“Tahniah
Cik Jihan Afiyah binti Mohd. Anda telah berjaya di tempatkan di SJK (C) Khee
Chee Temerloh Pahang. Sebagai Guru Bahasa Melayu.”
‘Haa..’Aku mengeluh kecil, teringat lagi ketika mula-mula mendapat
surat posting dua minggu yang lalu. Memang gembira kerana sudah dapat
bekerja tapi dalam waktu yang sama lubuk hati kecilku sangat sedih. Ingatkan
dapat berbakti kepada anak negeri sendiri tapi anak didik negeri Pahang yang
lebih memerlukan aku. Aku memujuk hati supaya dapat menerima dengan hati yang
tenang. Ma bagaikan mengerti kegelisahan hatiku kala ini. Dia menggosok lembut
belakangku.
“Sabarlah, banyak pahala mengajar anak orang ni, mana tahu kot-kot
ada yang berjaya kamu tarik masuk islam nanti,”pujuk Ma diselangi gurauan.
“Ma, Jihan bukannya datang sebagai ustazah nak tarik orang masuk Islam.
Anak Ma yang ini cikgu Bahasa Melayu, lagipun ilmu agama ciput nak suruh didik
orang aduhai. Anak ma dan abah ni, nama je bekas pelajar sekolah agama tapi
perangai bukan beragama sangat,” jenakaku tersengih, cuba menutup rasa sedih
kerana sebentar lagi aku bakal ditinggalkan seorang diri di sini jadi anak yatim wal paitu
sementaralah aku jawabnya.
Ma sudah menggeleng dengan loyar buruk aku ini.
“Dah pergi masuk dulu, nanti nak balik telefon. Abah datang ambik
bolehlah kita angkut barang masuk rumah
sewa.” Arah abah, aku mengangguk lemah rasa sayu semakin menebal dalam diri. dengan lafaz bismillah dan aku melangkah masuk
ke perkarangan sekolah itu.
“Sila tulis nama ya.” pinta seorang pemuda yang menjadi pengawal
keselamatan di sekolah itu.
“Er, maaf pejabat dekat mana? Nak daftar kena tulis nama jugak?”
Soalku kehairanan
“Eh, cikgu ke?” Tanya pemuda itu malu-malu.
Aku mengangguk dan tersenyum
kecil. “Ya, baru nak lapor diri hari ni.”
“Maaf-maaf cikgu tak kena tulis nama. Sini untuk penjaga yang datang
melawat je,” jelasnya sambil tersengih
malu. Aduhai mamat pengawal keselamatan ni buat lawak pulak orang tengah
berdebar ni kang ada yang kena hempuk dek aku ni!
Usai melapor diri, aku di bawa oleh guru besar ke bilik guru untuk
memperkenalkan aku dengan para guru yang lain.
“Ini cikgu Aminah. Dia Ketua Panatia Bahasa melayu kat sekolah ni,
dia juga akan menjadi guru pembimbing kamu nanti. Ada sebarang masalah kamu boleh rujuk dia.” bagitahu Guru Besar
dengan pelat cinanya.
Aku mengangguk tanda hormat kemudian berjabat tangan dengan Puan
Aminah setelah Guru Besar meninggalkan kami berdua.
“ Panggil Kak Min je toksah nak bercikgu-cikgu. Hrm ini nama siapa?
Soalnya sambil tersenyum.
“Jihan,” jawabku pantas.
“Oo. Hrm, kat sini tak ramai cikgu islam, termasuk Jihan semuanya 5
orang. Tapi kalau pekerja majoritinya melayulah,” gurau Kak Min alias Cikgu
Aminah.
“Macam tu ke? Mesti tak ramai pelajar melayukan dekat sekolah ni?”
soalku tiba-tiba.
“Eh, siapa kata tak ramai?! Kalau Jihan nak tahu kat sini nama je
sekolah cina tapi ramai pelajar melayu. Tahun ni pelajar tahun 1, 35 orang yang
anak melayu mendaftar masuk ke sini.
Akak pun tak faham dengan mereka ni.” bisik Kak Min sambil berjalan membawa aku
ke meja guru yang masih ada kosong.
“Ehem.”
Aku lantas menoleh ke belakang bila ada suara berdehem dari
belakang. Mungkin aku menganggu laluannya. Mataku terpaku pada susuk tubuh
seorang lelaki berbangsa cina yang agak tinggi lampai.
“Selamat pagi cikgu.” Lelaki itu bersuara dengan pelat cinanya.
“Selamat pagi. Ini cikgu Fei,
dia mengajar Bahasa Cina. Cikgu Fei ini cikgu Jihan, dia akan ajar Bahasa
Melayu mengantikan cikgu Amadi yang sudah berpindah.” Kak Min memperkenalkan
aku dan dia. Aku menunduk tanda hormat dia juga begitu kemudian dia menjeling
sekilas padaku sebelum melintasi kami.
“Mak kau tingginya dia. Tinggi aku para bahu dia.”sempat lagi aku
mengomel tentang lelaki itu.
Dua
minggu aku mengajar di sini dan dalam tempoh ini jugalah aku semakin dapat suaikan
diri dengan sekolah itu. Sekolah cina tak seperti sekolah rendah yang lain, boleh membeli sesuka hati di kantin. Di
sini disyaratkan pelajar yang beragama Islam akan membawa bekal masing-masing dari rumah manakala
cikgu atau pekerja yang beragama Islam akan keluar mencari kedai-kedai makan
yang berhampiran untuk mengisi perut. Sebabnya tender kantin dipegang oleh
bangsa Cina.
Pagi itu seperti biasa setiap 15 minit perhimpunan akan berjalan di
dewan. Pada akhir sesi perhimpunan itu Guru Besar mengumumkan sesuatu dalam
bahasa cina. Aku terpinga-pinga sekumpulan pelajar naik ke pentas begitu juga
dengan beberapa orang guru.
“Ada apa kat atas tu?” bisikku pada Kak Min dalam keadaan bingung.
“ Majlis Sambutan Hari Jadi,” jawabnya pendek.
“Cikgu lahir bulan berapa?” sampuk cikgu Khairi pula salah seorang
cikgu Bahasa Melayu juga.
“Bulan satu.” jawabku teragak-agak
“Hah,apa lagi naiklah kat atas tu!” arahnya bersungguh.
“Eh, takpelah!” Tolakku lembut.
“Pergilah, bila lagi nak merasa orang bersorak selamat hari jadi
untuk kitakan?” Usik Cikgu Khairi sambil tersenyum.
Aku menggeleng dengan laju. ‘Malulah nak tercegat kat atas pentas
tu!’
“Tak nak naik, nanti cakap kat Guru Besar suruh potong markah!”
