belajar sekarang. Sebuah sekolah persendirian yang berbayar bagi pelajar
yang mahu mengambil peperiksaan SPM dan STPM semula. Nuha Cempaka Dahlia salah
seorang daripadanya. Sekitar sekolah itu Nuha tatap lama sambil mencekak
pinggang.
“Kalau aku lulus dengan cemerlang
masa SPM tahun lepas pasti aku tak akan ke sini. Itulah Nuha gatal nak berkasih
tengok siapa yang rugi? Diri kau juga yang rugi. Nama aje couple dengan budak best
student tapi perangai tak ikut pakwe. Setidaknya curilah sikit ilmu dia tu.
Hmmm…Kalau tak pasti aku dah masuk u sama macam dia tahun lepas bukannya ke
sini.
Pin! Pin
“Dik kalau nak termenung baik balik
rumah. Dekat sini orang nak keluar masuk.”
Nuha terus kalih ke belakang sebaik
terdengar seseorang marahkan dia. Kening gadis itu naik sebelah. Seorang lelaki
sudah terjengah kepalanya di tingkap kereta. Wajahnya cukup menggerunkan Nuha.
Lama jugak Nuha terpacak sambil merenung lelaki itu sehingga lelaki itu
terpaksa keluar dari kereta dan mendekati Nuha.
“Dik ke tepi sikit ya abang nak
lalu,” sinis sahaja suara lelaki itu. Bahu Nuha dipegang seraya dialihkan
sedikit. Sesaat kemudian lelaki itu masuk kembali ke dalam keretanya dan terus
meluncur masuk ke dalam kawasan sekolah itu.
Bahu Nuha dah jatuh hampir ke bawah.
Babak tadi sukar untuk ditangkap oleh akalnya kerana berlaku secara drastik.
“Argghh!” dia tiba menjerti sebaik
akalnya kembali beroperasi.
“Dah kenapa dengan awak ni?” soal
pengawal keselamatan sekolah ini. Nuha tersentap terus tersengih.
“Err…Eh, takdelah saja nak test peti
suara elok ke tidak pagi ni,” selamba Nuha menjawab dan cepat-cepat dia memecut
langkahnya. Pengawal keselamatan sudah terkebil-kebil.
Sampai sahaja ke kelas Nuha terus
menerpa masuk dan menghenyek punggung di atas kerusi. Beg sekolah dilempar kasar
ke meja. Kejadian sekejap tadi betul-betul membuat dia bengang.
“Harap-harap lelaki itu bukanlah
cikgu baru dekat sekolah ini. Kalau tak siap aku kerjakan dia sampai lunyai!”
“Wey! Kau marahkan siapa?”
“Allahurabbi!” Nuha tersentap habis.
Nasib baik jantung dia sempat ditahan daripada tercabut. Seorang gadis yang
baru menegurnya sudah tersengih panjang.
“Sorry
tak sengaja. Yang awak ni pagi-pagi dah nak naik angin apahal?”
“Kau ni memang Risya nak tegur aku
selalu aje tak bagi salam. Takde apa-apalah saja nak buat gimik hot pagi-pagi ni,” selamba macam monyet
mencuri pisang dekat kebun orang saja Nuha menjawab. Batrisya mencemik kemudian
melabuh duduk di sebelah Nuha.
Batrisya masuk ke sini kerana dia masuk
hospital sebab pembedahan kanser hati dan tidak dapat nak ambil Sijil Pelajaran
Malaysia tahun lepas jadi. Berlainan benar dengan Nuha yang terpaksa repeat
sijil. Ikutkan Nuha mahu saja dia naik tingkatan enam bawah tapi Puan Sofiya
tidak membenarkan. Kata wanita itu sijil SPM penting untuk memasuk ipt ataupun
nak kolej malah untuk bekerja pun mereka akan lihat sijil itu. Sebagai anak
Nuha terpaksa mengikut.
“Saya ada nampak Syah semalam,” Nuha
dah kerut dahi. Sesaat kemudian matanya tebeliak.
“Syah? Maksudnya kau ada nampak
syah? Dekat mana?” bahu Batrisya dipegang.
“Laa Syah tukan sepupu saya lagipun
rumah dia dengan rumah aku sejengka kera ajepun mestilah saya selalu nampak
dia,” Nuha mengeluh berat. Lupa pula yang Batrisya ni sepupu Syah Redza malah
mereka berdua sebaya. Tak hairanlah masa Batrisya masuk ke sini mereka dah
rapat gila.
“Kalau dia ada balik kenapa dia
telefon aku takpun mesejlah sepatah cakap dia ada dekat sini…ini tak!”
“Hmmm…Nuha bukan saya nak masuk
campur dalam hal korang tapi semalam Syah ada bawa seorang perempuan balik
rumah…” takut –takut Batrisya mahu berterus terang. Walaupun Syah Redza itu
sepupu dia Nuha Cempaka Dahlia sahabat baik dia. Dia rasa bertanggungjawab
untuk bercakap benar pada kawannya itu. Batrisya takut Nuha akan dikhianati
oleh sepupunya.
“Seorang perempuan?” Nuha jungkit
hujung bibir. “Patutlah dia jarang hubungi aku rupanya dah ada penganti!” sayu saja bunyi suara Nuha.
“Nuha awak okey ke?” tanya Batrisya.
Risau juga dia kalau Nuha mahu menangis.
“Okey aje. Sakit hati sikit tu
adalah. Nak buat macam mana dia pelajar pintar jika nak dibandingkan dengan aku
memang jauh api dari panggang. Ibarat bumi dan langit nampak macam bersatu
hakikatnya saling menjauh. Haaa…dugaan dalam percintaan beginilah. Hey, Risya
janganlah tayang muka sedih aku okeylah!” bahu Batrisya ditepuk sedikit sebaik
Nuha terlihat wajah Batrisya dah mendung.
“Saya takut awak tak mahu berkawan
dengan saya lagi,”
“Apahal pulak sampai ke sini
jadinya?”
“Syah tukan sepupu saya kalau dia
ada perempuan lain mesti awak bencikan dia dan tak mustahil awak akan bencikan
saya jugak,” Nuha tiba-tiba gelak.
“Risya oii…Ini Nuhalah. Bukan jenis
yang suka berdendam. Kalau saya marahkan Syah hanya Syah saja yang saya
marahkan bukan orang di sekeliling Syah ada faham? Cool aje Nuha Cempaka Dahlia binti Fakrul tidak akan marahkan
Batrisya kawan dia,”
“Terima kasih Nuha,” mereka
sama-sama senyum.
“Nuha! Cikgu Min panggil sekarang
dia ada dekat bilik buku teks,” tiba-tiba Akma kawan sekelas mereka masuk ke
kelas sambil termengah untuk mendapatkan Nuha mencelah.
“Apahal cikgu apa aku pulak?” dahi
Nuha dah kerut. Baru saja nak sejukkan punggung dah kena panggil. Hmmm…
“Laa… Kau kan ketua biro buku teks
jadi Cikgu Min panggil kau lah!” jawab Akma agak bengang sedikit. Tak akan
minah ni dah lupa jawatan yang dia sandar sekarang?
Nuha tepuk dahi sendiri. “Ayooo… lupa
sudah…Risya aku pergi dulu,” Nuha dah bangkit untuk keluar dari kelas.
Batrisya mengangguk. Nuha agak aktif
di sekolah tak hairanlah ramai cikgu yang kenal dia. Manakala Batrisya pasif
mungkin di sebabkan faktor kesihatan. Wajah Nuha yang terpamer senyuman manis
sambil bergurau senda dengan Akma ditatap lembut. Batrisya kagum dengan gadis
itu. Ceria dan riang walaupun Batrisya tahu sedikit sebanyak mesti hati Nuha
terluka dengan perbuatan sepupunya itu.
“Nuha buku-buku ini semua awak
angkut masuk ke dalam bilik stor yang berhampiran dengan klinik sekolah ya. Nah,
ini kuncinya!” Cikgu Rosmina ataupun Cikgu Min menyerahkan anak kunci stor
kepada Nuha sebaik kelibat Nuha masuk ke bilik yang penuh dengan segala buku
teks.
“Buku-buku ini semua dah taknak guna
ke cikgu?” tanya Nuha.
“Ini buku-buku lama. Awak masukkan ke
dalam bilik stor minggu depan pengetua cakap lori akan angkut bawa pergi ke
tempat pelupusan. Awak tak ajak yang lain ke? Awak sorang mahu patah tulang
belulang awak ni Nuha,” Nuha garu kepala yang bertudung sambil tersengih.
“Err…Alamak lupa nak panggillah
cikgu. Hmmm…Lagipun Nuha tak ingat dah siapa lagi AJK bawah Nuha,”
“Ish boleh pulak macam tu.
Hmmm…Takpelah nanti cikgu minta Akma panggilkan sementara tu bolehllah awak
angkut separuh ke dalam stor dulu,”
“Baik cikgu.”