Aku tergamam tiba-tiba cikgu Fei yang dingin dengan aku selama kini
bersuara. Aku kalih padanya ada ukiran senyuman di wajahnya. Sungguh kacak ini
kali pertama aku melihat dia tersenyum.
Sedang aku asyik menyemak buku latihan pelajar tahun 3 yang
bertimbun tiba-tiba namaku diseru. Aku lantas menoleh.
“Cikgu, cikgu mahu pindah
tempat tak?” Suara cikgu Yin dengan pelat cina perlahan-lahan cuba mengatur
ayat agar aku memahaminya. Aku memandangnya
dengan wajah sedikit berkerut.
“Tak, begini saya kesiankan cikgu tempat ini sempit cikgu punya
barang manyak maa.. Dekat sana ada meja kosong dua jadi senang sikit.” jelasnya
lagi.
Aku lantas menoleh ke tempat yang ditunjukan oleh cikgu Yin tadi.
Kemudian aku mengangguk tanda setuju. Betul
juga dengan timbunan buku yang banyak berserta bahan ABM ini aku perlu ruangan
yang cukup luas. “Terima kasih cikgu.” Ucapku sambil tersenyum manis kepadanya.
“Sama-sama. Tak hallah. Malilah saya tolong cikgu angkat barang.”pelawanya.
‘Wah, tak sangka pula Cikgu Yin simpati pada aku, ke dia nak letak
barang dia kat tempat aku. Barang dia apa kurangnya banyak bukan ke main sampai
meja aku pun dia kaut sekali. Memang sah dah ni.’bebelku sendiri.
“Terima kasih cikgu. Ucapku pada Cikgu Yin, kerana dia turut
membantu aku memunggahkan barang-barang aku. Dia mengangguk dan berlalu pergi. Aku
melepaskan lelah di kerusi sambil mengesat peluh yang mula percik keluar. ‘Eh, tak silap aku depan ni tempat….’
Belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba mataku tertancap
pada susuk tubuh Cikgu Fei sudah menarik kerusi di depanku lalu duduk. Bila dia
mengangkat muka, aku lihat dia sedikit terkejut. Aku tersengih padanya dia membalas
dengan mengerot bibirnya ke kiri lalu tunduk kembali menfokuskan pada buku
rekod pengajaran dan pembelajarannya.
‘Alahai mamat apek ni, kadang-kadang senyum kadang mencuka tak
faham betul aku?!’
“Memo
baru memo baru.” Teriak Cikgu Chong selaku Guru PKKO sekolah itu sambil
mengedar kertas pada setiap guru.
Aku mengangkat muka sedikit. Fokusku pada buku latihan tergendala
seketika. Dia menghulurkan kertas itu padaku. Aku mengangguk dan megucap terima kasih
padanya. Aku meneliti tulisan yang ada pada kertas itu.
‘Jurulatih bola jarring.. biar betul?!’ tuturku dengan nada terkejut.
‘Patutlah masa mula-mula daftar hari tu, Guru Besar ada tanya aku pandai tak main
bola jaring. Rupanya nak lantik aku jadi jurulatih….’ Keluhku dalam keredhaan
terpaksa.
“Cikgu.”
Aku mendongat memandang wajah cikgu Fei yang hensem tapi agak
dingin itu bila dia menyeruku. “Ya, kenapa?”
“Petang esok ada perjumpaan,” ujarnya ringkas.
“Untuk apa ya? ”soalku balik dengan wajah berkerut.
“Semua cikgu yang jadi
jurulatih bola jaring, keranjang dan carom ada meeting jam 2.”terangnya dengan
lagak tenang.
Mulutku membulat sedikit disertai anggukkan perlahan sambil
tersenyum padanya. Dia membalas dengan memandangku tanpa riak dan berlalu pergi
begitu saja. ‘Alahai apek ni, macamlah aku nak ngorat dia!’
‘Tak percaya langsung! Aku jadi jurulatih bola jaring. Belum-belum
pernah melatih orang tup-tup jadi jurulatih. Kalau main sendiri tak kesah ini
nak latih orang, entah betul tidak ajaranku nanti.’ Bebelku sendiri.
Sebaik menapak di gelanggang
aku nampak Cikgu Fei yang tegak berdiri di luar garisan gelanggang
sambil memeluk tubuh. “Selamat petang cikgu.”sapaku lalu mengambil tempat di
sisinya.
“Hrmm.” balasnya hanya membunyikan suara tanpa membuka mulut.
“Cikgu
dah lama ke mengajar dekat sini.”ramahku cuba memancing agar dia berbicara
denganku sambil mencuri pandang arahnya.
“Dah 5 tahun.” jawabnya kedengaran malas.
“ Wah, lamanya!” ujarku sendiri sambil membetulkan tudung yang
kurasakan senget sedikit.
“Boleh ke orang bertudung melatih budak main bola jaring?” Suaranya
tiba-tiba mengubah topik perbualan kami tanpa memandang wajahku.
‘Wah, ini dah nama menghina kaum wanita ni!’gumamku dengan geram.
“Cikgu tak pernah tengok atlet wanita
bertudung ke dekat televisyen?”soalku kembali membalas sindirannya.
“What everlah.”bidasnya.
“Kenapa tak percaya ke? Nak saya buktikan yang saya ni jaguh bola
jaring dekat sekolah dulu?” dugaku lagi dengan suara sedikit bergetar bengang.
Dia mengerlingku dengan senyuman sinis kemudian dia berteriak pada
seorang yang berlatih bola keranjang dalam bahasa mandarinnya. Aku hanya
memerhati saja, tak faham!
“Nah!”Dia menghulurkan sebiji bola padaku. Aku bagaikan lembu
dicucuk hidung mengambil bola itu lalu memandang ke wajahnya dengan bingung.
“Wang!”
Aku terkejut dia berteriak
memanggil salah seorang dari pelajar yang sedang berlatih itu lalu berkata
sesuatu pada budak itu dalam bahasa cina. Sepatah haram pun aku tak faham yang
sempat aku tangkap hanya nama budak itu saja.
“Saya nak cikgu masukkan bola ini ke dalam gol dalam masa sepuluh
minit. Wang akan menjadi goal defend.” Cabarnya dengan berlagak.
“Hah!” Dahiku berkerut
seribu. Hatiku tiba-tiba meradang nak marah. ‘Biar betul apek ni.’Aku menghembus
nafas perlahan-lahan untuk mendapatkan kembali ketenanganku.
Aku mengecilkan bebola mata memberi
fokus pada sasaran, tangan Wang tergoyang-goyang untuk menghalang aku dari menjaringkan bola ke dalam gol.
Kemudian membaca sedikit ayat lalu menghembus serentak itu juga aku melontarkan
bola itu ke sasaran. Semua mata tertumpu pada bola itu. Tak sampai sesaat bola itu terpelantun dan masuk
ke dalam jaringnya. Aku sendiri pegun dan tak sangka lontaran aku itu
tepat. Spontan aku melompat sambil
bersorak. Ketika melintasi Cikgu Fei aku
menyapu ke dua belah tapak tangan sambil menjungkitkan sedikit kening kananku
lalu tersengih menyindir. Dia diam tidak terkata.
“Itulah jangan menilai orang dari luaran saja!” sindirku siap bagi
pepatah lagi inilah akibat bercakap dengan cikgu BM.
Seminggu
lagi tahun baru cina bakal disambut oleh semua yang berbangsa cina. Sekolah ini
penuh dengan hiasan tanglung yang tergantung tidak kira sudut. Dalam kelas dan
bilik guru toksah nak cakap memang penuh. Sampai berpinar-pinar anak mataku
menengoknya! Merah biji saga gitu.
“Cikgu, nah, ibu saya kasi!” sua Cikgu Fei, satu kotak limau kepada
aku.
Aku memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Teragak-agak mahu
menerimanya, maklumlah aku dan dia berlainan bangsa dan agama. Tambahan dia non
muslim jadi aku was-was lah sikit.Lagipun satu kotok tu siapalah nak makan
lainlah kalau aku dekat kampung adik beradik ramai satu kotak belum tentu cukup. Nak tolak mentah-mentah takut dia cakap agam Islam
tak toleransi. Aku rasa tak berdosa terima pemberian orang non islam nikan? Tulah jihan masa sekolah tak nak mendalami
ilmu agama sekarang kang dah susah. Aigoo.
“Terima kasih cikgu,” ucapku lalu menyuruh dia meletakkan kotak itu
di bawah meja.
Aku lihat dia mengerot bibir saja mahu tak mahu senyum je aku
tengok. Alahai dia memang kacak berwajah dingin. Itulah cirri-ciri jejak idamanku
tapi sayang kau dan aku berlainan agama.
Kalau tak dah lama aku ngorat. Gatal!
Selesai makan tiba-tiba
loceng sekolah kedengaran dari kedai yang berhampiran dengan sekolah. Aku berjalan seiringan dengan Kak Min dan Kak
Ina guru agama untuk masuk ke sekolah. Bila teringat yang aku ada kelas lepas
waktu rehat, aku mepercepatkan langkah untuk masuk kelas.
“Selamat pagi Cikgu Jihan.” ucap semua pelajar satu kelas sebagai
tanda hormat. Sebaik aku menapak masuk ke kelas 6Bijak.
“Selamat pagi duduk semua. Okey hari ni cikgu nak kamu keluarkan
buku latihan dan tulis kata panggilan. Cikgu bagi contoh satu, ya. Ma..ma. mama..
seterusnya cikgu nak kamu senaraikan
sepuluh.” arahku sebaik selesai menulis di papan putih.
Aku berjalan untuk memerhatikan kerja mereka, bila terpandang
tanglung yang tergantung di muka pintu aku teringat pada kotak yang berisi limau pemberian dari Cikgu Fei.
‘Baik aku bagi dekat mereka dari membazirkan. Bagus juga memang bernas otak aku
ni.’ sempat lagi aku angkat bakul sendiri.
“Fong!” Panggilku, seorang pelajar merangkap ketua kelas 6B. “ Awak
pergi kat meja saya tengok kat bawah tu kotak limau bawa datang ke kelas, ya.” Perintahku dengan
nada teratur budak cina mana nak sempat tangkap butiran percakapan kita kalau
laju-laju.
10 minit kemudia Fong yang ditemani Aiman kembali kelas dalam keadaan
termengah-mengah.
“ Berat sangat ke kotak tu.” usikku.
“Cikgu kami mahu bawak sebagai upah,” pinta Fong sambil tersengih
menayangkan giginya yang putih tersusun itu. Budak ni memang banyak cakap tak
terlawan olehku.
“Suka hati kamulah. Okey kelas ambik sesorang satu ya, jangan
berebut cukup untuk semua.”Aku memberi arah dan meminta Aiman dan Fong
mengagihkan kepada kelas.
Aku berdiri di tepi pintu
sambil bersandar ke dinding, lucu melihat telatah mereka bergelak tawa kerana
mendapat buah limau itu. Macam tak pernah makan limau je.
“Wah, cikgu baiknya cikgu sampai belanja budak-budak sekotak limau
ya.”
“Aah, saja nak bagi upah dekat diorang yang bertungkus lumus
belajar untuk UPSR nantikan, jawabku bersahaja kemudian menoleh ke sebelah. Aku tersentap ,
senyumanku mati serta merta terlihat Cikgu Fei sudah tercegat dengan tangan sebelah
masuk ke poket seluar slacknya dengan wajah seriusnya.
“Kalau tahu cikgu nak bagi buah tu dekat budak-budak ni, tak perlu
saya bagi dekat cikgukan?” tuturnya berbaur sindiran. Aku mati kata.
“Cikgu tahu tak, apa perasaan
bila benda yang kita bagi dekat seseorang tu kemudian dia hadiahkan pula
pada orang lain. Ya, saya tahu kita punya agama berbeza tapi takkan tak boleh
menerimannya langsung. Setahu saya ada je orang Islam yang terima pemberian
dari bangsa kami?” Soalnya cukup sinis. Aku tergaru-garu kepala tidak gatal
ini. Nak berhujjah lebih, aku bukannya
ustazah. Jadi mampu tersengih tanpa rasa bersalah jelah.
“Err.. saya, sebenarnya….” Belum sempat aku mencari perkataan yang
elok untuk memberitahunya, dia tiba-tiba mencelah.
“Pukul 11 nanti cikgu kena bantu saya agihan duit untuk ibubapa
pelajar tahun 4 Cerdik.” Ujarnya berbunyi tegas lalu terus keluar dari kelas
itu.
‘Haih kena pergi jumpa ustazah
nampak gayanya ni. Tulah Jihan ma dan abah dah hantar belajar agama tapi
tak nak amalkan, tengok kau je yang terkapai-kapai.’
“Kak Ina, boleh ke kita terima pemberian dari non muslim?” Tanyaku
pada Ustazah Haslina selalu guru agama yang tunggal di sekolah ini.
“Kenapa tiba-tiba tanya ni?” soalnya kembali. “Hrm, mesti kes nak
dekat tahun baru cina nikan? Nape dah ada yang bagi kamu limau ya?”tembak
ustazah Haslina bertubi-tubi tersenyum manis. Aku mengangguk mengiakan.