Nuha termenung lagi sambil membimbit
buku-buku teks lama untuk dibawa ke bilik stor dekat hujung bangunan sekolah
ini dan berhampiran dengan klinik sekolah. Dalam fikiran dia sekarang ada
bayangan Syah Redza.
“Kau memang penipu besar Syah! Dulu
kau cakap aku sorang yang layak untuk berada dalam hati kau. Aku seorang sahaja
yang layak jadi permaisuri kau. Kata-kata manis kau aku percaya bulat-bulat
sampai aku terangau-angaukan kau result
aku tenggelam tak mahu timbul-timbul. Haaa…Syah…Syah...kenapa kau buat macam
aku ni robot yang takde perasaan? Masa kau sunyi kau selalu telefon mengadu
pada aku, kau sedih sebab aku takde di sisi kau, tapi tengoklah sekarang! Sepupu
kau sendiri cakap kau bawa perempuan lain dekat rumah kau! Masa kita jadian
dulu langsung kau tak bawa aku. Siaplah kau Syah…Jumpa kau aku nak buat sate
daging kau tu!”
“Hati-hati!”
Tiba-tiba ada satu tangan menarik
belakang baju sekolah Nuha dari belakang dan di saat itu juga Nuha tak dapat
nak imbangkan badan lalu jatuh terduduk dan habis segala buku teks di tangan
berlimpangan di kaki lima sekolah.
“Wey! Siapa yang tarik baju aku ni?
Tengok habis jatuh buku teks yang berat macam kamus dewan ni!” jerit Nuha
tiba-tiba.
“Dik oii kalau saya tak tarik baju
awak mahunya awak masuk longkang tu,” tegur satu suara garau. Nuha cepat-cepat
dongakkan wajahnya ke atas. Terlihat seorang lelaki berkemeja lengan panjang
biru muda memandang dia yang sedang cantik landingnya di bawah ini.
Nuha cepat-cepat bangun dan mengibas
habuk di bajunya. “Ikut suka hati sayalah nak jatuh longkang ke apa? Itu soal
hidup saya dan takde kena mengena dengan encik!” Bulat mata lelaki itu bila ditengking
oleh Nuha. Kawan dia dekat sebelah dan menekan perut. Lucu bila terlihat adegan
ini.
“Awak ni sepatutnya bersyukur dekat
saya bukannya marahkan saya. Tahu nak jadi macam ni mahu saja saya langgar awak
dekat pintu pagar sekolah pagi tagi tak perlu kita berjumpa lagi,” tenpelak
lelaki itu sedikit bengang. Bahu Nuha jatuh separuh.
“Ooo… Enciklah yang hon pada saya
tadi? Uf! Bukan nak minta dengan baik ini hon kuat bukan main. Nasib baik saya
takde penyakit jantung kalau tak saya saman encik!” Nuha lawan balik. Kawan
lelaki itu masih ketawa tanpa henti sehinggalah lelaki itu menjeling maut
kepadanya kawannya.
“Opss…sorry,” kawan lelaki itu dah angkat tangan tanda tak mahu ketawa
lagi.
Nuha tidak menghiraukan dua orang
lelaki di hadapan dia lagi. Dia mengutip semula buku-buku teks yang terjatuh
tadi dan memulakan langkah terbantut tadi. Sesaat kemudian kaki Nuha dah masuk
ke longkang. Sekali lagi buku-buku teks itu melayang ke udara dan sama jatuh
dengan badan Nuha. Tahulah kan macam mana gaya orang jatuh longkang? Begitulah
keadaan Nuha sekarang. Malang bagi Nuha bila mana badan dia terjatuh kepala dia
pula terhantuk dekat pasu bunga.
“Aduh!” Nuha menjerit seraya
mengagau dahinya. Ada darah yang menitis turun. Serta merta dia pengsan.
“Alamak budak itu pengsanlah!”
“Yang kau tercegak lagi dekat sini
apahal bawak dia masuk kliniklah!” arah lelaki itu.
“Kaulah aku sakit tangan,” si kawan
mengelak sambil tersengih.
“Ngada betul kau ni!” sempat lagi
lelaki itu meleku kepada si kawan sebelum mencempung Nuha untuk dibawa ke
klinik sekolah.
“Menyusahkan betul pelajar bapak kau
ni Waiz! Aku dah bagi amaran bukan nak dengar tengok sekarang siapa yang
susah?” bebel lelaki itu sebaik Nuha diletakkan di katil.
“Aysar nak tolong orang kena ikhlas
tak baik merungut,” kawan lelaki itu bernama Waiz menegur.