“Secara amnya makan makanan yang diberikan oleh
orang bukan Islam adalah dibolehkan dengan syarat jika makanan tersebut tidak terdiri daripada
makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai binatang
yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih
secara syarie dan sebagainya. Jadi kita boleh menerima bahkan memakan makanan
tersebut.”
“Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu
makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan
bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.”
“Jadi, Jihan boleh menerima pemberian makanan yang
diberikan oleh orang non muslim malah Jihan boleh memakannya. Tapi ingat
sekiranya pada zahir makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan
yang haram dan dia tidak ada niat untuk
memurtadkan kita.”jelas Kak Ina secara terperinci, nyata dan terang.
Aku rasa bersalah pada Cikgu Fei kerana membuat dia terasa dengan
aku. Mesti dia cop aku ni umat Islam yang sombong. Setelah mendapat jawapan
dari Ustazah Haslina yang berada di Bilik Agama, aku terus turun ke bilik guru.
Sebaik aku menapak masuk ke dalam Cikgu Fei menghampiri aku. Tiba-tiba rasa
malu menyelubungi aku.
“Cikgu, jom ikut saya.”ujarnya, berbunyi dingin.
Aku hanya mampu mengangguk
lalu membontotinya dari belakang, tak
berani nak cakap banyak. Semasa kami mahu melangkah ke kelas 4C, ibubapa
pelajar sudah ramai yang beratur menunggu untuk mengambil duit seratus seorang sempena
bajet 2013. Aku mengangguk sambil tersenyum kepada mereka. Biasalahkan cikgu
baru ke tunjuk baik sikit. Hehehehe.
Aku sangkakan Cikgu Fei mengajak
aku untuk turut serta menolongnya tapi hampeh!
Aku hanya disuruh duduk di tepi tengok dia buat kerja, macam tunggul kayu
je aku rasa dan tersengih-senigh bila ibubapa masuk untuk mendapatkan wang.
Bila giliran seorang pak cik berbangsa cina masuk untuk mengambil duit, dia tersenyum ke arah aku kemudian dia bercakap-cakap dengan
Cikgu Fei dalam bahasa cina. Sebaik pakcik itu mahu melangkah tiba-tiba dia menegur
aku, siap mengucapakan tahniah berserta ibu jari diangkat lurus. Aku terpinga-pinga
sendiri lalu mengalih pandangan pada Cikgu Fei.
“Cikgu, apahal dengan uncletu?” soalku ingin tahu.
Dia hanya mengerot bibirnya ke tepi kemudian
bersuara dalam bahasa cina. “ ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐwǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn.”
“Apa ke benda tu, saya tak faham?” tempelakku bengang bila terasa
dia cuba mempermainkan aku.
“Dia cakap awak cikgu baru ke? Lepas tu dia cakap awak cantik.
Sesuai.”jawabnya dengan senyuman manis dibibir.
Aku mencebir.” Iyalah tu. Sesuai apa ke bendanya.” Perliku.
Cikgu Fei ketawa kecil.
Bulan
ini bulan yang sangat padat dengan jadual pertandingan tak kira peringkat
sekolah, daerah dan negeri. Aku salah seorang dari jurulatih bola jaring tidak
kecuali sibuknya cuma aku bernasib baik kerana aku tak perlu menghantar pelajar
bertanding dekat luar. Sekadar jadi pengadil dekat sekolah je.
“Cikgu Jihan, cikgu pergi tak nanti?” Tanya salah seorang dari
peserta bola jaring, ketika mereka bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah
daerah Bera.
“Hrm, cikgu tak boleh nak bagi apa-apa janji ini kena tanya Cikgu Fei sebab dia S/U sukan. Kalau
dia suruh cikgu pergi cikgu pergilah. Tapi rasanya cikgu tak dapat ikut sama, cikgu
jadi pengadil untuk pertandingan bola jaring yang dekat sekolah kita ni.”jelasku
perlahan-lahan sambil menyusun ayat BM.
“Alah cikgu.” keluh mereka beramai-ramai.
“Aih, jangan begini. Belum bertanding dah putus semangat. Pergi
bawak balik piala untuk sekolah kita. Kamu menang nanti cikgu belanja kamu
makan nak?” pancingku cuba memberi semangat kepada mereka. ‘Tak pe sekali
sekala belanja diorang makan apa salahnya.’
Keputusan bertandingan sudah diumumkan sekolah kami menjadi juara
bagi pertandingan carom dan pingpong. Wah bangga sekejap jadi guru latih
padahal cikgu Ling yang melatih diorang berpenat lelah. Aku ni menyibuk je. Mereka
bersorak riang dan melalak sakan. Aku menggelengkan kepala dan cuba
mempositifkan fikiran. ‘Alah, biasalah budak-budak memang camni Jihan! Macamlah
aku tak pernaha jadi budak-budak.’
“Kita dah menang cikgu!” Teriak mereka beramai-ramai.
“Jadi kami nak raikan dengan
membaling belon, cikgu!”sambung mereka lagi.
“Amboi, pandai kamu ya, baling belon konon. Padahal kat dalam tu ada tepung dan air kan? Kamu jangan ingat
cikgu tak tahu.” Sakatku, sambil muka dibuat garang.
“Ni baru syok cikgu jadi mask muka tak perlu pergi spa dah.”
Celah salah seorang dari mereka sambil ketawa terbahak-bahak.
“Hrm, boleh jugak nak join ni, tapi jangan baling muka cikgu
tahu?” Sempat lagi aku memberi amaran sebab tak nak kotor mukaku yang cantik
ini. Lagipun cikgukan boleh mengarah.
Sedang asyik kami saling membaling-baling tiba-tiba ada orang tepuk
bahuku dari belakang, dengan spontan aku membaling belon yang berisi tepung ke
arahnya.
“Err.. Cikgu Fei!” seruku betul-betul teperanjat.
Entah dari mana dan siapa yang membaling belon yang berisi air
tepat mengena mukanya, habis basah melecun muka dia dan ditambah pula tepung
yang kubaling tadi. Dia nampak seperti hantu pocong. Mahu tergelak aku
dibuatnya tapi ditahan takut dia marah.
Tiba-tiba dia menjerit memanggil seorang budak dan menyuruh budak
itu memberikan dia belon yang berisi tepung dan air. Aku ingatkan dia nak
marahkan kami tapi lain pula jadinya. Dia mengambil dua biji belon kemudian melontarkan
ke arah aku. Tak sempat mengelak habis mukaku jadi mangsanya.
“Cikgu!” Teriakku. Semua budak-budak tergelak sakan kemudian
meneruskan aktiviti baling membaling.
“ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐwǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn.”
Dia sekali lagi dia mengungkap sesuatu dengan penuh perasaan dalam
bahasa mandarin yang aku tak faham sepatah haram sambil menguntum senyuman
sebelum berlalu pergi. Tak faham betul aku dengan dia tu.
“Cikgu,
agama kamu melarang kahwin kamu dengan agama lain, kan?”
“Hah?” Aku kaget tiba-tiba Cikgu Ling bersoalkan soal itu.
“Aah kenapa cikgu tanya? tiba-tiba pulak tu, ke cikgu nak kahwin dengan orang seagama dengan
saya? Boleh je, cikgu peluk islam habis cerita.” Candaku.
Cik Ling senyap tapi tetap menatapku lama. Aku naik bingung.
“Cikgu tak tahu ka, Cikgu Fei suka sama cikgu?”
Rahangku hampir jatuh ke bawah tersentap kemudian tawaku meletus. “Apa
yang cikgu mengarut ni? Tak mungkinlah. Saya dan diakan lainan agama, cikgu
sendiri yang tanya tadikan.”Dalihku tidak mempercayai kata-kata cikgu ling itu.
“Itu kata awak tapi bagi dia lain. Keluarga dia tak kesah kalau
tukar agama semata-mata nak kahwin dengan awak, sebabnya abang dan kakak dia ada kahwin dengan orang Islam,”
bagitahu cikgu Ling semangat.
“Er…” lidahku kelu untuk membalas balik. Bila difikirkan balik tak
de pulak dia tinggalkan tanda-tanda cintanya pada aku.
“Cikgu sedar tak, setiap kali dia jumpa cikgu pasti dia akan cakap
dalam bahasa cina kan?”tanya Cikgu Ling lagi.
“Aah, ada. Cikgu tahu dari
mana ni?” Soalku kembali dengan wajah berkerut.
“Kebetulan saya ada terdengar. Cikgu tahu tak maknanya?”
“Tahu.” jawabku pantas. “Dia cakap itu ucapan pujian.”
Cikgu Ling mengilai. “Cikgu dah kena tipu maa.”
Dahiku berkedut semakin banyak.
“Yang dia cakap tu bukannya pujian tapi meluahkan kata-kata cinta.
Yang dia ucapkan itu lirik lagu, nanti taip Wang Lee Hom “Forever Love”dekat google. Nanti translate
sekali maknanya baru tahu.” pesan Cikgu Ling padaku, dia sempat menepuk bahu
sebelum berlalu.
Aku terpinga-pinga seperti orang bodoh. Mahu percaya dan tidak
50-50. Dengan pantas aku membuka laptop dan search apa yang diperkatakan
Cikgu Ling tadi. Tak sampai seminit terteralah
apa yanga ku search tadi.
ài
nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ
mencintaimu
bukan hanya karena kecantikanmu
wǒ
yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn
Saya
semakin lama semakin mencintaimu, setiap pandangan menyentuh hatiku
yīnwèi
nǐ ràng wǒ kànjian forever, cái liǎojiě zìjǐ
Karena kamu membuatku melihat keabadian, barulah
mengerti diri sendiri
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī
Hari-hari yang akan datang harus benar-benar
dihargai
ài wǒ yǒuxiē tòngkǔ yǒuxiē bù gōngpíng
Mencintaiku ada sakit dan ada ketidakadilan
rúguǒ zhēn de ài wǒ, bù shì lǐsuǒdāngrán de
juédìng
Kalau benar-benar mencintaiku,bukan sesuatu
keputusan yang semestinya/seharusnya
zhídào
yǒngyuǎn
selamanya
Mulutku
terlopong dan anak mata membesar luas bila menatap setiap bait-bait lirik lagu
itu.‘Ah! Tak mungkin. Ini mustahil! Tapi kenapa dia selalu tuturkannya padaku? Takkanlah
dia mencintai aku dalam diam-diam? Alahai, Jihan macamana ni! Tulah kau asyik
berangan nak bersuamikan orang korea kononnya sebab nak dapat anak yang cumil. Sekarang
apek yang tersangkut dengan kau, nak buat apa? Terima ke tidak? Aku bukan tak
nak terima tapi ilmu agama kureng sikit. Nak didik dia, aku sendiri tak
betul juga. Nak didik mualaf ni susah.’ Ngomelku sendiri.
“Cikgu!”
Aku tersentap bila ada satu
suara yang menyergah aku dari belakang.
Aku tahu suara itu milik siapa, siapa lagi kalau bukan milik Cikgu Fei
dengan lantas aku tekan pangkah pada
laman web itu lalu menoleh ke arahnya. ‘Matilah aku kalau dia tahu.’
“Er.. ada apa cikgu ?” tanyaku dalam gugup.
“Cikgu buat apa tu? Nak belajar bahasa cina ke?”soalnya kembali.
“Hah? Aah nak belajar bahasa cina nak suruh cikgu ajarkan lambat
lagi,” ujarku cuba bergurau untuk menutup rasa gugup.
“Kalau cikgu nak belajar dengan saya, boleh. Tapi kena bagi upah
yang istimewa yang orang lain takkan dapat," balasnya dengan penuh
tersirat.
Aku tersenyum tawar. Rasa lainlah pulak, lepas tahu isi hatinya. Menyesal aku ikut cakap Cikgu Ling cari maksud
tu kalau tak tahu aku taklah sesegan gini.
Masa
meniti turun anak tangga, fikiranku tidak dapat berfikir secara waras asyik memikirkan
lirik-lirik lagi itu. Betul ke Cikgu Fei benar-benar maksudkan itu.
“Jihan! Jap lagi, kamu masuk kelas 4B ya, gantikan akak.”
‘Kalau dia benar-benar maksudkan itu, dia akan peluk islamlah ya.
Yalah kan tak akan aku nak tukar agama pula sebab nak kahwin dengan dia. Eh!
Tak boleh macam tu! astaraghafiruallahalazim minta-minta dijauhkan niat
itu. Murtad namanya, laknat aku nanti.’
“Jihan! Dengar tak yang akak cakap ni? Mengelamun ya?” jerkah Kak
Min.
“Hah! Err..”Aku tersedar bila Kak Min terjerit memanggil namaku
lalu tersengih sumbing malu ditangkap siang-saing.
“Boleh ke tak, gantikan akak sat lagi.”soalnya sekali lagi.
“Aah boleh.”jawabku dengan anggukan.
Sebaik kaki aku mahu melangkah ke anak tangga ke 3 akhir, tiba-tiba
badanku terdorong ke depan. Ada seseorang yang telah merempuhku dari belakang, imbangan
badanku tidak seimbang lalu aku terjatuh dan menimpa badan seseorang dari
bawah.
“Adus, sakitnya!”rengekku.
“Jihan!”