“Banyak cakap kau rawat sendiri
pelajar bapak kau ni! Lagipun aku bukan doktor dekat sini. Aku datang sebab kau
yang panggil,” marah Aysar. Lelaki yang cari gaduh dengan Nuha bernama Aysar.
“Kau ni tak boleh nak diajak
bergurau langsung! Patutlah Auni asyik mengadu dekat aku yang kekasih hatinya
ini cepat tua sebab tak pernah nak senyum apatah lagi nak bergurau,” seloroh
Waiz.
“Kau nampak jarum dekat sana tu?
Sekali kau buka mulut aku jahit mulutkan sampai bisu!” ugut Aysar. Waiz terus
tutup mulut. Kerja pembersihan kuman di dahi Nuha bermula sekarang.
“Aysar jomlah join aku dekat sini.
Aku tak cukup tangan nak buat kerja seorang diri. Kau berhenti sahaja kerja
dengan HUSM tu kerja dengan aku nak? Masa kau dengan Auni banyak bolehlah kau
bawa dia pergi jalan-jalan,” Waiz bersuara sebaik kerja Aysar selesai.
“Tengoklah nanti,”
“Aysar aku serius ni. Klinik ni
bukan klinik sekolah saja tapi klinik
24/7 untuk masyarakat nanti kita boleh bertukar shift. Member aku sekarang dah pindah tu yang
aku susah sekarang ni,” Waiz tetap memujuk sepupunya itu.
Oh lupa nak cakap. Waiz Firas dan
Aysar Firas adalah sepupu. Sekolah ini milik bapak Waiz Firas iaitu Wazen Firas
dan klinik ini milik Waiz Firas. Klinik sekolah dan juga klinik untuk
masyarakat awam beroperasi sepanjang hari kecuali hujung minggu.
“Masa kau kerja dengan HUSM aku
tengok kau luangkan masa dengan Auni singkat sangat. Tak kesian kau pada dia.
Dia perlukan perhatian yang lebih dari aku Aysar. Aku buat penawaran ni sama-sama
dapat untung tahu. Kau dan aku sama-sama untung apa macam nak tak ni?”
Asyar mahu melekat plaster di dahi
Nuha tidak menjadi. Wajah Waiz dikerling lama. Cuba mempertimbangakan cadangan
sepupunya itu. Tangannya terhala ke bahagian dada Nuha. Saat itu juga Nuha dah
mula sedarkan diri. Sebaik matanya terbuka benda pertama dia lihat adalah
tangan Aysar yang terjuntai mahu menyentuh harta dia.
“Argggh!! Pencabulan!” jerit Nuha.
Dia terus menepis tangan Aysar dengan kasar. Plaster yang berada di tangan Aysar
terjatuh ke bawah. Aysar dan Waiz sama- sama terkejut.
“Awak berdua buat apa dekat saya
ni?! Saya nak buat aduan dekat pengetua!” marah Nuha lagi. Seluruh badannya
disentuh. Takut terkenapa-kenapa oleh dua orang lelaki itu.
Aysar mendengus seraya menggaru
kepala yang tidak gatal. “Lupa dan suntik ubat pelali dekat budak ni tadi,”
sindir Aysar.
Waiz gelak besar. Nuha dah
terpinga-pinga. Wajah dua orang lelaki di hadapan dia dipandang silih ganti. Aysar
menunduk untuk mengambil plaster yang terjatuh dekat bawah.
“Adik abang berdua ni bawa adik ke
klinik sebab adik tercedera tadi. Tak ingat ke yang adik masuk longkang dan
terhantuk dekat pasu lepas tu terus pitam. Tak ingat,” Aysar cuba membawa Nuha
pada kisah sebentar tadi. Nuha termenung seketika. Cuba mengingati perkara itu.
Lihat Nuha senyap Aysar terus mendekat gadis itu untuk lekatkan plaster di dahi
yang tercedera itu. Nasib baik sikit aje lukanya.
Nuha tersedar terus mengelak. Nuha
tersilap langkah punggungnya tidak mencecah katil dan mahu terjatuh dari katil.
Dia sempat menangkap baju kemeja Aysar. Pada masa yang sama Aysar terikut Nuha
dan sama-sama jatuh ke bawah.
“Argggh!”
Dua-dua menjerit dan akhirnya Aysar
sudah menghempap badan kecil Nuha. Nuha tatap Aysar dengan mata membulat besar.
Begitu juga dengan Aysar. Masing-masing bertatapan tanpa suara. Waiz yang masih
berdiri sudah tekup mulut. Tidak percaya ini yang bakal terjadi.