Aku terdengar Kak Min menjerit dari atas.
“Cikgu, okey ke?”
Aku lantas mengangkat muka bila suara itu menyapaku , bunyi terlalu
dekat. “Cikgu Fei!” teriakku lalu cepat-cepat
bangkit dari pelukkannya.
Dup! Dup kenapa hati aku
berdengup kencang ni. Takkanlah aku pun turut terjatuh cinta dengannya.
Kak Min cuba membantu aku untuk bangkit. Aku mengucapkan terima
kasih pada Cikgu Fei sebab telah jadi penyelamat aku.
“Kenapa Kak Min tak sambar saya tadi?” rungutku pada Kak Min
setelah Cikgu Fei melangkah naik ke atas.
Kak Min ketawa halus. “Manalah sempat Jihan, oii.”
“Tak pasal-pasal dapat dosa hari
ni!” bebelku. Tawa Kak Min semakin lebat.
7
bulan aku mengajar dekat sini, segala pengalaman aku tempuh. Tak kira pahit atau manis itu asam garam dalam
kehidupan sebagai seorang guru. Bulan Ramadhan sudah mengunjungi umat Islam tak
kira di mana. Dan kini aku berpuasa sendirian dirantauan tanpa bertemankan
keluarga dia kampung.
‘Adus, sakit perutlah pulak! Tadi tak nak makan sangat masa waktu sahur.
Takkanlah aku nak makan di sini, mesti diorang salah sangka pulak. Menyesal betul! Tak boleh jadi ni, terpaksalah
jatuh air muka, tumpang makan dekat bilik agama sat lagi. Kes darurat ni.’
Rungutku.
Masa nak ke bilik agama aku terserempak dengan Kak Min yang
kebetulan ada hal nak keluar. Aku sempat memesan padanya untuk membelikan aku
ubat tahan sakit period. Kak Min bukan main menyakat aku. Dia cakap ‘
patutlah bau ayam pedas rupanya ada orang tak puas.’ Ceh!
“Nah, ubat.” Sua Cikgu Fei. Aku terpinga-pinga.
“Ubat apa?” soalku pelik.
“ Cikgu Min yang bagi.”jawabnya ringkas.
Aku mengangguk lalu
mengambil bungkusan plastik dari tangannya.
“Nah, biskut! Tak elok makan ubat dengan perut kosong.”ujarnya lagi
lalu meletakkan sebungkus biskut di mejaku.
Aku menolak dengan lembut atas alasan aku berpuasa. ‘Wah, itu dah
kira berbohong Jihan! Tapi takkan lah aku nak bagitahu dia yang aku tengah
bulan mengambangkan dan tak boleh puasa, dia faham ke?’
Dia mengangguk kemudian menarik kerusi dan terus duduk. Aku
memerhatikannya, dia sedang menulis sesuatu tiba-tiba dia menghulurkan cebisan kertas yang ditulisnya tadi padaku.
Aku menyambut dengan wajah penuh persoalan.
“Cikgu nak bohong perlu cerdik, cikgu tak puasa kan? Ubat tadi tu
ubat tahan sakit untuk period kan? Bukti yang lebih kukuh, memang menyatakan
cikgu tak puasa adalah cili yang terletak di gigi cikgu.”
Aku tersentap dengan cepat mencapai bedak compact untuk
melihat apa yang diperkatakan Cikgu Fei itu. ‘Waaa.. malunya! Mana nak sorot
muka aku ni. Memang ternyata ada cili yang terlekat di gigiku gara-gara makan
nasi ayam pedas.’sebaik aku mengangkat muka Cikgu Fei sudah tergelak kecil. ‘Cis,
terkantoi aku!’
Sebaik
aku menapak keluar dari bilik air aku terserempak dengan Cikgu Fei. Dia nampak
yang sangat tergesa-gesa, mengalahkan Cikgu Khairil dan Cikgu Hamid yang memang wajib keluar awal sebab nak pergi
masjid untuk solat jumaat.
“Eh, cikgu nak ke mana, nampak tergesa-gesa ni?”tegurku lembut.
“Ke kelas agama?” balasnya ringkas.
“Hah?” Aku semakin bingung.
“Bukan pelajar islam saja yang perlu pergi ke kelas agama, saya pun
kena.”jelasnya. sebuah senyuman manis dihulurkan padaku.
Aku mengangguk saja dalam hati masih cuak. Tak tahu pulak aku, orang cina ada kelas khas untuk agamanya.
Kalau nak kata dia pergi sembahyang bukan ke setiap hari Ahad?
“Bye cikgu, ài nǐ bù shì
yīnwèi nǐ de měi éryǐ, wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn,
yīnwèi nǐ ràng wǒ kànjian forever, cái liǎojiě
zìjǐ
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī”
Ucapnya tiba-tiba. Perlahan
dan penuh dengan perasaan sambil mengenyitkan matanya sebelah kepadaku. Aku
terkedu sampai tak terkata kerana dia sempat lagi dia bermain kata-kata cinta
dengan aku. Dan akhir-akhir ini dia selalu tersenyum padaku tidak seperti
mula-mula dulu asyik dingin dan masam mencuka. Aku juga perasan wajah Cikgu Fei
berseri-seri bagaikan ada satu nur di wajahnya. ‘Ke dia ada pakai apa-apa
produk yang dapat menyerikan lagi wajahnya ni? Aih, kalah aku macam ni.’
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, aku melintasi sebuah
masjid. Dalam ramai-ramai jemaah lelaki yang berjalan mahu memasuki masjid,
mataku dapat menangkap satu susuk tubuh lelaki yang aku seolah-olah
mengenalinya.
“Eh, itu nampak gaya macam Cikgu Fei! Ah takkan lah dia. Ya, Allah Jihan,
sejak tahu Cikgu Fei berminat dengan kau! Pantang nampak lelaki tinggi sikit,
semua nak tergambar dia!
Seminggu
lagi ramadhan bakal melabuh tirainya, jadi Ustazah Haslina mengajak aku berbuka
puasa di rumahnya malam ini. Aku dengan senang hatinya menerima pelawaan dia
tanpa ragu-ragu. Sebabnya jimat tenaga untuk masak sendiri.
Sebaik motorku elok terpakir di depan pagar rumah Ustazah Haslina aku
lihat anak bongsunya terjengul kepala sedikit dan menjemputku masuk. Sejuk mata
memandang anak ustazah ini siap berkopiah putih lagi, teringin jugak nak dapat
anak yang soleh dan solehah.
Aku menolong apa yang patut di dapur, tidak lama kemudian aku
terdengar orang memberi salam lalu terjenguk sedikit dari dapur untuk melihat
gerangan siapakah tetamu itu selain aku.
‘Eh, Kak Ina jemput ustaz muda mana pulak tu? Wah, nampak hensem! Siap berbaju
melayu warna putih l dan berkopiah putih lagi.
“Haih, lama tenung anak teruna orang, dah berkenan ke?” sergah Kak
Ina sambil tersenyum.
Aku terkejut dengan sergahan dari Kak Ina lalu tersengih sumbing.
“Ustaz muda mana, akak jemput tu, bolehlah rekemenkan untuk saya yang bujang
tang tang ni.” Candaku.
“Eh, memang pun. Ajak dia sebab nak rekemenkan Jihan dengan dia”,
jawab Kak Ina dengan wajah serius. Aku ketawa tahu Kak Ina sengaja mengusik aku
begitu.
“Hah, dah azan tu marilah kita ke depan.” ajak Kak Ina. Aku
mengangguk lalu dan membontoti dia dari belakang sambil menatang dulang yang
berisi gelas.
“Fir, empuya diri cakap dah berkenan so kira jalanlah ni
kan?” seloro Kak Ina.
“Elok sangatlah tu.”tambah suami Kak Ina pulak.
“ Kak Inaaa!” jeritku perlahan sambil menarik baju kurungnya itu.
“Inilah saudara baru kita namanya, Firdaus Chung Abdullah.” Kak Ina
memperkenalkan lelaki muda itu. Mataku tidak berkelip melihat lelaki di
hadapanku kini. Tidak percaya.
“Hah, terkejut sangat takkan lah sampai nak terkeluar biji mata
tuh. Dahlah cepat makan nanti kita boleh jemaah sama-sama nanti,”usik suami Kak
Ina menghangatkan wajahku.
Aku cepat-cepat mengalih pandangan pada Kak Ina, dia
tersenyum-senyum buat tak tahu. Cikgu Fei hanya tersenyum.
Semasa mengaminkan doa mataku masih tidak beralih dari memandang
Cikgu Fei aka Firdaus itu. Dia nampak sangat khusyuk berdoa. Jadi memang
betullah yang aku nampak dia hari tu dan dia ada cakap nak ke kelas agama itu
cuma alasan padahal dia ke masjid. Pandai dia sorot dia peluk Islam.
“ Kak Ina, akak dah tahu lama ke dia peluk Islam? Bisikku semasa
melipat kain sembahyang.
“Aah, dia selalu datang jumpa akak untuk menyatakan dia mahu peluk Islam
sebab terpikat dengan keperibadaian Jihan. Akak nak tabik spring dekat Jihan
ni. Selama 15 tahun akak mengajar dekat sekolah tu, tak de sorang pun terpikat
dengan akak untuk peluk Islam. Datang je Jihan ini tak sampai setahun, dah berjaya mengislamkan
orang,”luah Kak Ina.
“Akak!” jeritku sedikit untuk menutup malu. “ Ini bukan budak tapi
bapa budak!”
“Okeylah tu,”usik Kak Ina lagi.
“Saya takut akak.”ujarku berbaur resah.
“Takut apa? Jangan risau, yakin pada qada dan qadar Allah sekiranya
dia memang jodoh Jihan, itu adalah satu hikmah yang Dia nak bagi pada kamu.
Melalui kamu Allah campakkan Nur Islam untuk dia. Kita memang tak tahu
benda-benda ini semua cuma apa yang mampu kita buat, sama-sama berdoa agar dia
ubah niat untuk peluk Islam kerana Allah bukan kerana mahu kahwin dengan
kamu,”sempat lagi Kak Ina mengusikku.
Sejak itu aku menjadi sangat kekok hendak berborak-borak dengan
dia. Yelahkan dah tahu dia sukakan aku lepas tu peluk Islam sebab nak kahwin
dnegan aku, padahal aku tidak pernah pun mengiakan cintanya. Aku juga hairan dengan perasaanku tidak pula
menafikan perasaan dia padaku. Ke aku sendiri yang dah terjatuh cinta dengan
dia?
Semasa
mahu menaiki anak tangga untuk ke pejabat aku terserempak dengan Cikgu Fei, kami
saling memberi salam. Dia nampak sangat gembira dapat bagi salam padaku, iyalahkan
selalunya dia hanya tunduk hormat dan ucapkan selamat pagi saja, sekarang dah
seagama bolehlah nak bagi salam.
Petang itu aku dan Cikgu Fei serta Cikgu Ling diarahkan Guru Besar
ke kedai untuk mencari bahan-bahan semperna meraikan pelajar Tahun 6 yang baru
saja habis peperiksaan besar UPSR.
“ Selamat petang cikgu, tegur seorang pakcik pada Cikgu Fei dan aku.
Ketika itu cikgu Ling masih mencari bahan-bahan. Kemudian dia cakap dalam bahasa cina, aku
tersengih seperti orang bodoh tak faham.
“Jihan, tahu tak pakcik tu cakap apa?” tanyanya sebaik pak cik itu
berlalu pergi.
“Manalah saya faham!”bidasku geram. Mentang-mentang aku tak faham
bahasa cina.
“Kamu dah kahwin dengan dia ke? Asyik jumpa berdua je, dan pakai
baju pun sedondong.”bagitahunya dengan senyuman melebar di bibir.
Mulutku ternganga luas lantas memandang baju yang terbalut tubuhku
sendiri kemudian mengalih pada baju yang dipakai Cikgu Fei. Yelah, aku tak perasan
pulak kami pakai baju warna yang sama, biru muda.
“Awak ingat tak, pak cik ada datang ambik duit seratus hari
tu. Yang awak Tanya saya kenapa dengan
uncle tu.” Soal Cikgu Fei lagi.
Aku berfikir sejenak cuba mengingati peristiwa itu kemudian aku
mengangguk tanda ya. “haa ya, ya ingat cikgu dan dia tergelak-gelak sakankan?”
Tawa Cikgu Fei meletus tiba-tiba. “Masa tu dia ada tanya saya
samada saya ini masuk islam ke sebab isteri bertudung? Muka kita nak mirip itu
yang dia sangkakan kita ni suami isteri. Saya tergelaklah dia cakap macam
tu,”jelas Cikgu Fei.
“Eh mirip ke? Tak sama langsung mata awak sepet, mata saya bulatlah,’sindirku dalam gurauan lalu
mempercepatkan langkah. Tawanya masih kedengaran.
“Alahai.”
Cuti
sekolah dah bermula jadi kampung halamanlah menjadi tempat tujuanku. Petang itu
aku termangu sendirian di beranda, kakak sulungku datang menegur.
“Jauh
termenung, teringatkan pakwe dekat pahanglah tu,”usik Kak Long.
“Er,
kak long!”jawabku tergagap-gagap. Pandai dia tembak aku. “Long kalau aku kahwin dengan muallaf camner,”soalku
tiba-tiba.
Kak
Long tergelak sakan. “Weh. kau bercinta dengan cina ke? Wah, mentang-mentang
mengajar sekolah cina, terpikat dengan cikgunya sekali!” usik Kak Long lagi.
“Seriuslah.”
Aku naik geram.
“Yelah.
Hrm, ikut suka kaulah. Pilih mana yang terbaik,
buat ishtikarah dulu camner. Tapi biasalahkan muallaf ini sukar sikit
untuk kita dakwah. Tersilap dakwah dengan kita sekali tersasar.Tapi bagus gak
kahwin dengan cina anak mesti putih-putih lepas tu boleh cakap cina anak
kacukan gitu glamour sikit keluarga kita sebab ada anak kacukan.”nasihat Kak
Long tapi sempat lagi mengusik aku.
“Ke
situ pulak. Tak difikir dek akalku
sampai ke tahap tu.”tempelakku.
“Gurau
je. Istikharahlah pilih yang mana terbaik. Seeloknya pilih agamanya sebab
perempuan nak bimbing lelaki susah kerana lelaki ego sangatlah tinggi, tak kira
bangsa apa-apa pun. Tambahan kau agama pun kurang!”
“Wah,
sempat lagi mengutuk aku ya! Kalau gitu aku rejectlah ek?”
“
Hrm, terpulang tapi ingat tolak dengan berhemah buatnya dia kecewa terus murtad,
kaulah puncanya,”ugut Kak Long dalam gurauan.
“Apa
kait dengan aku kalau dia murtad?!”jeritku.
“Cool
lew. Aku gurau je. Tanyalah pendapat ma dan abah macamana,” nasihat Kak
Long. Sebelum dia meninggal aku sempat lagi dia menepuk bahuku. Aku mengangguk
lemah dan mengeluh kecil.
Sebaik
sampai di rumah sewa kerana esoknya ada mesyuarat semperna sekolah sesi
persekolahan bakal kembali, aku menghubungi Cikgu Fei untuk membincangkan soal
perhubungan kami. Kalau dibiarkan aku takut harapan dia semakin tinggi untuk
memilikiku. Solat istikharah sudah aku kerjakan tiada sebarang petunjuk lagi
setakat ini. Jadi aku buat keputusan untuk memutuskan yang aku memang tak mampu
untuk mencintainya sebab aku tak mampu untuk mendidik dia.
“Jihan, kenapa kita tak boleh bersama? Saya dah convert Islam apa
lagi yang membatasi cinta kita?”Ujarnya dengan nada menahan sebak . Dia cuba
meraih tanganku.
Aku mengelak dengan pantas
dan menatapnya sekilas kemudian mengalih ke tempat lain. Fir awak tak boleh
sentuh saya walaupun awak dah Islam. Awak dah Islam tidak bermakna awak halal
untuk menyentuhi saya,” larangku tegas.
“Jadi, jom kita kahwin untuk menghalalkan yang haram ini,”bidasnya
tegas.
“Fir awak tak akan faham. Saya dan awak tak mungkin bersama sebab
saya tak mampu untuk mencintai awak apatah lagi untuk membimbang awak.” Aku
cuba menolak. Wajahnya tidak dapat aku tatap sebab takut hatiku jadi cair.
“Saya tak faham Jihan,”soalnya dengan wajah berkerut. Look at me
jihan arahnya tegas.
Aku mengeluh. Lalu menatapnya malu pada pelanggan yang lain asyik
duk toleh kami. “Fir, dengar. saya sangat bersyukur sebab awak sukakan saya,
awak peluk islam. Saya harap lepas ini kalau kita tak de jodoh awak akan jadi
orang islam yang baik dan betulkan niat awak,”jawabku cuba menyusun tutur kata
yang senang untuk dia fahami.
“Saya tak akan jadi seorang muslim tanpa awak Jihan,” luahnya
jujur.
“Fir jangan cakap macam tu. Allah dah campakkan nur islam dalam
hidup awak dan member satu sinaran kehidupan yang baru pada awak. Tak ramai
yang dapat peluang macam awak Fir. Lagipun saya rasa tak layak untuk dicintai
awak. Awak carilah orang yang kuat pegangan agama. Ilmu yang ada pada saya
cukup untuk saya sendiri yang amalkan, untuk mendidik orang memang jauh sekali.
Lagipun saya tak nak heret awak sekali masuk neraka kerana saya gagal ajar awak
tentang Islam Fir. Saya tak nak!” Ujarku tegas. Air mata yang menitis kutahan.
“Kita boleh belajar. Kita boleh mendalaminya sama-sama, ya.”Dia
masih cuba memujukku. Aku hampir tewas dengan pujukkan itu kerana hatiku juga
sudah jatuh sayang dengan lelaki berbangsa cina itu.
“Awak tak akan faham Fir. Awak boleh cakap sebab awak cintakan
saya. Bila awak sendiri yang tempuh….” Aku tak mampu untuk habiskan bicaraku.
Aku takut niatnya untuk masuk Islam akan hilang. Firdaus Chung atau nama
cinanya Chung Fei Sean, bukan mudah
seorang lelaki mahu ikut telunjuk seorang wanita walaupun kau sangat
mencintaiku kerana seorang lelaki memang dilahirkan dengan ego yang sangat
tinggi dan tidak mudah untuk menjatuhkan ego kau. Kerana lelaki dilahirkan
sebagai pemimpin bukannya dipimpin.
“Jihan….” Serunya perlahan.
Aku menggeleng kepala tanda aku tak mahu mendengar tutur bicaranya
lagi. Dengan pantas aku berlari meninggalkan dia yang masih berteriak menjerit
memanggil namaku. Air mata yang kutahan tadi akhirnya merembes keluar. ‘Maafkan
Jihan Fir. Jihan memang cintakan Fir tapi Jihan tak mampu untuk menyintai Fir.
Aku berlari tanpa menoleh ke kiri dan kanan seperti orang yang tak
waras sambil mengesat air mata yang semakin galak keluar. Orang di sekitar itu
tidak kuambik peduli. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon yang sangat kuat dengan
pantas kutoleh ke tepi. Serentak itu juga aku terdengar suara Firdaus Chung
menjerit kuat memanggil namaku. Sepantas kilat tubuhku sudah melayang dan
terjelepuk jatuh ke tanah kerana dilanggar kereta yang tidak sempat membrek.
“Jihan!!!
apa yang akan terjadi apa Jihan??? nak tahu? boleh mendapatkan antologi cerpen Antologi Orang Berdosa yang bakal terbit untuk mengetahui kesudahan cerita ini.